Pasti dalam seminggu akan ada hari-hari yang anda menghadapi masalah seperti cepat lesu dan kurang fokus pada hari itu. Banyak kerja tergendala dan anda hanya mengeluh dan termenung sahaja.
Apakah kita sudah mulai menghadapi masalah seperti tiada hala tuju? Apakah mungkin stres di tempat kerja membuatkan lagi emosi terganggu?
Artikel berkaitan: Pernah Alami Stress, Ini ‘Confession’ Siti Nurhaliza Bagaimana Dia Tanganinya
Penat mental lagi teruk dari fizikal
Kehidupan adalah suatu medan peperangan untuk kita yang banyak pancaroba. Ada kalanya, semua berjalan dengan sangat baik, tetapi tidak setiap masa perkara akan jadi seperti yang kita inginkan.
Ramai yang terjejas dengan masalah tekanan mental yang mengganggu kehidupan mereka seharian. Ini kerana kebanyakan dari kita sering ‘menekan’ dan ‘memaksa’ diri untuk lakukan sesuatu benda yang terpaksa kita tempuhi.
Jadi sudah tentu anda ingin tahu apakah tanda-tanda mereka yang sering alami masalah penat mental ini bukan? Di sini kami senaraikan beberapa ciri yang ada pada seseorang yang menghadapi masalah ini.
Cepat meluat dan menjengkelkan
Anda sering rasa perkara yang remeh-temeh itu sangat tidak bermanfaat dan membuang masa. Jadi kebiasaannya, anda akan memberikan reaksi yang negatif dan cepat mengeluh apabila anda yang menganggu.
Sentiasa kurang waktu dan lambat
Masa seolah-olah cepat sahaja berlalu, anda pula terpaksa berkejaran. Bahkan, anda pula tidak punyai masa untuk menenangkan diri sendiri dan lakukan hobi yang anda minat. Jadi masa itu hanya berlalu pantas sahaja tanpa anda sedari dan telah bazirkan sejumlah yang banyak.
Sentiasa rasa diri ini kurang dan tiada keyakinan diri
Setiap apa yang anda lakukan pasti akan jadi masalah–itulah tanggapan anda buat diri sendiri. Tidak rasa yakin dan percaya pada diri kerana anda tahu ia akan salah dan tetap salah. Persoalan pada diri sering menikam seperti, “adakah aku baik”, “Kenapa aku selalu buat salah”, dan sebagainya yang boleh mengacau fikiran dan emosi.
Susah untuk tidur
Setelah penat menjalani kehidupan seharian, anda tidak pula dapat melelapkan mata dan rehat sepenuhnya. Ini semuanya kerana terlalu sangat memikirkan hal-hal yang menjadi kegusaran buat anda.
Kerap alami masalah anxiety yang melampau
Terlalu bimbang akan perkara yang belum tentu terjadi, meski pun ia hanya sekecil-kecil perkara. Anda kerap berfikir dan terus berfikir tanpa memberi ruang untuk merehatkan diri seketika. Fikiran anda akan mulai kusut dan tidak boleh nak berfikir secara rasional sehinggakan diri tidak terurus.
Artikel berkaitan: Sedih Dan Stres Sepanjang Hari, Cuba Dengar Lagu Untuk Gembirakan Hati Yang Luka
Menangis tanpa sebab
Kadang kala, anda dengan secara tiba-tiba menitiskan air mata dan rasa seolah-olah kosong. Tanpa penjelasan yang kukuh, anda alami rasa sakit itu sendiri dan kepenatan yang anda harus tanggung.
Secara kesimpulannya, anda perlukan rehat, kenapa rehat? Salah satu punca utama adalah anda kurang memberikan ruang untuk diri anda rehat dari berfikir, membuat kerja, bahkan anda memaksa diri untuk lakukan perkara yang tidak diingini. Kami harap anda rehat secukupnya dan jumpa bersama pakar psikatris atau kaunseling untuk bantu dengan lebih mendalam.
Sumber: Diva.my
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI