Lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi nyanyian Mulan Jameela suatu ketika dahulu menjadi siulan ramai anak-anak muda. Dengan imej seksinya dan gaya menggoda, Mulan Jameela terus menjadi perhatian para peminat. Namun itu cerita dahulu. Kini Mulan lebih selesa dengan imej menutup aurat.
Sosok Mulan Jameela bertudung litup dengan pakaian longgar begitu menyejukkan mata sesiapa yang memandang. Berbanding penampilannya yang sebelum ini ternyata Mulan sudah benar-benar menutup aurahnya dengan sempurna. Mulan kelihatan cukup manis dengan busana dan hijab labuh yang menutupi tubuhnya.
Isteri Ahmad Dhani ini sudah mula berhijrah dengan mengenakan hijab lebih setahun yang lalu. Meskipun memakai busana longgar serta hijab labuh namun gaya Mula nampak stylo apabila busana dan hijabnya diberi suntikan moden. Jom kita lihat gaya Mulan berhijab labuh dan berbusana longgar dan sopan.
Dalam masa yang sama juga Mulan dilihat kerap berkongsi dakwah sesuai dengan imejnya sebagai seorang Muslimah.
Sumber kredit: Mulan Jameela
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenalkan Allah Sejak Bayi Lagi, Abby Abadi Kongsi Caranya Didik Anak Tutup Aurat Seawal Usia
Ramai yang tertawan apabila melihat penampilan anak-anak gadis Abby Abadi yang sentiasa tampil sopan di khalayak ramai.
Sering ditanya bagaimana mendidik anak perempuan untuk menutup aurat seawal usia remaja, pelakon drama Gerak Khas itu telah berkongsikan caranya di laman instagram miliknya.
Kenalkan ALLAH seawal usianya masih bayi lagi…
Didikan awal ❤️
🦋Kenalkan anak perempuan kita dengan ALLAH sejak baby lagi
Ada yg tanya pada Sy mcmana Sy didik anak2 perempuan buleh bertudung/menutup aurat seawal usia. Serba sedikit yg Sy buleh kongsikan: Jika nak anak perempuan kita berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sbg Umat ISLAM perkenalkan ALLAH kepada anak kita seawal baby lagi.
Bagaimana caranya?
Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji ALLAH. Apabila selalu disebut & didengarkan dengan nama2 ALLAH, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai ALLAH 😘
🦋Pakaikan anak perempuan kita dengan pakaian yang sopan sejak kecil
Seawal anak kita kecil lagi, elakkan dari memakaikan baju yg keterlaluan. Ajar anak kita untuk memakai baju berlengan panjang. Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri utk berpakaian seksi…🤭
🦋 Menutup aurat /Bertudung
Buleh mula ajar anak untuk bertudung sedari kecil, tiada masalah..tp jgn terlalu memaksa
Paling penting: Hantar ke sekolah yg baik & memberi pendidikan dunia akhirat juga. Sebab akan jadi rutin anak2 bila sentiasa belajar tentang ALLAH, Muhammad & ISLAM, akan terbentuk lah peribadi Umat Muhammad
inshaallah bila kita usaha sebaik & semampu kita, ALLAH akan permudahkan & bg jalan 😘😇
Ps: Sy jual half pleats satin, inner neck. handsock. click link di bio IG utk terus order k. Semua Sy jual pun sbb galakkan Sy dan anak2 pakai yg terbaik utk jaga diri . Semoga ALLAH redha & sentiasa memayungi kita dengan rahmatNYA.. Amin 😘
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Dipandang Sinis, Lelaki Ber’TATTOO’ Inilah Yang Jadi Tukang Cuci, Teman Bercakap, Tegas Jaga Aurat & SOLAT
Setiap wanita pastinya mahukan pasangan yang sempurna dari semua segi untuk dijadikan Imam dan boleh membimbing ke jalan yang diredai Allah. Tetapi setiap urusan jodoh itu terletak di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa dijodohkan dengan insan yang selayaknya. Seperti perkongsian wanita ini yang tidak menyangka jodohnya dengan seorang lelaki berstatus duda yang ber’tattoo’ dan tidak arif bab agama serta memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu. Apa yang istimewanya penampilannya juga yang berniqab seperti menimbulkan curiga masyarakat yang memandang kepada mereka berdua.
Mata yang memandang mereka bukanlah golongan yang biasa-biasa, tetapi mereka yang dirasakan arif dalam bab agama yang kita gelar Pak Haji atau lelaki berjubah dan berkopiah. Begitu juga pandangan sinis wanita berniqab dan berjubah yang banyak menjeling sambil berbisik-bisik melihat dia dan suami ber’tattoo‘nya ini.
Walaupun bersuamikan lelaki begitu, tetapi bagi pemilik akaun di laman sosial FB, Sha Ramson Abdullah memuji suaminya ini seorang lelaki yang begitu menjaga auratnya. Dia tidak suka jika aurat isterinya didedahkan pada pandangan orang lain. Dia juga suka sekali isterinya ini memakai jubah berbanding baju kurung (terutama ketika hari raya).
Sama juga dengan urusan solat. Suami ber’tattoo‘ inilah yang akan sentiasa mengingatkan dirinya yang ketika itu sudah masuk waktu tetapi ralit dengan ‘smartphone’ sehingga perlu ditegur dengan cara berdehem.
Paling membahagikan buat wanita ini apabila suaminya ini tidak kisah jika perkahwinan mereka ini diuji dengan ketiadaan anak.
Lelaki ini tidak kisah jika mereka berdua tidak mempunyai anak kerana itu semua adalah urusan Allah. Baginya itu semua kerja Allah seperti juga pernikahan mereka di mana dia bertemu jodoh dengan seorang wanita yang berpenampilan berniqab begini.
Keduanya cukup berterima kasih kepada Allah atas anugerah yang terindah ini, dan semoga perkahwinan dibina ini kekal hingga ke jannah walaupun merasakan diri mereka berdua serba kekurangan.
Sesungguhnya lelaki ini yang dikirim kepadanya seorang yang pakar dalam bab mengemas, tukang cuci, bertukang, tempat mengadu, peneman, tempat bermanja dan juga kaki gaduh. Itu sebenarnya sudah memadai dan cukup membahagiakan diri wanita ini.
Baca perkongsiannya melalui laman sosial di The Reporter.
Terlelap lepas Isyak, tersedar balik dalam pukul 2.30 pagi. Cari suami tengok kiri kanan, tak ada. Dengar bunyi berketuntang di dapur.
“Sah-sah laki aku tengah masak,” monologku.
Teringat masa sebelum nikah, saya beritahu suami. “Abang, saya ni tak rajin masak, tak rajin membasuh kain, lipat baju, mengemas rumah segala bagai. Bangun tidur pun boleh lajak tengahari,” jujur saya beritahu dia.
BUKAN ORANG GAJI
Dia senyum, “Abang nikah dengan sayang sebab nak buat isteri, bukan nak buat orang gaji,” katanya.
Sentap kejap saya. Saya tunduk diam, senyum. Kes saya mungkin sedikit ‘special’. Bernikah dengan seorang duda yang ber’tattoo’ yang tidak arif perihal agama dan memiliki seorang anak perempuan hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isterinya.
Dia pernah bernikah dan pernah gagal dalam institusi perkahwinan. Saya lihat sendiri bagaimana dia berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki hubungan terdahulu dan bagaimana dia menjadikan kesilapannya dulu sebagai mengajaran dan pedoman dalam hubungan kami.
Seperti hari-hari biasa, manusia memandang kami dengan pandangan yang ‘kejam’. Saya tidak pernah marah pada ‘tattoo’nya walaupun di awal perkenalan kami dahulu saya kurang senang dengan ‘tattoo’nya. Astaghfirullah… itulah kelemahan saya dahulu. Juga seperti masyarakat lain yang memandang dia dengan pandangan yang ‘senget’.
Pandangan masyarakat juga pada kami seolah-olah kami tidak layak bersama memandangkan dia dan ‘tattoo’nya sedangkan saya berjubah dan berniqab. Ini perkara biasa yang kami lalui sepanjang kehidupan kami bergelar suami isteri.
PANDANGAN SINIS
Bayangkanlah kami pernah terserempak dengan dengan sekumpulan wanita yang berjubah, berpurdah dan berniqab sekalipun, mereka akan mencuit lengan sesama mereka, memandang kami sambil menjeling dan berbisik-bisik lalu pergi dengan langkah yang laju.
Begitu juga andai kami terserempak dengan golongan pak-pak aji atau lelaki-lelaki yang berjubah, bersongkok atau berkopiah. Ada yang menggeleng-geleng kepala, ada yang sampai terjegil biji mata. Ada yang tak lepas pandang. Kejap-kejap pandang saya yang berjubah berniqab ini, kejap-kejap pandang suami yang ber’tattoo’.
Bayangkan juga bagaimana andai institusi agama Islam sendiri memandang kami dengan pandangan yang ‘pahit untuk ditelan’ sedangkan Islam itu agama yang baik, sempurna, syumul.
Saya rasa andai kalian di tempat kami, tak ramai yang memiliki hati yang cekal dan ‘tough’. Banyak perkara yang boleh buat kita makan hati dengan masyarakat namun hati kena kuat.
TAUFIK HIDAYAH TIDAK SAMA
Bila ditanya kenapa suami masih ber’singlet’? Saya ambil ia sebagai jalan penghijrahan. Andai kalian faham, jalan penghijrahan seseorang bukan makan masa yang singkat. Saya sendiri pun walaupun berjubah dan berniqab, masih lagi lalai dengan agama. Jalan penghijrahan tidak perlu drastik.
Saya banyak mengambil contoh diri saya sendiri dalam landasan perjalanan menuju jalan Allah SWT. Ada orang Allah bagi perjalanan hijrahnya cepat, ada orang rezeki perjalanan hijrahnya makan masa. Setiap orang rezeki taufik hidayahnya tidak sama.
Manusia memang akan cepat menilai dan nampak keburukan, kelemahan dan keaiban manusia lain. Bagi saya, untuk permulaan perjalanan hijrah yang makan masa ini, suami dah tanggalkan subang yang dipakainya pun saya dah sangat bersyukur. Orang lain takkan faham apa yang dirasa oleh isterinya. Saya terima suami seadanya walaupun saya tahu jalan penghijrahan itu makan masa yang amat panjang
Saya ingat lagi, saya pernah ajukan satu soalan kepada suami memandangkan saya tahu bekas isterinya seorang yang free hair tidak bertudung.
“Abang suka saya pakai tudung?” agak mengarut soalan saya ketika itu.
“Ehh sukalah!” jawabnya membuatkan saya ketawa.
“Abang suka saya pakai niqab?”saya tanya.
“Suka sangat, sayang… Pakailah. Biar abang seorang je yang tengok sayang. Tak nak bagi orang lain tengok!” jawabnya.
Demi Allah saya happy giller dengar jawapan itu, jawapan dari suami sendiri. Sebab saya sedar, ramai kawan-kawan saya yang dahulunya berpurdah dan berniqab namun selepas bergelar isteri, purdah atau niqab tiada lagi menutupi wajah mereka.
MENJAGA SOLAT
Tak apalah, tak kisah pasal itu. Muka bukan aurat cuma bagi saya, bila dianugerahi Allah SWT seorang suami yang masyarakat pandang ‘jahat’ dengan tattoo yang penuh di tangan, dada, jari, belakang dan kaki, tiada siapa pun yang menjangkakan lelaki ini walaupun tidak pandai tentang selok-belok agama namun dia seorang yang sangat tegas menjaga SOLAT dan AURAT isterinya.
Ya Allah, belum lagi masuk kisah solat, di mana suami yang ber’tattoo’ ini kalau dah masuk waktu solat, jika dilihatnya isterinya masih ralit dengan smartphone di tangan, cukup sekadar suami berdehem., cepat-cepat si isteri berlari mengambil wudhuk!
Begitu juga di kala orang lain memilih pakaian pelbagai fesyen untuk Hari Raya, suami pula lebih gemar saya memakai jubah, bertudung labuh dan berniqab.
“Baju kurung pun tak boleh? Tutup aurat juga,” soal saya.
Lama suami terdiam. Mungkin terkedu dengan soalan isteri. Lantas dia memeluk bahu isterinya sambil berkata, “Abang suka sayang pakai jubah lagi.”
Saya pun ketawa. Hahaha!
Bila ditanya kenapa saya yang berjubah, berpurdah, berniqab ini tidak memilih lelaki yang pandai agama, bukan dari golongan ustaz atau yang bersongkok, berkopiah, berjubah? Saya senyum, biarlah ia menjadi simpanan rahsia yang paling dalam. Tidak mahu membuka aib mana-mana institusi keagamaan. Biar saya simpan pendam segala trauma yang paling dahsyat yang pernah menghantui sepanjang hidup.
BERLIAN PALING MENYERLAH
Biarlah saya membuka lembaran baru dalam hidup bersama seorang suami yang dipandang ‘kaca’ yang tidak bernilai oleh masyarakat namun dia adalah ‘berlian’ paling menyerlah dalam qalbu.
Dear husband,
No matter what apa orang nak cakap, ini isterimu yang sentiasa ada disisi dengan izin Allah SWT. Tak tahu nak ucap terima kasih macam mana lagi dah sebab semua pakaian, boots, cadar, dia yang basuh cuci. Dia yang masak, dia yang mengemas rumah, dialah yang bertukang kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki rosak di rumah. Dialah tempat mengadu, dialah peneman, dialah tempat bermanja, dialah kawan kaki gaduh kahkah!
Sampai satu masa, saya pernah tanya suami, “Kalau perkahwinan kita ini Allah uji dengan tiada anak?”
Suami akan peluk erat, “Abang tak kisah pun semua tu. Ada ke tak ada ke. Itu semua kerja Allah. Macam pernikahan kita inilah. Abang sendiri tak jangka boleh bernikah dengan sayang yang bertutup-tutup macam ini.
“Banyak benda yang kita tak tahu tapi Allah SWT dah persiapkan untuk kita sebab yang memberi rezeki semuanya adalah Allah SWT. Kenapa perlu ada persoalan dengan kerja Allah?” jawab suami.
Allah… sentap!
Fabi ayyi ala’i rabbikuma tukazziban. Nikmat tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas anugerah yang terindah. #BukanYakuza
SUMBER: Sha Ramson Abdullah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Memohon Kesucian Jiwa, Jom Amalkan Setiap Kali Mengangkat Tangan Berdoa Kepada Allah
Setiap daripada kita pasti tidak terlepas daripada diuji. Kita perlu sentiasa memikirkan cara untuk melawan segala perasaan sedih, kecewa dan berputus asa supaya sentiasa tenang dan bersemangat.
Kesusahan dan ujian yang diberikan Allah kepada hambaNya ialah untuk meningkatkan lagi keimanan dan kualiti kehidupan hamba-Nya. Setiap dugaan yang dihadapi mungkin sukar, tetapi Allah SWT turut menyediakan jalan keluar untuk setiap kesusahan.
Setelah berusaha, kita hanya perlu menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.
DOA MEMOHON KESUCIAN JIWA
1. Dalam al-Quran Allah memuji orang-orang yang berjaya mencapai kesuciaan jiwa.
Firman Allah:
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
“Sungguh berbahagia orang yang menyucikan jiwanya dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams: 9)
2. Atas dasar itu Rasulullah mendidik para sahabat agar berdoa supaya dikurniakan ketakwaan dan kesuciaan jiwa.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim, Rasulullah membacakan doa ini:
اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا. أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا
Ya Allah, berikanlah sifat taqwa dalam jiwaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang terbaik dalam mensucikan jiwa manusia, kerana Engkaulah Penguasa jiwa kami. (Sahih Muslim)
3. Oleh yang demikian, amalkan doa ini setiap kali kita mengangkat tangan berdoa kepada Allah. Allah yang memegang hati dan jiwa manusia. Ada kalanya kita gagal mengawal hati dan jiwa kita sendiri sehingga tergelincir dari bimbingan ilahi.
Mohonlah kepada Allah agar sentiasa mengurniakan kita ketakwaan dan kesucian jiwa. Semoga Allah membimbing kita.
Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi Top image: Photo by -anastasia-shuraeva from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI