Dah Tak Boleh Sorok ‘Baby Bump!’ Video OOTD Isteri Remy Ishak, Buat Netizen Tertanya-Tanya – “Mengandung Ke?”

Share

Umum sedia maklum bahawa hero Malaya yang juga jejaka idaman Malaya satu ketika dahulu, Remy Ishak telahpun setahun lebih melayari bahtera perkahwinan bersama insan pilihan hatinya iaitu Ezza Yusof.

Terdahulu, pasangan suami isteri ini telah menarik perhatian ramai apabila timbulnya desas desus bahawa isterinya, Ezza Yusof didakwa sudah berbadan dua. Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang komen berhubung isu ini.

Nampak Jelas ‘Baby Bump’ Ezza!

@roseezza Ootd hari ni Reeta Nude Pink dengan Naleen Bag Nude ! Neutral colours Favorite ❤️❤️ Macam mana nak order ? Follow @2Morrow . #2morrowbag
#2morrowmy #2morrowshoesmy #reetaby2morrow ♬ original sound – Remy Ishak

Namun, muatnaik terbaharu video di laman Tik Tok milik Ezza sendiri, menggunakan akaun @ezzarose baru-baru ini seolah memberi gambaran yang dia sememangya sedang hamil!

Menerusi hantaran video berkenaan jelas kelihatan Ezza yang sedang menggayakan koleksi tas tangan dan tudung yang menjadi pelengkap gaya Outfit of The Day (OOTD) nya pada hari itu.

Tetapi apa yang menarik perhatian netizen ialah perubahan pada bahagian perut Ezza yang jelas kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’. Malah, pemilihan baju crop top yang digayakan langsung tidak dapat menyembunyikan keadaan perutnya yang semakin kelihatan berbadan dua.

Artikel berkaitan: Bakal Timang Anak Kedua, ‘Baby Bump’ Acha Septriasa Raih Perhatian

Justeru, perkara ini mendapat perhatian dan menjadi sorotan wargamaya sekaligus menimbulkan persoalan, benarkah Ezza dan Remy bakal bergelar ibu dan bapa, serta menimang cahaya mata tidak lama lagi?

Bagaimanapun, setakat ini, tiada sebarang pengumuman mahupun kenyataan khusus yang dikeluarkan oleh kedua pasangan suami isteri ini berhubung isu ini.

Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran video tersebut. Hijabista mendapati ramai pengikut meninggalkan komen bersetuju bahawa mereka turut melihat ‘baby bump’ dalam video yang tular itu. Berikut merupakan antara komen netizen yang berjaya menarik perhatian Hijabista.

“Dah Tak Boleh Sorok Baby Bump 🥰🥰,” tulis netizen.

“Mengandung ke?” Soal wargamaya.

“Babybum!,” kata warganet

Sekadar info, video pendek OOTD yang dimuat naik Ezza itu ditonton lebih 43 ribu tontonan dengan 1,230 tanda suka daripada para pengikutnya.

Untuk rekod, Remy bernikah dengan Ezza di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 21 Ogos 2021.

Sumber: TikTok @ezzarose

Artikel berkaitan: Jangan Excited Sangat Tunjuk ‘Baby Bump’, Ketahuilah Ia AURAT Yang Perlu Dijaga

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir