Menjadi impian untuk seseorang wanita itu menjaga keterampilannya di mana-mana sahaja. Bagi capai tahap kecantikan yang di idami itu pula memerlukan pelbagai pengorbanan.
Sudah tentu bagi anda, wanita berkerjaya, susah untuk membahagi masa dan lupa untuk menjaga diri kerana terlalu sibuk untuk mengejar impian dalam kerjaya.
Artikel berkaitan: Rahsia Kekal Berseri Setiap Hari, Tip Cantik 5 Minit Ini Patut Anda Cuba Dan Amalkan!
Tip Kekal Cantik Edisi Pejabat!
Meeting selepas itu kejar pula deadline, macam-macam yang boleh merunsingkan anda ketika bekerja. Jadi hari ini, Team Hijabista akan menjelaskan beberapa tip untuk untuk anda jaga kecantikan meski pun di dalam pejabat!
#1 Kurangkan menyentuh muka
Bagi anda yang suka untuk menyentuh setiap permukaan di meja pejabat dan barang-barang di sekitar. Kurangkan sentuhan pada wajah untuk mengelakkan sebarang penyebaran kekotoran di kulit wajah.
Ini juga bukan untuk menjaga kesihatan kulit anda malah membuatkan lagi anda kelihatan lebih profesional sewaktu bekerja. Barulah orang kata beauty with brain.
#2 Jangan lupa bawa beg solekan anda!
Ramai yang selalu ambil mudah tentang perkara ini, alasannya pula kerana terlalu sibuk sehingga lupa untuk bersiap. Jangan beri alasan ya sis.
Berhias adalah salah satu cara anda menghargai diri anda, janganlah pula datang ke pejabat pucat dan sugul sahaja. Jika tidak sempat sekalipun, adakan sedikit ruang untuk anda berdandan di pejabat untuk kelihatan sedikir bernyawa!
#3 Pastikan anda rajin menggosok baju dan tudung
Bila sudah malas dan lambat, ada juga yang berani hadir ke khalayak ramai tidak bergosok baju mahupun tudung. Apabila orang nampak, anda kelihatan kusut dan tidak teratur dengan kedutan seribu di baju.
Untuk elakkan anda lambat menggosok baju, bersedia lebih awal sewaktu malam. Jika malas juga, pastikan anda ada pakaian dan tudung yang tidak perlu gosok tetapi kena pada etika pemakaian pejabat anda.
#4 Bawa minyak wangi dan ubat ketiak
Dah lambat nak masuk kerja segala minyak wangi semua lupa nak pakai. Bila tiba pula tengahari ketiak anda mula bau tengik dan membusuk, menganggu pula orang di sekitar anda.
Tujuannya sis tegaskan disini adalah bau itu mungkin tidak kita nampak tapi ia sangat mengacau orang sekeliling untuk mendekati kita. Pastikan anda ada sediakan minyak wangi atau deodorant di dalam beg. Terus spray dan anda bau harum sepanjang masa!
Artikel berkaitan: Pelik Tapi Benar. Tip Cantik Dari Selebriti Popular Ini Amat Menggelikan Namun Berkesan!
#5 Bawa pencuci muka atau tisu basah
Ada ketika muka anda kelihatan sangat berminyak dan mulai rasa rimas. Tapi itu bukan bermakna anda hanya boleh lap dengan tisu kering, ianya akan memudaratkan lagi kulit wajah anda.
Bawa pencuci muka atau tisu basah yang memang direka khas untuk membersihkan wajah. Ia sedikit sebanyak boleh membantu anda kelihatan sedikit segar.
Sumber: celebrities.id
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI