Kecantikan itu tidak hanya memfokuskan kepada kulit wajah semata-mata. Malah, kecantikan yang mutlak terhasil daripada senyuman yang menawan. Gigi yang putih bersih tanpa sebarang bau yang kurang menyenangkan pastinya memberikan keseluruhan penampilan anda sempurna dan anggun!

Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau Punca Pasangan Lari! Ini Tip Terbaik Untuk Atasinya!
Sumber gambar: Greta

Malah, ia mampu menambat hati pasangan serta menjamin keselesaan orang disekeliling kita. Ianya sedikit sebanyak menaikkan keyakinan diri kita untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Nak tahu tip terbaik untuk memiliki senyuman yang menarik dan menawan? Ikuti tip ini yang mampu memberikan gigi putih berseri.

Tukar Berus Gigi Dengan Kerap

Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau Punca Pasangan Lari! Ini Tip Terbaik Untuk Atasinya!
Sumber gambar: Tara

Pastinya ramai yang ambil tahu tentang kebersihan berus gigi. Namun, masih ada juga sesetengah daripada kita yang tidak hiraukan tentang kebersihan berus gigi. Bagi yang menggunakan berus gigi biasa ataupun elektronik, anda harus menukar berus atau kepala berus sekurang-kurangnya setiap 2 atau 3 bulan. Ini dapat mengelakkan bakteria yang tidak diingini masuk ke dalam mulut. Dan pastikan berus yang digunakan serasi dengan bentuk gigi juga sama ada jenis lembut atau lebih tekstur pada jenis berus.

Bersihkan Lidah

Ads
Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau Punca Pasangan Lari! Ini Tip Terbaik Untuk Atasinya!
Sumber gambar: Cottonbro

Tidak hanya terhenti pada menggosok gigi sahaja, namun untuk memiliki senyuman yang menawan, bau mulut juga haruslah dielakkan. Nak tahu bagaimana cara terbaik? Gunakan pembersih lidah setiap pagi untuk membuang plak pada lidah. Cara ini membantu menyegarkan lagi nafas anda.

Gosok Gigi 2 Kali Sehari

Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau Punca Pasangan Lari! Ini Tip Terbaik Untuk Atasinya!
Sumber gambar: Kampus

Ramai yang buntu tentang kekerapan menggosok gigi dalam sehari. Ada yang menggosok sekali sehari dan ada juga yang menggosok setiap kali mandi. Tahukah anda, menggosok gigi selepas bangun dan sebelum tidur amat penting? Ini adalah kerana air liur (yang menghalang kaviti pada gigi) menjadi kering pada waktu malam. Ini menyebabkan gigi mudah terdedah kepada kerosakan. Malah, membersihkan gigi setiap pagi membantu mengurangkan bakteria, plak dan bau nafas busuk yang terbentuk sewaktu tidur.

Ads

Mulut Kekal Segar

Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau Punca Pasangan Lari! Ini Tip Terbaik Untuk Atasinya!
Sumber gambar: Miriam

Pernah tak anda menghadapi situasi dimana anda kurang yakin tentang bau mulut anda? Terutamanya apabila anda berada di depan khalayak ramai. Jangan risau! Untuk menguji bau nafas, anda hanya perlu menjilat belakang tapak tangan dan hidu air liur ketika ia masih basah. Jika mulut anda berbau, ini bermakna anda perlu mengambil gula-gula penyegar nafas. Malah anda juga boleh menggunakan ubat kumur bebas alkohol. Ubat kumur yang mengandungi terlalu banyak alkohol boleh mengeringkan tisu dalam mulut yang menyebabkan mulut lebih terdedah kepada bakteria.

Baca juga: Wajah Seperti ‘Badut’ Kerana Salah Cara Memakai Maskara, Cuba Lakukan Teknik Rahsia Yang Mudah Ini!

Ads

Gunakan Cecair Kumur

Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau Punca Pasangan Lari! Ini Tip Terbaik Untuk Atasinya!
Sumber gambar: Colgate

Untuk memastikan bau mulut anda sentiasa segar, kumur mulut anda dengan cecair kumur yang semestinya memberikan kesan yang berpanjangan. Sebaik sahaja anda menggosok gigi dan lidah. gunakan cecair ini dan kumur selama 5 minit. Mudah dan menjimatkan masa!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Dah Gosok Gigi Tapi Mulut Masih Berbau Punca Pasangan Lari! Ini Tip Terbaik Untuk Atasinya!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI