Bangun pagi bagi sesetengah orang adalah satu nikmat untuk memulakan hari yang baru demi kehidupan yang produktif. Tidak bagi mereka yang terpaksa set alarm dengan begitu banyak kerana susah untuk bangun pagi.

Sudah tentu sis semua juga set alarm bukan sekadar untuk satu masa sahaja malah kalau boleh setiap 15 minit kita nak tetapkan supaya dapat bangun pagi. Walaupun dapat bangun pagi, mood pasti dah swing disebabkan oleh deringan yang begitu kuat dan bertubi-tubi.

Tolong…tak mahu lagi terpaksa bangun setiap 5 minit

Cukup Dengan Alarm Yang Banyak, Kini Ada Cara Untuk Bangun Dengan Sendiri

Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, jadi terlebih dahulu sis kena fahami mengenai Ritma Sirkadian. Apa itu? Sebenarnya badan manusia mempunyai sistem kitaran masa yang dipanggil Ritma Sirkadian, di mana perjalanan masa yang sesuai bagi fungsi badan.

Melalui perkongsian Kompas.com, Ritma Sirkadian ini juga berkerjasama dengan otak kerana ia berfungsi untuk menghantar isyarat di persekitaran, terutama sekali cahaya. Faktor pengcahayaan sangat penting kerana tindak balas yang ditangkap melalui mata akan di hantar mengikut sel-sel badan sebagai isyarat tiba waktunya untuk bangun.

Artikel berkaitan: 5 Tabiat Buruk Perlu Elak Sebaik Bangun Tidur, Kalau Tak Nak Berat Naik. No 3 Macam Pelik!

Mengikut rajah di atas, sis boleh lihat bahawa badan kita akan mula aktif sekitar jam 6 pagi sehingga jam 5 petang. Jika kitaran ini terganggu, masalah kesihatan akan muncul samada dalam jangka masa pendek dan panjang.

Ads

Ada cara untuk bangun mengikut cara yang betul?

Bagi memastikan Ritma Sirkadian atau lebih mudah kita kenali sebagai kitaran masa badan yang betul, kita perlu pastikan penjagaan tubuh yang betul. Sis jangan khuatir kerana kami ada juga kaedah untuk memastikan kitaran masa badan terjaga dengan betul.

1. Tenangkan diri di kala malam

Cukup Dengan Alarm Yang Banyak, Kini Ada Cara Untuk Bangun Dengan Sendiri

Sis perlu pastikan badan sis dalam keadaan yang tenang dari sebarang gangguan. Setibanya jam 7 malam, sis dah boleh cuba untuk kurangkan penggunaan gajet eletronik , seperti telefon bimbit, dan mula rehatkan diri sehingga pukul 8 malam dan bersiap sedia untuk tidur.

2. Teknik ‘Sleep Compression’

Cukup Dengan Alarm Yang Banyak, Kini Ada Cara Untuk Bangun Dengan Sendiri

Ads

Bagi mereka yang mempunyai masalah masa tidur yang tidak mencukupi atau kitaran masa tidur yang agak ‘huru-hara’, teknik sleep compression boleh membantu. Kaedahnya sangat mudah di mana perlu ubah waktu tidur secara beransur-ansuran sehingga mencapai target waktu tidur yang normal.

Sis boleh cuba untuk tidur lebih awal selama satu minggu dan cuba untuk kurangkan hingga 30 minit pada setiap hari. Sebagai contoh, sis mahu tidur jam 10 malam dan bukan 11 malam, maka cuba kurangkan 15 minit setiap hari untuk capai waktu yang di ingini.

3. Bagi ruang cahaya masuk!

Cukup Dengan Alarm Yang Banyak, Kini Ada Cara Untuk Bangun Dengan Sendiri

Cahaya pagi di katakan lebih kuat daripada cahaya petang. Jadi untuk bangun tanpa alarm, cahaya pagi boleh menjadi alarm semula jadi. Maka, sis boleh buka langsir untuk memberi cahaya masuk ke dalam bilik demi memenuhi ruang dengan cahaya pagi.

Ads

4. Jangan termenung lagi segera bangkit

Cukup Dengan Alarm Yang Banyak, Kini Ada Cara Untuk Bangun Dengan Sendiri

Bila kita bangun tidur, kita sering menyesuaikan diri untuk termenung buat seketika waktu dan itu sangat membuang masa! Setiap kali bangun dari tidur, jangan tunggu lama-lama atau duduk, segera bangun dan keluar dari bilik untuk memulakan hari.

Pada peringkat permulaan, ia tidak dinafikan bahawa susah untuk kita kawal cara kitaran masa tidur yang sudah sesuai dengan diri kita. Tapi sis, untuk menjadi insan yang lebih baik dan produktif, kita perlu ada azam yang kuat dan percayakan diri untuk berubah.

Artikel berkaitan: Senaman Mudah 3 Minit Sebelum Tidur Dan Selepas Bangun Tidur Untuk Melangsingkan Kaki

Sumber: Bobo.id , Kompas.com

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI