Sejak akhir Februari yang lalu, penyanyi Azharina Azhar atau mesra dipanggil Nina telah mengambil keputusan untuk tampil dengan imej baru iaitu berhijab.
Ujar Nina, dia merasakan sudah sampai waktunya untuk dirinya berubah ke arah yang lebih baik selepas dimasukkan ke wad dan keluar wad pada Februari yang lalu.
“Kalau saya berkongsi sebab apa penghijrahan ini, nanti orang fikir apa pula. Cukup untuk saya katakan, ketika ditimpa sakit baru-baru ada perkara lain berlaku dalam diri. Ia cukup menginsafkan hingga menyedarkan saya betapa besarnya nikmat Allah SWT.
Nina yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-34 pada 11 Mac yang lalu juga tidak mengharapkan apa-apa lagi melainkan ketenangan jiwa.
“Pada usia ini, saya sudah memiliki segalanya. Apa yang penting sekarang, saya inginkan lebih ketenangan dari segi rohani.
Harta dunia seperti tas tangan, kasut dan lain-lain itu sudah banyak dan saya bersyukur. Cuma sekarang, saya mahu terus berdoa ditetapkan hati supaya istiqamah dengan penghijrahan ini,” kata pelantun lagu Elegi Sepi ini.
Menurutnya, keputusan dibuat itu bukan atas desakan atau pengaruh mana-mana pihak, sebaliknya ia untuk kebaikan diri sendiri.
“Niat untuk bertudung sudah lama. Tapi saya takut sebelum ini. Apatah lagi saya banyak menyanyi pada acara korporat. Jadi, saya tangguhkan niat ini dulu.
“Sekarang, saya memakai tudung datangnya daripada diri sendiri dan kerana Allah SWT. Bukan sebab apa atau siapa. Ia juga untuk kebaikan dua anak saya,” katanya kepada Harian Metro.
Kisah penghijrahan Izara Aishah sebelum ini mengejutkan ramai pihak, tiba-tiba sahaja pelakon wanita popular ini mula memadam gambar tidak berhijabnya di laman sosial dan memuatnaik penampilan terbaharu dirinya yang sudah berhijab.
Disambut baik oleh keluarga, para peminat dan juga seluruh warganet, penghijrahannya mencuri tumpuan. Jika dilihat pada penampilan Izara yang terkini, dia memilih untuk mengenakan tudung labuh yang benar-benar menutup dada dan juga menggayakan busana longgar tanpa mengikut bentuk tubuh. Labuh lengan bajunya juga dimestikan sampai ke pergelangan tangan.
Memetik kata-kata ciapan di laman Twitternya, dia berkata, “Kalau anda tidak boleh bersembahyang dalam pakaian seperti itu, jangan pakai. Jika anda tidak mahu perkataan tersebut menjadi perkataan terakhir anda, jangan ungkapkan.”
Sebuah mesej yang sangat ringkas tetapi sangat mendalam. Sentiasalah kita berpakaian sebagaimana kita hendak bertemu tuhan, dan sentiasalah menjaga lidah dalam percakapan.
HIASI KEMPEN FESYEN
Menarik perhatian warganet baru-baru ini, Izara telah menghiasi kempen sebuah jenama fesyen tempatan, Shawl Publika, yang menampilkan rangkaian rekaan hijab yang sangat cantik. Koleksi yang diberi nama ‘Tudung Zara’ ini menyerlahkan corak rekaan geometri dan juga flora dalam limpahan warna-warna yang menaikkan seri sesiapa sahaja yang memakainya.
Paling penting, penataan gaya hijab yang dikenakan juga mengikut gaya Izara yang mana hijab menutup dada dan busana yang dipadankan juga longgar dan labuh lengan baju menutup sehingga ke pergelangan tangan.
Untuk pada hijabi yang mahukan gaya tudung baharu, mungkin anda boleh mencedok ilham dari stail penataan hijab yang digayakan selebriti popular ini. Tidak perlu penataan yang keterlaluan, cukup ringkas, namun mengikut syariat. Biarkan warna dan rekaan corak hijab yang menaikkan seri wajah.
Sumber: Twitter Izara Aishah Sumber gambar: Instagram Shawl Publika
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sering kali kita mengagumi bakat lakonan pelakon bertubuh kecil iaitu Wan Sharmila. Berilah apa sahaja watak padanya, semuanya dapat dilaksanakan dengan baik.
Baru-baru ini, Wan Sharmila mencuri tumpuan apabila memuat naik gambarnya memakai hijab sewaktu bercuti di Osaka,Jepun.
Mahu lakukan perubahan sempena hari jadinya yang ke-38 tahun.
Akuinya, dia sebenarnya sudah lama memasang niat untuk bertudung dan nekad mengenakannya sempena ulangtahun kelahirannya pada 12 Oktober lalu.
“Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja. Tapi apa yang sedang saya buat sekarang ini adalah saya cuba ke arah itu.
Tiga hari tidak post, peram gambar.
“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya sudah mula pakai tudung sejak tiga hari yang lalu. Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walau tengah bercuti ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya peram gambar dan tak post.
Di samping itu, Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed, 38, akui dia tidak takut mengenai kurang tawaran berlakon sebaliknya percaya rezeki akan lebih luas selepas ini.
“Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak… Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.
Selain itu, Wan Sharmila mendedahkan penampilan berhijabnya dalam beberapa drama sebelum ini merupakan permintaan peribadinya sendiri sebagai persediaan mengajar diri untuk terus istiqamah.
Terharu ramai sangat yang menyokong dirinya.
“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya… malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu.
“Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa… saya Cuma harapkan sokongan mereka, “katanya kepada Mstar.
“Saya tidak mencari populariti, tetapi saya mahu orang ramai tahu bahawa kita umat Islam adalah orang yang baik, juga kita banyak melakukan kebaikan,” Sabariah Hussein atau lebih dikenali sebagai ‘Muslim Mother Teresa’.
Walaupun keadaan dunia kini berada dalam keadaan tidak stabil dek kerana pelbagai isu, namun wanita ini melakukan tugasnya untuk menyinari kehidupan mereka yang memerlukan. Sabariah Hussein, 70, telah memasak, memberi makan dan membantu ribuan orang di Montreal, Kanada, hampir 30 tahun yang lalu.
Sabariah, atau dikenali sebagai Sister Sabria, mula-mula muncul di akhbar harian Inggeris di Montreal, Montreal Gazette, menerbitkan sebuah artikel tentang perjalanan hidupnya selama menetap di Kanada.
Apabila mereka melawat beliau untuk temubual, dilihat rakyat Malaysia ini beget sibuk memasak jamuan untuk beratus-ratus orang di gereja-gereja dan masjid – terutamanya semasa bulan Ramadan. Pelbagai hidangan menyelerakan disediakan oleh Sister Sabria dan 300 sukarelawannya yang berkhidmat setiap hari.
[su_frame]Sister Sabria berpindah ke Montreal pada tahun 1985 selepas berkahwin dengan lelaki Perancis-Kanada dan itulah permulaan kerja amalnya di bandar itu. Beliau telah mengikuti kursus masakan antarabangsa di Kuala Lumpur sebelum itu dan memutuskan untuk menggabungkan kepakaran dan hasratnya untuk kerja amal dengan memasak untuk mereka kurang bernasib baik.[/su_frame]
Kebaikannya tidak tertumpu kepada satu kaum, agama atau jantina. Apa yang yang menjadi tumpuan beliau ialah membantu mereka yang memerlukan, jadi dia bekerjasama dengan kumpulan seperti Gereja Komuniti Edge River dan Gereja Perpaduan di Notre-Dame-de-Grâce, kejiranan di bahagian barat Montreal, untuk memastikan mereka dapat membantu lebih ramai orang di luar sana.
[su_frame]Komitmen Sister Sabria terhadap kerja amalnya sangat tinggi. Jadi, apabila mereka bertanya adakah dia dapat mencari masanya untuk bertemu dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, dia terpaksa menolaknya kerana dia sibuk memasak untuk Ramadan.[/su_frame]
“Saya sedang sibuk memasak untuk Ramadan dan ia adalah urusan terakhir, saya tidak dapat bertemu dengan Perdana Menteri Trudeau,” katanya”.
“Aktiviti biasa saya terlibat memasak hidangan kepada Gereja Komuniti Edge River, Gereja Perpaduan, Gereja Anglikan, dan juga memberi makanan kepada tunawisma melalui inisiatif damai dengan kerjasama organisasi lain,” katanya.
[su_frame]”Dalam Islam, anda perlu bersatu, lebih dari sebelumnya, itulah sebabnya saya ingin melakukan sesuatu yang baik, saya tidak mencari populariti, tetapi saya mahu orang ramai mengetahui bahawa kita umat Islam adalah orang yang baik “katanya.[/su_frame]
Ikhlas dalam mengerjakan amal kebaikan, ketika menumis, Sister Sabria juga merasakan ia telah menghangatkan ribuan hati orang setiap minggu.
Dia juga mengusahakan rumah perlindungan, Rumah Kedua Kita, di rumahnya sendiri, yang ditubuhkan pada November 2001. Sister Sabria berkata bahawa idea untuk rumah perlindungan itu bermula selepas sekumpulan pelajar asing bertanya sama ada mereka boleh tinggal bersamanya sementara mereka mencari penginapan lain. Dia berkata ya dan para pelajar yang berasal dari Perancis, Eropah, dan Arab Saudi akhirnya tinggal di rumahnya.
“Dalam pada itu, saya memutuskan untuk menyewa sebuah apartmen empat bilik untuk membolehkan para pelajar tinggal di sana sementara waktu, dan saya membiarkan mereka tinggal sehingga satu tahun. Kos hidup yang tinggi di Kanada dan latar belakang berpendapatan rendah dan melihat mereka mengambil masa yang lama untuk mencari penginapan yang berpatutan,” katanya.
[su_frame]Sumber pendapatan utama beliau yang berumur 70 tahun ini diperoleh daripada penjualan samosas, lumpia, kari, dan makanan ringan di Concordia University, McGill University, dan Masjid Al-Ummah pada hari Jumaat.[/su_frame]
“Saya memasak makanan ringan ini dengan sukarelawan, kebanyakan mereka adalah pelajar dan mereka juga membantu saya untuk menjual makanan ringan setiap minggu, saya tahu masa berlalu terlalu pantas dan saya perlu menghadap Allah suatu hari. Adakah amalan saya telah mencukupi?” katanya.
Salah seorang sukarelawan Montreal Gazette bercakap pada bulan Jun, Emina Velovic, mengatakan bahawa pengalaman membantu di bank makanan semasa bulan Ramadan telah mengubahnya.
[su_frame]”Saya rasa ia mengubah saya secara rohani kerana saya bukan sahaja berpuasa – kerana itu adalah bulan suci – tetapi saya merasa seperti saya sebenarnya membantu memberi makanan kepada orang lain dan menyumbang kepada sesuatu yang sebab yang benar-benar baik, “kata gadis Amerika itu.[/su_frame]
Sabariah Hussein, 70, cooks for up to 300 people a day, helping to feed the homeless or anyone who needs a hot meal. CTV’s Vanessa Lee reports on a remarkable woman.Watch the full newscast here: http://ow.ly/Roxk30cLrmn
Kemurahan hati dan kebaikan Sister Sabria terus dipacu oleh bantuan dari komuniti Muslim setempat di Montreal.
“Di setiap masjid, terdapat kotak khas untuk kebajikan, apabila saya kesempitan, saya akan meminta bantuan dari masjid. Terima kasih Tuhan, saya mempunyai orang yang berdedikasi yang memberikan sumbangan bulanan sekitar CAD100 hingga CAD200 (sekitar RM342 hingga RM683).” Amal kebajikan Sister Sabria sebenarnya adlah bermula dari rumah.
[su_frame]Ibubapanya selalu memastikan mereka melakukan segala kemampuan mereka untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukannya. Hati dan pintu mereka sentiasa terbuka kepada orang yang dalam kesukaran. [/su_frame]
Kerja amal Sister Sabria tidak terhenti di situ sahaja, beliau berhasrat untuk membina rumah anak yatim di Klang, Kuala Lumpur, dan Kota Tinggi untuk kanak-kanak Rohingya. “Saya telah berkunjung ke Klang, tapi saya berharap dapat memberi anak-anak ini tempat yang sesuai dengan ruang yang cukup untuk membesar,” katanya.
SUMBER: SAYS
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...