Dah Bersiap Tapi Tak Jadi Keluar Ini Antara Pengorbanan Isteri Anggota Badan Beruniform, Sedih Perkongsian Wanita Ini

Share

Berkahwin dengan pasangan daripada anggota beruniform menuntut pengorbanan yang sangat tinggi. Apabila memilih suami dalam kalangan anggota beruniform,  itu bermakna seorang wanita itu turut ’berkahwin’ dengan pasukan beruniform tersebut.

Ini kerana bidang ini menuntut pengorbanan yang sangat besar daripada para isteri berikutan tugas suami yang tidak mengenal masa atau ketika cuti umum atau hari perayaan, siang atau malam.

Pengorbanan ini bukan sekadar untuk suami dan keluarga, tetapi negara kerana apa yang dilakukan itu menyumbang kepada kesempurnaan tugas suami.

Baca perkongsian penuh makna Izzati Kamal

SUAMIKU SI BAJU HIJAU

Ramai yang tanya bagaimana zatty boleh hadapi alam rumahtangga hampir 4 tahun berjauhan dengan suami.

Alhamdulillah walau selalu berjauhan zatty & suami terapkan kami sentiasa memerlukan satu sama lain walaupun hakikatnya dua-dua sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Bukan mudah untuk diungkapkan.
Pergi mana-mana tanpa ditemani seorang suami.

 

 

SEBAGAI ISTERI
perlu faham tugas suami.
Tipulah kalau tak sedih.
Tipulah kalau tak kecewa.

Pernah beberapa kali kami terpaksa batalkan beberapa temujanji yang sepatutnya kami luangkan masa bersama.
Tatkala zatty & suami sudah bersiap dapat panggilan dari Negara.
Mana satu harus utamakan?
Tinggallah zatty di rumah dengan ditemani airmata.

SEDARILAH
berkahwin dengan anggota badan beruniform, tak kira sama ada si baju hijau, si baju oren, si baju hitam,si baju biru, isteri perlu kongsi masa suaminya dengan negara.

Bermula dari situ zatty belajar,
Suami adalah pinjamanNya & zatty perlu redha dengan apa jua aturanNya.
Begini juga nasib rumahtangga pasangan lain. Zatty sangat memahami nasib mereka.

Zatty mula sibukkan diri dalam dunia perniagaan. Tak sanggup untuk duduk di rumah sahaja sambil tunggu kepulangan suami. Bila dua-dua mula sibuk kami sedar bahaya kalau situasi ini berterusan. Zatty mula rasa mampu berdiri atas kaki sendiri.
Dan kami mulai fikir apa yang ingin kami perbetulkan.

Alhamdulillah, kami akan luangkan masa bersama setiap hari di awal pagi sesudah subuh. Samaada melalui wassap atau call terus. Ini sahaja masa yang kami disiplinkan sebelum zatty & suami sibuk dengan tugas yang lain.

 

Awali pagi anda dengan sesuatu yang positif,
Insyaallah perjalanan hari anda akan lebih indah.

Ya Allah,
Kuatkan hati pasangan-pasangan yang berjauhan seperti kami.
Satukan hati mereka.
Lindungi rumahtangga kami Ya Allah.
Selamatkan suami-suami kami dalam mempertahankan negara.

Sumber kredit: Izzati Kamal

Published by
Norhasliza