Tiada manusia yang tidak teruja apabila datangnya waktu cuti. Pastinya semua ternanti-nanti saat tibanya waktu itu bagi merehatkan minda dan menerokai tempat baharu. Oh, seronoknya! Tetapi, sebelum itu pasti ada satu perkara yang hijabi rasa berat untuk melakukannya iaitu mengemas baju.
Saat mengemas rasa tidak kena apabila muatan terlebih dan sebagainya. Usah khuatir hijabi! Ikuti trik ini untuk sesi mengemas yang mudah.
Gulungkan baju anda seperti gulungan kek untuk mengelakkannya kedut. Sememangnya cara ini pantas dan menjimatkan ruang dalam beg anda.
Susun atur bra anda seperti sebuah menara. Seluar dalam juga boleh diselitkan di celah-celahnya.
Tidak syoklah jadinya jika kasut kotor terkena baju bersih. Bukan hanya kotoran, malah bau juga boleh melekat. Oleh itu, simpan kasut anda dalam shower cap atau shoe bags bagi mengasingkannya.
Kebiasaannya kita pasti mengulang pakai seluar yang dibawa. Bagi mengelak terlebih muatan, lipat dua helai baju yang berlainan jenis seperti t-shirt atau blaus untuk setiap helaian seluar yang dibawa. Seeloknya bawa sehelai jeans berwarna cerah dan gelap untuk suaikannya.
Cara penyimpanan sebegini buatkan anda senang mencari dan mengenal pasti jika ada barang yang hilang tanpa perlu bersusah payah membuka beg tersebut.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee