Pernah tak anda rasa di sekitar cuping telinga anda terdapat kesan bengkak dan merah. Ramai yang sangka itu merupakan jerawat namun hakikatnya tidak!
Kebarangkalian ia boleh di katakan sebagai jerawat tetapi ada juga penyebab lain yang menjadi faktor utama masalah bengkak dan naik kemerahan di cuping telinga anda.
Artikel berkaitan: Hijabi Perlu Menjaga Kebersihan Tindik. Jangan Sampai Terkena Jangkitan!
Secara lazimnya, ada antara kita yang hanya menghadapi masalah jerawat yang kerap tumbuh di kawasan cuping telinga. Tetapi tidak semua yang akan alami perkara yang sama.
Menurut HelloDoktor, tanpa kita sedar terdapat masalah lain yang tidak normal berlaku bukan kerana jerawat. Punca lain itu termasuklah sepeti di bawah:
Kawasan telinga yang naik bengkak dan merah boleh berpunca dari jangkitan kuman ataupun alahan. Ia boleh terjadi akibat pemakaian anting-anting yang di gayakan oleh seseorang.
Penyebab lain boleh memberikan anda kesengseraan ini adalah jangkitan luar yang di kenali sebagai otitis externa atau swimmer’s ear.
Namun, kebiasaanya jangkitan ini dialami oleh kanak-anak yang berusia 7 hingga 12 tahun yang suka akan melakukan aktivit berenang.
Jika berlaku kecederaan pada cuping telinga, ia juga boleh menyebabkan berlakunya bengkak dan kemerahan pada kawasan tertentu di telinga.
Ia mungkin berpunca dari pemakian anting-anting yang terlalu ketat, gigitan serangga atau haiwan, atau juga kesan menggaru yang terlalu kuat.
Jika anda perhatikan sukan seperti gusti dan tinju, atlet akan memakai pelindung telinga yang sedikit aneh. Ini kerana sukan yang lasak boleh merbahayakan kawasan telinga!
Darah boleh jadi terkumpul dan tersumbat di bahagian luar telinga. Maka ia boleh mengakibatkan kecacatan kekal yang tidak boleh di rawat.
Tulang mastoid merupakan satu tulang yang mempunyai struktur yang unik berada di bahagian dalam telinga. Ianya berbeza dari tulang yang lain.
Kenapa? Ini kerana ia mengandungi sac udara yang berbentuk seperti span. Oleh kerana itu, ia sangat mudah terjejas jika berlaku sesuatu yang abnormal pada kawasan telinga.
Selain dari bengkak, telinga juga boleh mengalami masalah seperti:
Cuping telinga juga boleh munculnya ketumbuhan. Ini kerana berlaku satu lebihan kulit yang menjadi ketulan atau benjolan yang berisi cecair nanah.
Lazimnya, ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Ketumbuhan ini juga boleh membesar dengan cepat jika tidak dirawat dengan segera.
Satu kondisi kulit yang bernama selulit juga boleh berlaku di kawasan telinga. Cuping telinga juga menjadi salah satu tempat munculnya selulit itu. Selulit disebabkan kawasan tersebut di jangkiti bakteria dan akan membuatkan kawasan kulit it timbul.
Sumber: HelloDoktor
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.