Daging Lembu Dan Khinzir Nampak Sama, Ada Cara Untuk Pastikan Perbezaan Kedua-duanya!

Share

Baru-baru ini tular di laman media sosial Facebook berkenaan ‘daging’ yang dimasak oleh anak seorang wanita yang bertukar menjadi pucat putih. Wanita itu sangat terkejut dan cemas melihat gambar yang di tunjuk oleh anaknya itu.

Ini daging lembu atau daging khinzir?

Anak kepada pemilik akaun Cekta Hermosa yang membuat perkongsian itu di Facebook telah mengadu kepada wanita itu berkenaan hal ini. Dengan segera dia mendapatkan kepastian dari rakan-rakan bangsa cina untuk memastikan sama ada itu daging khinzir atau tidak.

Pemerhatian secara kasar, rakan-rakannya yang berbangsa Cina melarang untuk mereka makan daging tersebut kerana kelihatan seperti daging khinzir. Oleh kerana rasa was-was, wanita tersebut turut melarang anak-anaknya untuk menjamah daging itu.

Menurutnya lagi, daging itu telah dibeli oleh bekas suaminya pada seorang penjual daging di sebuah pasar berada di Permatang Pauh, Pulau Pinang. Tidak mahu terus menyalahkan mana-mana pihak, wanita itu mengharapkan perkara ini tidak berulang kembali.

Artikel berkaitan: Jangan Rendam Daging Beku Lama-lama Untuk Cairkan Ais, Ada Cara Yang Lebih Selamat

Bagaimana nak bezakan daging khinzir dan lembu?

Sumber dari Canva

Dalam Islam, Khinzir merupakan salah satu najis mughallazah (najis berat). Menurut Hellodoktor, kajian yang dibuat oleh Julia Osterberg pada tahun 2016 telah menunjukkan daging khinzir mengandungi spesies bakteria E. Coli yang kebal dengan antibiotik Ampicilin, Tetracyclin, Trimethoprim, Sulphonamide, atau Streptomycin.

Jadi bagaimana kita nak kenali perbezaan daging khinzir bersama daging lembu? Ini ada beberapa caranya untuk anda!

Tekstur

Daging khinzir mempunyai tekstur yang lembih dan mudah direngang berbanding kebanyakan daging lembu yang teksturnya kaku dan padat. Perbezaan ini juga boleh terasa jika anda pegang dan dapat terasa perbezaan yang ketara antara kedua jenis daging ini.

Aroma

Aroma dari daging khinzir sendiri mempunyai satu bau yang meloyakan berbanding daging lembu yang hanya hanyir. Bau ini sangat penting untuk membezakan kedua daging itu kerana meski pun warna berubah, aroma kedua daging itu tetap boleh dibezakan.

Warna

Warna bagi daging khinzir lebih pucat berbanding daging lembu. Ia berwarna seakan-akan putih seolah-olah daging ayam yang merah pucat.

Namun, perbezaan ini tidak terlalu ketara kerana warna pada daging khinzir kebiasaannya disalut dan disebatikan dengan lumuran darah lembu dan boleh dihilangkan dengan rendaman air.

Serat daging

Kedua-dua daging ini mempunyai perbezaan yang sangat jelas dengan serat yang boleh dilihat secara kasar. Pada daging lembu sendiri, kita boleh melihat garisan yang padat jelas terlihat.

Daging khinzir pula tidak sama sekali seperti daging lembu. Ia tidak kelihatan serat-seratnya kerana agak samar dan sangat renggang.

Lemak

Perbezaan juga boleh di lihat melalui keanjalannya. Daging khinzir punyai tekstur lemak yang lebih elastik serta lemak lembu yang lebih kaku dan berbentuk.

Manakala, daging khinzir sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingya. Tidak seperti daging lembu, ia lebih kering dan kelihatn berserat.

Artikel berkaitan: Kulit Muda Dan Kekal Sihat, 20 Senarai Selebriti Terkenal Ini Memilih Tolak Makan Daging

Sumber: Facebook Cekta Hermosa dan Odisi.my

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee