Dalam 5 Saat Je Settle! Fasha Sandha Kongsi Teknik Mudah Lipat Baju Dengan Kemas

Share

Aktiviti melipat baju menjadi antara aktiviti yang paling tidak digemari oleh kita semua. Kalau tidak dilipat nanti bertimbun pula, habis bersepah nanti!

Untuk menyenangkan aktiviti melipat baju ini, aktres terkenal iaitu Fasha Sandha telah berkongsi caranya melipat baju semudah ABC! Hanya dalam 5 saat, sehelai baju sudah siap dilipat. Mari kita ikuti caranya menerusi sebuah video yang dikongsikan ini.

Jika dulu terkial-kial, kini tidak lagi!

Pada mulanya teknik ini nampak seperti sukar namun pelakon drama Chinta ini menjelaskan lama-kelamaan ia akan menjadi sangat mudah apabila kita sudah menjadikannya sebagai rutin harian.

Tak sangka mudah je sebenarnya nak lipat baju ni. Jadi tiadalah alasan untuk malas lipat baju lagi selepas ini. Hehe!

Published by
QIST