Kecantikan

Cuci Rahim Dengan Campuran 5 Bahan Ini Elok Untuk Kecantikan Dalaman. Minum Sebulan Sekali Je, Tak Perlu Setiap Hari

Share

Ramai wanita hanya mementingkan kecantikan luaran semata hingga mengabaikan penjagaan dalaman. Orang kata penjagaan kecantikan perlu bermula daripada dalam terutamanya bahagian intim. Bahagian intim juga perlu dijaga dengan baik agar tidak berbau dan terhindar daripada jangkitan kuman. Jika anda lihat oang tua zaman dahulu, mereka amat mementingkan pengambilan air jamu.

Menurut satu perkongsian di Facebook oleh Hartini Ismail, Air jamu sebenarnya bagus untuk mencuci rahim terutamanya selepas anda didatangi haid untuk mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.

Meskipun lambakan air jamu dijual di pasaran, sebaiknya anda buat sendiri saja di rumah. Bukan susah pun, bahan pun murah. Malah, anda akan terasa lebih yakin kerana tiada penggunaan bahan yang terlarang di samping menjimatkan wang anda.

Ayuh kita baca perkongsian Hartini Ismail ini. Semoga bermanfaat kepada anda semua.

Foto: Facebook Hartini Ismail

Selalu orang-orang tua berpesan kepada anak perempuannya supaya menjaga bahagian dalaman terutamanya bahagian paling “INTIM”

Kerana apa? Kerana di situlah terletak “RAHSIA RUMAHTANGGA”

Air jamu ini yang sangat bagus untuk cucikan rahim selepas habis haid bagi mencegah lebihan darah haid yang kotor dan tersumbat.

Minuman ni tak perlu pon untuk korang beli sebab korang boleh jer buat sendiri dekat rumah. Cukup mudah, bahan yang murah dan jimat hanya dari dapur jer yang tak dapat nak dipertikaikan sehingga turun temurun kerana kebersanannya sangat power.

Selain itu khasiat yang tersembunyi AIR JAMU CUCI RAHIM ni adalah ,

  1. Dapat membuang angin dalam badan.
  2. Dapat memecahkan lemak diperut.
  3. Mengurangkan masalah bau badan.

Jom sama-sama kita amalkan AIR JAMU “CUCI RAHIM” ni. Kakyaa dah amal. Korang dah ke belom? Kalau belum, jom cuba bersama.

RESEPI AIR JAMU “CUCI RAHIM”:

Bahan-bahan:

  • 2 inci kunyit hidup dihiris atau ditumbuk
  • 2 inci halia dihiris atau ditumbuk
  • 2 batang serai dihiris atau ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • Gula batu atau madu
  • 3 cawan air putih
Foto: Facebook Hartini Ismail

Tips 1: Jika yang dah berkahwin boleh tambahkan 2 biji manjakani untuk merapatkan faraj (Tidak sesuai untuk yang belom berkahwin)

Tips 2: Bagi yang ada masalah keputihan boleh ditambah 2 helai daun sireh.

Cara-caranya:

  1. Basuh semua bahan-bahan dan terpulang pada korang nak hiris atau tumbuk. Jika nak rasa lagi power sila tumbuk yea.
  2. Seterusnya masukkan 3 cawan air ke dalam periuk dan masukkan semua bahan-bahan.
  3. Rebus sehingga menjadi 1 cawan air. Korang sila agak-agak lah yea. Dah siap, tutup api dan tunggu sehingga suam boleh terus minum!

 

Foto: Facebook Hartini Ismail

P/S: Cukup hanya sebulan sekali sahaja minum air jamu ini. Janganlah risau tak pahit tau wangi adalah bau dia. Hehe

Cuma jika ditambah dengan manjakani akan rasa sedikit pahit tapi tidak lah terlalu pahit sangat. Ngam-ngam jer rasa dia.

Sumber: Facebook Hartini Ismail

Published by
SH