Inspirasi

“Dahulu, Saya Pakai Barang Kemas Seperti Pokok Krismas!,” – Kini Stail ‘Less Is More’ DSV Punya ‘Class’ Tersendiri!

Share

Untuk menjadi seorang yang sempurna pastinya bukan proses yang mudah. Malah, mungkin juga mustahil. Siapa yang sempurna di muka bumi ini kan?

Namun, trend hari ini seakan memaksa manusia untuk tampil sempurna terutamanya di laman sosial, biarpun terpaksa berkorban demi mencapai ‘beauty standard’ yang diagung-agungkan oleh warganet.

Berbicara mengenai soal berkorban untuk cantik, Majalah Hijabista secara eksklusif menemu bual Dato Seri Vida (DSV) dalam rancangan The Hijabista Show mengenai persoalan yang seringkali timbul di kalangan masyarakat mengenai imejnya yang seringkali menjadi viral dan perbualan ramai.

Ada yang menyifatkan bahawa ‘Beauty Standard’ ini hanyalah sekadar propaganda pemasaran demi untuk mengaut keuntungan. Mengulas lanjut mengenai hal itu, The Hijabista Show merungkai setiap persoalan.

“Imej Viral, Ekstravaganza Itu Diri Saya..”

Menyentuh perihal imejnya yang acapkali menjadi perbualan dan mendapat kecaman dari netizen, DSV menyatakan bahawa itulah imejnya yang sebenar. Namun dalam masa yang sama, ia merupakan salah satu cara untuk dirinya dikenali ramai dan sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera, dalam kata lain, untuk penjenamaan dirinya.

“Sebenarnya, imej saya hari ini sedikit ringkas dan lebih minimalis berbanding dahulu. Jika dahulu, saya memakai barangan kemas seperti pokok krismas! Begitu sarat dan keterlaluan.

“Namun hari ini, saya lebih suka untuk tampil ringkas tetapi masih tidak melenyapkan ‘trademark’  jenama DSV itu sendiri. Bagi saya fokus amat penting dalam membuat sesuatu perkara.

“Jadi, imej saya ini biarpun sedikit berkurangan, tetapi masih perlu menjadi perhatian ramai.

“Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri,” ulasnya lanjut.

DSV Akui Gadai Rasa ‘Malu’ Untuk Dikenali Ramai!

Tambahnya lagi, imej viral yang dihasilkannya itu juga merupakan salah satu cara untuk perniagaannya terus maju dan dikenali ramai. Tidak meletakkan rasa malu sebagai batu penghalang, DSV tetap fokus menjadi dirinya yang sebenar.

“Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat. Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri.

Tidak mudah sebenarnya untuk membina imej diri saya hari ini. Pelbagai proses harus saya lalui tetapi itulah matlamat dan fokus yang saya letakkan dalam karier saya sebagai ahli perniagaan mahupun sebagai seorang penyanyi. Setiap kali saya ingin tampil dengan pembaharuan dan kelainan, saya pinta kepada-Nya untuk diberikan sebuah idea baru.

“Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat,” jelasnya.

Ternyata, nama Dato Seri Vida ialah satu dalam sejuta. Tidak ramai yang mampu memiliki hati secekalnya. Bijak dalam mengatur strategi penjenamaannya, sehingga hari ini jenama DSV sentiasa meniti di bibir masyarakat.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk berkorban demi cantik? Jawapan itu ada pada diri anda sendiri!

Artikel Berkaitan: Telekung 20 Meter Simbolik DSV Reda Walau Selalu Dipermainkan, Ku Ikhlaskan Bikin Hati Netizen Sayu!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber gambar: Instagram Dato Seri Vida

Published by
Haifa Nasir