Gara-gara tidak membuat perancangan awal, ramai yang tersepit selepas musim perayaan. Perbelanjaan menyambut Aidilfitri bagaikan tsunami yang boleh melumpuhkan kewangan seseorang. Poket kosong, hutang bertambah dan terpaksa ikat perut dan meminjam demi kelangsungan hidup adalah senario yang biasa terjadi.
Persediaan menghadapi musim ini memerlukan belanja besar. Perbelanjaan bulanan anda pada masa itu mungkin meningkat dua atau tiga kali ganda daripada biasa!
Justeru, bagaimanakah caranya sambutan Aidilfitri dapat dirayakan dengan selesa tanpa meninggalkan lubang besar pada poket anda?
Berikut adalah tujuh langkah mudah yang boleh anda jadikan panduan:
Ads
1. Buat analisa keperluan menyeluruh
Senaraikan keperluan anda pada musim perayaan ini – apa yang perlu dibeli dan diganti ataupun apa yang boleh dikitar dan guna semula barangan sedia ada. Contohnya hiasan dalaman rumah. Adakah langsir yang ada itu perlu diganti ataupun diubah bentuk agar dapat menimbulkan suasana berlainan? Begitu juga sofa ruang tamu. Jika masih elok, tidak perlu diganti baru. Sekadar mencuci dan menukar sarungnya sudah memadai. Analisa keperluan ini hendaklah dibuat secara menyeluruh, membabitkan semua aspek kehidupan anda.
2. Persediaan diri dan keluarga
Berapakah bajet untuk baju baru? Cukupkah RM300 ataupun RM1,000? Jika mempunyai anak-anak, cukupkah RM300 bagi setiap orang termasuk baju Melayu/baju kurung dan juga pakaian harian? Anda boleh menyedia baju baru ini lebih awal. Ambil kesempatan beli borong semasa jualan akhir tahun. Ketika ini anda dapat membeli berpasang-pasang kain pada harga runtuh. Yang bijak akan menghantar kepada tukang jahit di kampung kerana upahnya rendah. Begitu juga pakaian harian, anda boleh membeli semasa jualan murah.
Ads
3. Duit raya
Amalan memberi duit raya sangat digalakkan. Ia adalah satu pemberian, sedekah, sumbangan ataupun tanda terima kasih pada insan tersayang dan mereka yang dekat dalam hidup anda. Berapakah peruntukan duit raya yang perlu anda sediakan tahun ini? Untuk semua anak-anak saudara dan juga anak jiran berapakah jumlahnya yang ingin anda berikan pada setiap seorang. Adakah RM2, RM5 ataupun RM10? Untuk ibu bapa dan juga ibu bapa mentua bagi mereka yang sudah berumah tangga, berapa pula jumlahnya? Bagaimana pula dengan saudara jauh yang lanjut usia ketika anda bertandang ke rumah mereka? Tentukan jumlahnya supaya mudah anda membuat perkiraan.
4. Servis kenderaan dan balik kampung
Agenda utama utama musim perayaan adalah balik kampung kecuali mereka yang tiada kampung! Ziarah-menziarahi sanak-saudara, mengerat dan menjalin semula hubungan yang terputus, bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain memerlukan belanja untuk minyak kenderaan, tol dan juga makan-makan sepanjang perjalanan. Sebelum itu, pastikan kenderaan anda sudah diservis terlebih dahulu. Pastikan tayarnya tidak botak dan masih dalam keadaan baik, dan minyak hitamnya sudah berganti bagi memastikan kelancaran perjalanan anda. Berapakah peruntukan yang perlu anda sediakan. Adakah RM500 mencukupi?
5. Kuih-muih, juadah pagi raya dan rumah terbuka
Buat perancangan berapa jenis kuih raya yang ingin anda sediakan, apakah menu istimewa di pagi raya dan juga menu utama ketika rumah terbuka. Dengan menyenaraikan jumlah dan jenisnya, anda boleh bajet berapa jumlahnya yang perlu anda keluarkan. Cukupkah RM500 ataupun RM1000 termasuk rumah terbuka? Satu kaedah jimat adalah dengan bertukar-tukar biskut raya dengan beberapa orang kawan. Anda buat sejenis dan mereka juga buat sejenis. Jika berpakat dengan lima orang kawan, anda boleh dapat lima jenis kuih. Anda boleh buat satu lagi kuih sebagai kelainan.
Ads
6. Bajet kecemasan
Ini antara aspek penting yang perlu anda ambil kira. Malapetaka datang tanpa disangka. Sediakan bajet untuk menghadapi saat genting seperti kemalangan ataupun tiba-tiba kenderaan anda meragam. Adakah RM500 mencukupi?
7. Buat unjuran perbelanjaan
Musim perayaan seperti Aidilfitri datangnya saban tahun. Setiap tahun anda menempuhnya dalam pelbagai keadaan sama ada ketika itu anda masih bujang ataupun sudah berkeluarga. Pastinya setiap tahun perbelanjaan untuk musim perayaan ini akan bertambah dengan tambahan bilangan anak bagi yang berkeluarga. Secara tidak langsung anda sudah boleh membuat unjuran berapa jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan sepanjang musim perayaan ini. Oleh itu, ada baiknya jika anda membuat perancangan awal. Katakanlah jumlah yang anda perlukan untuk menyambut musim perayaan ini RM4000. Bahagikan jumlah berkenaan dengan 12 bulan. Sebulan anda hanya perlu asingkan dalam RM330 saja. Jadi, bila sampai masanya tidaklah anda rasa terbeban!
SUMBER: SURAIYA MOHD NOOR, PERUNDING KEWANGAN & PERWAKILAN HARTA ISLAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kelmarin hangat isu berkaitan hubungan Neelofa dan PU Haris di media sosial yang kononnya sedang dilanda masalah. Pelbagai jenis andaian-andaian negatif yang muncul dari isu kononnya mereka berdua sudah dinikahkan di Kelantan kepada isu Neelofa terkena minyak pengasih sehinggalah kisah Neelofa memindahkan sejumlah wang yang banyak kepada akaun peribadi PU Haris.
Namun semuanya terjawab apabila Neelofa sendiri telah memberi kenyataan sebentar tadi di laman Instagram peribadinya. Bertujuan untuk menjernihkan keadaan dan menafikan segala tuduhan yang dilemparkan kepada dia dan juga PU Haris.
Wanita berusia 31 tahun ini berkata, “Saya sendiri terkejut melihat andaian-andaian ini keluar. Yang berkenaan minyak pengasih dan kononnya saya sedang berubat serta pindahan wang ditambah pula dengan pernikahan yang kononnya telah diadakan di Kelantan.
“Berikan kami masa dan juga doakan kami untuk mencari titik penyelesaian yang terbaik untuk kedua-dua belah keluarga. Saya rasa permintaan ini adil daripada anda semua menokok tambah dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang boleh mengeruhkan keadaan.
“Setiap hubungan itu ada cerita itu sendiri, dan tidak manis untuk saya bercerita berlebih-lebihan membelakangi keluarga saya dan keluarga Haris. Apa yang berbeza, saya dan Haris dikenali, jadi ini menjadi perhatian dan setiap gerak geri itu… ditambah pula dengan cerita yang tidak betul.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada keluarga saya dan keluarga Haris. Saya harap anda hentikan tuduhan yang tidak berasas. Terakhirnya saya perlukan doa-doa anda semua. Itu sudah memadai. Saya menerima banyak mesej dari sahabat, kenalan dan juga orang yang tidak dikenali mendoakan saya. Terima Kasih.”
Neelofa berharap dengan penjelasan ini mampu menjelaskan keadaan yang terjadi kepada dirinya dan juga PU Haris.
Pernahkah kita terasa kesempitan hidup? Rasa kekurangan wang dan segala-galanya tidak cukup. Hidup pun rasa tak tenang je…
Hmm, mungkin sebenarnya Tuhan merindui untuk mendengar rintihan kita dan mengadu kepadaNya. Oleh itu, berbaliklah kepada Allah bagi memohon agar segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
Bagi menjemput rezeki, anda bolehlah mencuba amalan yang dikongsikan ini selepas solat. Walaupun penat, itu semua tidak mengapa kerana segala lelah kita di dunia ini berbaloi jika kita niat kerana Allah.
Bacalah surah Al-Fatihah 41 kali selepas solat
Jangan pernah berkira sesama keluarga
Solatlah tepat pada waktu!
Sebelum kita melakukan sesuatu, ingatlah segala niat kita hanya untuk Allah SWT. Moga hidup kita semua diredhai dan amalan-amalan kita ini diterima olehNya. InsyaAllah.
Siapa yang tidak kenal pelakon serta pengacara popular Neelofa. Selebriti yang seorang ini bukan sahaja berjaya dalam dunia seni tetapi juga bergelar usahawan berjaya dalam usia yang masih muda. Namun segala yang dikecapi kini bukanlah dalam masa singkat.
Dalam satu perkongsian di twitter, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 30 tahun, berkognsi rahsia kejayaannya setelah hampir sedekad sebagai anak seni, selain menceritakan pengalamannya sewaktu dia mula-mula menceburkan diri dalam industri tanah air.
Rahsia kejayaan, selain dari doa seorang ibu, turut amalkan percaya diri sendiri, sentiasa membina kemahiran diri, keluar dari zon selesa, kelilingi diri antara yang terbaik dan sentiasa atur matlamat yang besar.
Selalu fikir berada di zon selesa adalah bahaya. Membuat kita rasa selesa, selamat hingga mahu kekal berada ditakuk lama, takut untuk meneroka atau mencuba sesuatu yang lain dan mengubah rutin. Jadi mahu cabar diri lakukan sesuatu yang baharu.
Berharap melakukan lebih dalam diri sendiri. Belajar kemahiran baharu dan perbaiki kemahiran sedia ada. Walaupun ada kekangan masa, mahu cuba lakukan. Berminat untuk kuasai bahasa asing, belajar menari dan kemahiran fotografi.
Dulu ketika masuk dalam industri, hanya seorang gadis yang ingin mengejar impian dan Alhamdulilah sekarang bersyukur dengan apa yang ada.
Suka berkongsi perkara sepert ini, melihat orang lain mendapat inspipirasi kemudian memberi inspirasi kepada saya untuk lakukan lebih, menjadi lebih baik, untuk memberikan contoh yang lebih baik, terutama kepada remaja perempuan di luar sana. Segalanya bermula dengan impian, tetapi dengan kerja keras, usaha dan sokongan dari semua orang, insya-Allah
Sokongan tidak bebelah bagi dari followernya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NEELOFA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...