“Cukuplah Harta Dunia, Sekarang Saya Cuma Mahu Istiqamah Dengan Penghijrahan Ini”-Azharina

Share

Sejak akhir Februari yang lalu, penyanyi Azharina Azhar atau mesra dipanggil Nina telah mengambil keputusan untuk tampil dengan imej baru iaitu berhijab. 

Ujar Nina, dia merasakan sudah sampai waktunya untuk dirinya berubah ke arah yang lebih baik selepas dimasukkan ke wad dan keluar wad pada Februari yang lalu.

“Kalau saya berkongsi sebab apa penghijrahan ini, nanti orang fikir apa pula. Cukup untuk saya katakan, ketika ditimpa sakit baru-baru ada perkara lain berlaku dalam diri. Ia cukup menginsafkan hingga menyedarkan saya betapa besarnya nikmat Allah SWT.

Nina yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-34  pada 11 Mac yang lalu juga tidak mengharapkan apa-apa lagi melainkan ketenangan jiwa.

“Pada usia ini, saya sudah memiliki segalanya. Apa yang penting sekarang, saya inginkan lebih ketenangan dari segi rohani.

Harta dunia seperti tas tangan, kasut dan lain-lain itu sudah banyak dan saya bersyukur. Cuma sekarang, saya mahu terus berdoa ditetapkan hati supaya istiqamah dengan penghijrahan ini,” kata pelantun lagu Elegi Sepi ini.

Bukan paksaan daripada sesiapa

Menurutnya, keputusan dibuat itu bukan atas desakan atau pengaruh mana-mana pihak, sebaliknya ia untuk kebaikan diri sendiri.

“Niat untuk bertudung sudah lama. Tapi saya takut sebelum ini. Apatah lagi saya banyak menyanyi pada acara korporat. Jadi, saya tangguhkan niat ini dulu.

“Sekarang, saya memakai tudung datangnya daripada diri sendiri dan kerana Allah SWT. Bukan sebab apa atau siapa. Ia juga untuk kebaikan dua anak saya,” katanya kepada Harian Metro.

kredit: harian metro

Published by
Qistina