Menurut Sherry yang kini berusia 42 tahun ini, dia masih dapat menyarungkan baju-baju lamanya.
“Sekarang, baju-baju saya yang dulu-dulu masih lagi muat sebab berat badan sekarang sama dengan berat badan saya masa umur 18 tahun dulu.
“Sekarang ni berat badan 47kg tetapi sebenarnya ia terlalu kurus bagi saya. Rasanya perlu tambah lagi dalam 1-2kg.
“Cuma sekarang nak tambah tu agak susah sebab bila dah workout memang akan sentiasa burn.
“Seminggu at least dua kali saya buat aktiviti indoor, larian dan sebagainya. So kena seimbanglah.”
Setuju dengan Sherry, kurus tidak semestinya untuk kelihatan cantik semata-mata. Matlamat utamanya ialah demi kesihatan, barulah seimbang dengan kecantikan luar dan dalam.
“Kurus tu sebenarnya bukan hanya untuk cantik as long as you are healthy and fit, rasa selesa dengan berat badan you, tiada masalah.
“Saya tak percaya yang kurus tu cantik, putih tu cantik, tidak. Ianya tentang bagaimana cara kita nak kekal sihat dan rasa gembira.
“Kalau nak kurus buat dengan cara yang betul, amalkan cara hidup sihat, dan ambil makanan seimbang.
“Saya sendiri pun tak adalah jaga makan sangat, minum teh ais juga setiap hari. Tapi saya tahu macam mana nak seimbangkan.
“Sebab itu setiap minggu saya kena ada masa untuk lakukan pilate, hiking atau aktiviti indoor.
“So kalau kita mengekalkan gaya hidup sihat, dijamin akan miliki berat badan yang ideal bukan kurus semata-mata.
“Badan pun akan rasa ringan, fit, dan segar. Kulit pun kekal cantik dan lembap sekaligus melambatkan terjadinya kedutan penuaan.”
Sebagai wanita yang menitikberatkan soal kesihatan dan kecantikan, boleh jadikan rutin Sherry ini sebagai panduan.
Ingat, kurus bukan untuk cantik tetapi untuk kekal sihat dan jiwa bahagia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Generasi muda harus mempunyai banyak inovasi dan keberanian untuk membawa perubahan, termasuk perubahan dalam persekitaran kehidupan terdekat mereka. Itulah yang dilakukan oleh Rima Sultana Rimu apabila melihat kawasan di mana dia dibesarkan.
Dibesarkan dalam keluarga petani kampung yang sederhana, Rima telah menunjukkan keberanian serta keazaman yang luar biasa dalam memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak sejak kecil.
Gadis yang dilahirkan pada 2002 di Bangladesh ini terharu selepas melihat kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, seperti dilaporkan oleh UN Women.org.
Rima menjadi aktivis pada usia muda untuk memperkasakan wanita dan memperjuangkan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak.
Bersemangat Mengajar & Memperkasakan Wanita Rohingya
Rima Sultana Rimu bermula dengan mengajar kanak-kanak di kem pelarian Rohingya dan mengajak wanita mengubah beberapa tabiat harian.
Dia menubuhkan sekolah tidak formal di kem pelarian kerana lebih ramai kanak-kanak diajar membaca, menulis dan membuat matematik.
Wanita muda ini lantang menentang diskriminasi dan keganasan terhadap wanita Rohingya.
Rima mengadakan bengkel mengenai hak wanita, kesihatan seksual dan reproduktif, dan mencegah keganasan terhadap wanita.
Dia mempertahankan hak wanita Rohingya dan mengajar betapa pentingnya melindungi hak wanita dalam situasi krisis.
Beri Inspirasi Dengan Keberanian & Keazaman
Rima membawa misi ini ke pelbagai forum antarabangsa dan mencipta namanya di kalangan aktivis dunia. Antaranya, Rima dimasukkan dalam senarai BBC 100 Women pada 2020.
Rima dinobatkan sebagai salah satu daripada 100 wanita yang memberi inspirasi dan berpengaruh di dunia oleh BBC.
Rima menjadi inspirasi kepada wanita dan kanak-kanak lain di kem pelarian Rohingya kerana kecekalan dan keazamannya dalam mengangkat martabat wanita dan memperkasakan orang ramai untuk mengatasi halangan dan mencapai impian mereka.
Rima Sultana Rimu menjadi contoh luar biasa seorang wanita muda dari Generasi Z yang berani dan berdedikasi terhadap persekitaran tempatnya tinggal dan mampu membuat perubahan di dunia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!
Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi Pertandingan Masakan Acar baru-baru ini sempena Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) di Taman Tasik Maran, Pahang.
Terbukti keikhlasan ‘air tangan’ Paduka Baginda yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik dalam setiap hasil masakannya.
Seperti yang semua tahu, memasak sangat sinonim dengan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Aktiviti memasak bukan hanya terapi jiwa buat Paduka Baginda malah ia turut menjadi kebiasaan khususnya untuk menjamu keluarga, kenalan serta tetamu di istana.
Biarpun berstatus diraja, Paduka Baginda sentiasa rajin menyinsing lengan masuk ke dapur untuk memasak bersama-sama cef dan tukang. Paduka Baginda juga sering memasak untuk para pekerjanya di istana.
Dalam hantaran terbaharu di Instagram Kesultanan Pahang, Paduka Baginda berkongsi bagaimana proses penghasilan acar buah yang dipertandingkan itu dan ia sememangnya hasil air tangan Paduka Baginda sendiri.
Dibantu sekumpulan Cef Istana Abdulaziz yang digelar ‘Geng Ular’, Paduka Baginda sentiasa teliti dalam menyiapkan menu yang ingin dihidangkan.
Penyertaan Paduka Baginda dalam Pertandingan Masakan Acar baru-baru ini hanya kebetulan.
Sementelah Paduka Baginda baru sahaja menyiapkan berbotol-botol acar buah, tanpa pengetahuan sesiapa, secara diam-diam Paduka Baginda melalui seorang ahli WI menghantar penyertaan menggunakan nama ‘Aminah Mahmood’ dari Maran.
Bagaikan tertulis, sudah menjadi rezeki air tangan Paduka Baginda walaupun umum tidak mengetahuinya, masakan tersebut berjaya menawan selera juri.
Bukan hanya juri, Paduka Baginda sendiri terkejut apabila hidangan tersebut dipilih sebagai pemenang tempat pertama.
Kisahnya, acar buah tersebut dihantar untuk bertanding pada waktu pagi dan Paduka Baginda bermesyuarat sehingga terlupa perihal acar buah tersebut.
Semua 11 peserta hanya membawa acar buah yang siap dimasak dan dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing untuk dipertandingkan.
Acar buah Paduka Baginda tidak diletakkan dalam mangkuk khas istana tetapi dalam bekas biasa (pyrex) seorang penduduk kampung di situ.
Sementara itu, juri pertandingan Hajah Siti Rokiah Lebai Rahmat yang merupakan bekas guru masakan daripada Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan berpengalaman selama 39 tahun dalam perjurian pertandingan masakan terkejut apabila peserta yang diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, Aminah Mahmood ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
“Saya dan semua peserta tidak tahu hidangan tersebut milik Paduka Baginda. Semua peserta diberi syarat sama iaitu menyediakan hidangan siap dari rumah dan dibawa ke pertandingan ini untuk dinilai mengikut rasa dan kreativiti.
“Saya dan pasukan juri memilih acar buah Aminah Mahmood ini bukan kerana sedap semata-mata tetapi kombinasi bahan-bahan yang cukup sempurna.
“Tidak berminyak tetapi kuah yang bersalut dengan rasa buah dan rempah ratus. Ini kali pertama saya rasa acar buah yang sedap, sempurna dan lengkap dengan semua bahan.”
Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke karnival tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung WI Pahang di Dewan Jubli Peraki.
Turut mengiringi ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.