Pada pagi tadi, pasangan merpati dua sejoli iaitu Ernie Zakri dan Syamel telah selamat bergelar suami isteri.
Dalam sebuah majlis yang serba ringkas, Ernie telah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Zakri Ahmad di Masjid Puncak Alam pada jam 10.30 pagi dan menerima seutas gelang tangan berlian serta RM300 sebagai mas kahwin.
Walau bagaimanapun, mereka sepakat merahsiakan jumlah wang hantaran yang diterima.
Terdahulu, pasangan lagu duet, Aku Cinta ini mula rapat selepas menjadi pasangan duo dalam rancangan realiti, Duo Star terbitan Astro pada tahun 2017 dan sekaligus menjadi juara program tersebut.
Mereka juga telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu. Tahniah diucapkan buat kedua-dua mempelai. Moga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga.
Baru-baru ini, telah tular di twitter mengenai seorang gadis yang menjadikan plastik sebagai tudung sewaktu dalam keadaan ‘darurat’. Tweet yang telah ditulis oleh rakan sekerjanya itu telah mendapat hampir 20 ribu retweet oleh netizen di laman twitter.
Menerusi portal mStar, gadis yang dikenali sebagai Ija Zaza atau mesra disapa Jai,28, tidak menyangka gambarnya itu akan tular kerana ia memang sesuatu yang tidak disengajakan.
“Masa itu tudung saya basah sebab hujan sewaktu saya hendak bertemu pelanggan bagi menghantar barang (COD). Barang pula tertinggal di rumah. Masa nak keluar balik tu, nak tukar tudung tak sempat, jadi saya ambil tudung lain dan letak dalam beg.
“Tak perasan pula tercicir. Masa nak tukar tudung dalam kereta, saya baru perasan yang tudung yang diambil tadi tiada dalam beg.
“Memang nervous, cuak dan menggelabah waktu itu. Saya cari apa nak pakai, akhirnya saya pakai plastik dan turun tunggu pelanggan sekejap di stesen minyak.
“Mulanya dia tengok sahaja, lepas tu dia tanya, plastik ke? Dia kata tak apalah, dia faham sebab hari hujan,” ujar Jai.
Setiap hari kita pergi ke kerja atau hendak kemana-mana, pasti akan perasan badan kita kurang tenang dan stres. Mood di waktu pagi juga sangat mengacau fikiran kita untuk berfikir dengan positif.
Adakah anda tahu, selain mendapatkan tenaga dan kesegaran dari makanan atau mandi pagi, sebenarnya badan kita memerlukan sesuatu yang lebih dari itu. Sarapan yang utama buat badan yang sihat adalah dengan menghirup udara yang segar!
Bangun sahaja setiap pagi kita harus menghirup udara yang segar setelah membuka tingkap bilik dan melihat suasana pagi yang indah. Namun, ramai yang alpa untuk menikmati dan mengambil masa seketika untuk menghirup udara yang segar setiap pagi. Ia sangat penting kerana mampu membekalkan faedah yang bermanfaat buat tubuh badan.
Sebenarnya terdapat beberapa faedah yang boleh di manfaatkan oleh tubuh badan kita melalui kaedah ini jika di lakukan pada setiap pagi. Ianya sangat mudah untuk menghilangkan apa-apa unsur negatif yang boleh mempengaruhi kita, sepertinya:-
Permulaan hari anda jika dapat menghirup udara segar sangat banyak memberikan manfaat buat kesihatan fizikal dan mental. Sewaktu di awal pagi, kebanyakan gangguan bunyi dari kenderaan kurang di dengari dan ia boleh di jadikan sebagai satu terapi buat anda. Bayangkan jika kita cuba amalkan setiap pagi kaedah ini, hidup pasti akan menjadi lebih tenang dan bahagia.
Suasana yang tidak bersih dapat menjadi faktor utama dalam peningkatan tekanan darah. Oleh dengan itu, kaedah menghirup udara segar pada awal pagi dapat membekalkan oksigen yang bersih dan menyegarkan seluruh organ badan termasuk jantung dan juga boleh menstabilkan tekanan darah.
Sel darah memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi jadi dengan melakukan kaedah ini setiap pagi dapat membantu sedikit sebanyak sistem imunisasi badan. Sel darah putih pula sangat penting untuk memastikan dan membunuh bakteria dan benda asing yang berada dalam badan. Hal ini boleh memberikan sel darah putih menjadi lebih efektif dan berfungsi dengan baik.
Setiap kali kita menghirup udara dan menghembuskan nafas, ia dapat mengeluarkan gas yang tidak di perlukan oleh badan. Jadi untuk membantu badan untuk menjadi lebih sihat, hirup udara segar pada setiap pagi akan menggantikan gas yang di keluarkan oleh badan dan seterusnya menyihatkan paru-paru anda.
Bekalan oksigen yang mencukupi setelah menghirup udara yang segar dapat di salurkan kepada bekalan tenaga yang berganda. Organ-organ akan dapat berfungsi dan bekerja dengan lebih efektiv termasuklah otak. Oleh dengan itu, dapatlah bekalan tenaga yang sangat mencukupi untuk tempuhi seharian.
Sebagai seorang yang pentingkan penjagaan badan yang sihat dan cergas, anda perlu ambil kisah tentang diri sebelum membuat apa-apa. Kesihatan susah untuk di jaga apabila ia tercemar dengan ancaman penyakit, jadi gunakan dengan sebaik mungkin nikmat yang ada.
Sumber gambar: Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di