Dah boleh merentas negeri! Maksudnya dah boleh pulang ke kampung! Wah pasti ramai yang begitu teruja dengan pengumuman oleh pihak kerajaan baru-baru ini tentang hal itu. Jadi, untuk memastikan anda cantik bergaya berjumpa keluarga atau insan tersayang yang sudah lama tidak berjumpa, wajah kenalah berseri-seri dengan solekan yang sempurna!
Tak perlu bawa semua alatan solekan anda pun untuk tampil berseri pulang ke kampung. Cukup dengan hanya bawa alatan solekan yang asas! Takdelah bagasi jadi padat dan anda pun mudah untuk bersolek nanti! Nak tahu apa alatan solekan asas tu? Jom baca!
- Foundation sebagai langkah utama
Untuk tampil berseri berjumpa dengan yang tersayang, jangan dilupakan pemakaian ‘foundation’ ni benda paling asas yang harus disapukan pada muka. Untuk pemilihan ‘foundation’, ada tiga jenis yang anda boleh pilih samaada dalam bentuk ‘liquid’, ‘cream’ dan ‘powder’. Bagi anda yang memiliki jenis kulit berminyak, anda tidak digalakkan memakai liquid foundation kerana ia akan membuatkan kulit lebih berminyak manakala yang berkulit kering sebaiknya tidak menggunakan powder foundation. Kekemasan saat menggunakan foundation pada muka boleh dimiliki dengan menggunakan jari, berus foundation, span ataupun beauty blender. Berus akan memberikan hasil coverage yang lebih baik!
2. Jangan lupa concealer!
Seterusnya, jangan lupa bawa ‘concealer’ adalah untuk menutup segala cela pada muka seperti lingkaran gelap bawah mata, jerawat dan parut-parut yang ada. Petuanya, pastikan pilih yang lebih cerah daripada kulit atau warna ‘foundation’ korang.
3. Loose/Compact powder untuk ‘touch up’.
Fungsi bedak loose dan compact adalah untuk ‘touch up’ solekan ‘foundation’ yang anda sudah pakai di muka. Tekstur ‘loose powder’ adalah lebih ringan dan lembut. Bedak ini sesuai dipakai oleh orang yang kulit berminyak. Formula di dalam bedak ini membantu untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit anda. Untuk kesan yang menarik, anda boleh menggunakan span puff ataupun berus solekan untuk mendapatkan hasil yang natural. ‘Compact powder’ pula biasanya dibawa ke mana-mana kerana bekasnya yang kecil. Teksturnya berbeza dengan ‘loose powder’ kerana ia lebih padat dan formulanya sesuai untuk orang yang berkulit kering. Cara nak pakai ‘compact powder’ cuma lakukan teknik DAB DAB sahaja.
4. Pemerah pipi
Penggunaan ‘blusher’ ini sebenarnya boleh bantu untuk menaikkan seri muka. Ia boleh menjadikan wajah anda tampak segar sepanjang hari. ‘Blusher’ terdapat dalam bentuk compact, stick dan juga liquid.
5. Magisnya si Maskara
Untuk mata nampak seksi dan cantik, jangan lupa bawa maskara ya! Semua orang tahu fungsi maskara adalah untuk melentikkan dan menebalkan lagi bulu mata. Pilih jenis maskara yang sesuai dengan bulu mata anda! Jika mahukan kesan hitam yang kuat dan tebal, pilih produk maskara yang mampu menaikkan volum bulu mata anda!
6. Gincu pelengkap gaya asas!
Gincu merupakan produk asas untuk melengkapkan gaya solekan anda Jika anda suka warna soft dan nak tampak natural, pilihlah warna nude. Sebelum anda ingin mengenakan lipstik, jangan lupa untuk memakai pelembap bibir atau ‘petroleum jelly’ supaya bibir korang sentiasa lembap dan nampak fresh.
https://www.youtube.com/watch?v=OLcd03ZFhTM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI