Baru-baru ini, penyanyi serta pelakon Daiyan Trisha berkongsi berita baik tentang pemergiannya ke tanah suci Mekah bersama-sama dengan ahli keluarganya untuk menunaikan ibadah umrah.
Perkongsiannya itu mendapat tumpuan netizen apabila ramai yang teruja melihat imejnya yang berhijab. Malah, menerusi laman Instagramnya, pelakon ini juga rajin memuat naik gambar-gambarnya ketika berada di tanah suci Mekah.
Salah satu hantaran yang sekali lagi mendapat perhatian netizen ialah sebuah gambar Daiyan di Jabal Rahmah, tempat di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu selepas dipisahkan untuk jangka masa yang lama. Bersama-sama dengan gambar itu, Daiyan turut berkongsi kapsyen berkaitan soal jodoh untuk dirinya.
Jabal Rahmah ialah tempat di mana Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan buat pertama kalinya selepas mereka dipisahkan untuk bertahun-tahun lamanya. Kata orang, kalau nak minta jodoh, di sinilah tempatnya. Saya pun mahu lakukannya.
Antara bingkisan doa yang dititipkan oleh pelantun lagu Penat ini ialah semoga Allah SWT menemukan jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku, Semoga Kau pertemukan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin dah tiba masanya..
Hantaran yang sudahpun mendapat lebih dari 40,000 tanda suka itu dipenuhi dengan komen-komen positif yang turut mendoakan agar Allah SWT memakbulkan doa pelakon ini.
Team Hijabista juga turut mendoakan agar Daiyan dikurniakan seorang lelaki yang baik dan sempurna di matanya untuk dijadikan sebagai seorang suami. Semoga segala urusan Daiyan dipermudahkan oleh-Nya dan mendapat umrah yang mambrur! InsyaAllah..
Sumber gambar: Instagram Daiyan Trisha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe