Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah video prank yang dimuat naik ke laman YouTube mengenai seorang gadis yang telah dikenakan oleh teman lelakinya sendiri bagi mengetahui sejauh mana tahap kesetiaannya itu.

Gadis yang sudah lama menganggur itu telah ditawarkan wang sebanyak RM20 ribu dengan syarat perlu meninggalkan teman lelakinya. Dia akhirnya memilih wang berbanding teman lelakinya setelah diberikan provokasi dalam video tersebut.

Meskipun mendapat jumlah tontonan yang tinggi, video tersebut mendapat kecam ramai kerana telah mengaibkan pihak perempuan itu walaupun wajahnya tidak kelihatan. Ramai yang mengecam teman lelakinya itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang tidak matang dan memahami tindakan gadis tersebut yang lebih memilih wang berbanding cinta seorang lelaki yang belum tentu menjadi suaminya.

Turut memberi komen mengenai isu ini, personaliti dakwah iaitu Wan Dazrin mengecam tindakan ‘prank’ sebegini kerana mampu merosakkan hubungan sesama manusia.

Ads

‘Dah Ada Test Dari Allah, Kenapa Nak Susah Lagi?’- Da’i Wan Tak Sokong Buat Prank Uji Pasangan

Dah ada ujian daripada Allah, kenapa nak uji orang lagi?

‘Dah Ada Test Dari Allah, Kenapa Nak Susah Lagi?’- Da’i Wan Tak Sokong Buat Prank Uji Pasangan

Ads

Tak perlu cari jalan untuk menghancurkan sesebuah perhubungan itu sebaliknya perbaikilah diri masing-masing sebelum ingin bernikah dengan pasangan kita.

‘Dah Ada Test Dari Allah, Kenapa Nak Susah Lagi?’- Da’i Wan Tak Sokong Buat Prank Uji Pasangan

Ads

Pengikut laman sosial Wan Dazrin juga turut bersetuju dengan pendapatnya dan merasakan budaya prank keterlaluan ini tak sesuai dengan budaya masyarakat timur.

‘Dah Ada Test Dari Allah, Kenapa Nak Susah Lagi?’- Da’i Wan Tak Sokong Buat Prank Uji Pasangan‘Dah Ada Test Dari Allah, Kenapa Nak Susah Lagi?’- Da’i Wan Tak Sokong Buat Prank Uji Pasangan

‘Dah Ada Test Dari Allah, Kenapa Nak Susah Lagi?’- Da’i Wan Tak Sokong Buat Prank Uji Pasangan‘Dah Ada Test Dari Allah, Kenapa Nak Susah Lagi?’- Da’i Wan Tak Sokong Buat Prank Uji Pasangan

Pendapat sis pula jika kita merasa ragu-ragu dengan pasangan, solat istikarahlah yang sebaiknya perlu kita lakukan dan bukannya ‘prank’ terhadap mereka. Jadikan agama sebagai panduan, jangan rumitkan keadaan dan sentiasalah bergantung harap padaNya.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI