Al Fatihah. Berita yang begitu duka. Perginya sebutir bintang dalam dunia dakwah. Ustazah Shadiya Abbas telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
Melalui perkongsian di Facebook suami arwah (Ustaz Khairul Azman Mohd) difahamkan Ustazah Shadiya Abbas mengadu sesak nafas dan disahkan meninggal dunia pada pukul 5.05 pagi.
Innalillahi wainna ilahi rojiun..
Dukacita dimaklumkan isteri kesayanganku Shadiya Abbas baru disahkan telah meninggal dunia jam 5.05 am sbb sesak nafas (asma).
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها
Berat hati nak meninggalkan guru, teman, buah hati saya di hospital sg buloh ni. Oleh kerana kematian musim covid, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam utk dapatkan result tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.
Jadi jenazah akan disimpan dahulu di hospital sungai buloh. Insya Allah saya kuat kecuali jika anda call saya.
Doakan yea sahabat² sekalian..
Arwah Ustazah Shadiya sering dijempul sebagai penceramah untuk forum agama di TV1, TV9, Hijrah dan Astro Oasis. Arwah meninggalkan suami dan dua orang anak.
Jiwa seorang pendakwah begitu kuat dalam dirinya. Malah diakhir hayatnya, menerusi posting terakhir di Facebooknya, arwah sempat menulis entri dakwah dengan tajuk ‘JANGAN MENGHINA, JIKA SAYANGKAN ALLAH’.
*JANGAN MENGHINA, JIKA SAYANGKAN ALLAH*
Saya dapat satu video yg sedang tular mengenai pengakuan terbuka seorang bekas Muslim yang kini sudah pun menjadi seorang Pastor beragama Kristian.
Saya menonton video itu dan membaca beberapa komen. Namun tidak perlulah saya nyatakan semuanya di sini. Secara peribadi, saya melihat saudara itu dan keluarganya MASIH ADA PELUANG utk kembali ke jalan benar iaitu mengenal ALLAH dan RASUL dengan MAKNA yang BENAR dan BETUL.
Jika anda SAYANGKAN ISLAM, ALLAH dan RASULULLAH SAW… Tolonglah;
1. Jangan KOMEN BURUK tentang dirinya dan isterinya atau keluarganya.
2. Jika mahu komen juga, berikan kata-kata atau LINK utk mereka baca mengenai kebenaran yang mereka salah faham. Itu usaha kita. Dia nak terima atau tolak bukan kerja kita.
3. Elakkan daripada mencaci INSTITUSI AGAMA hanya disebabkan dia adalah bekas pelajar sekolah agama. Elakkan daripada forward cerita dia.
4. JANGAN LIKE posting mereka. Cukup anda komen “kami dah baca, anda perlukan pertolongan. Islam adalah agama yang INDAH.”
5. Doakan mereka dalam doa anda tanpa perlu menulis pada wall mereka. Doa yang rahsia lebih cepat makbul berbanding berdoa di facebook.
ADA Sahabat NABI yang pernah MURTAD. Kemudian mereka bertaubat dan menjadi pendokong paling kuat menyebarkan ISLAM. Ia tidak mustahil berlaku juga kepada saudara tersebut dan keluarganya.
Perbuatannya sahaja yg kita marah. Jangan sampai MULUT dan TULISAN kita menafikan Rahmat Allah utk orang yg diuji seperti itu. Selagi mereka bernyawa, pintu TAUBAT masih dibuka.
Begitu juga dengan seorang lelaki yg memakai nama IMAM TAWHIDI. Saya juga marah dengan dia kerana postingnya seperti seorang Munafiq! Hakikatnya MUNAFIQ skala bahayanya terhadap ISLAM lebih tinggi berbanding mereka yg Jelas KAFIR.
Berhati-hati dengan tulisan anda. Disebabkan tulisan anda, samada ALLAH, NABI dan ISLAM akan diCERCA…atau
Kata-kata anda menjadi PENCETUS HIDAYAH kepada orang lain.
ANDA PILIH!
Saudara Seislam;
Shadiya Abbas
Kuala Selangor.
Namun nukilan suami arwah berkisar tentang sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17 pada 30 Mac lalu begitu meruntun jiwa.
SETELAH 17 TAHUN
Kami bertemu di Universiti Malaya Kuala Lumpur. Tak kenal pun siapa tu Shadiya Abbas..
Ketika itu, saya mahasiswa tahun 3. Dan, bekas tunang saya baru tahun 2.
Kami berkerja bersama semasa saya diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Penerbitan PMIUM. Persatuan yg tersohor ketika itu. Semua orang kenal persatuan ni. Bekas tunang saya ni, jadi AJK saya. Masa tu saya tiada sapa² utk dijadikan teman hidup. Maklumlah saya ni rupa takde, miskin pulak tu. Tak berani nak approach sapa²..
Maka saya berdoa kepada Allah agar didatangkan seorang mahasiswi yg saya sebut ciri²nya dalam doa saya. Akhirnya Allah datang budak kecik tu.. Dalam hati saya dok sangka yang ni kot.. 🤭
Lepas tu bila dah kenal famili dia, kami pun kahwin la. Alhamdulillah dah 17 tahun melayari bahtera bersama. Dikurniakan zuriat 3 orang.
Kenapa saya pilih dia??
Sebab orang lain tak mau kat saya.. 😂😂😂
Ok ok.. Sebab dia pandai cakap. Dia ada ilmu. Dialah juga GURU SAYA.
Sebelum kuliah, saya akan rujuk beliau. Dapatkan ilmu dari beliau. Dia simpan banyak doa, doa untuk penyembuhan, doa asma ul a’dzom, doa penunduk 😅😅.
Selamat Ulangtahun perkahwinan ke-17 tahun buat kita.
30032003-30032020
Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga Ustazah Shadiya Abbas. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah (dengan bacaan).
Sumber kredit: MK Azman Shadiya Abbas