Double cleansing adalah teknik popular yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Korea dan Jepun untuk membersihkan muka anda dua kali. Pertama, dengan oil-based cleanser atau cleansing balm atau cleansing cloth, dan kedua dengan water-based cleanser.
Teknik ni dikatakan boleh membantu menghilangkan kotoran degil yang boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat pada kulit anda sekiranya anda hanya mencuci muka anda sekali sahaja.
Memandangkan setiap orang mempunyai jenis kulit dan masalah kulit yang berbeza, amat penting untuk pilih double cleanser yang betul untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kulit kita.
Dengan kewujudan pelbagai produk di kedai personal care, memilih produk untuk double cleansing memang agak memeningkan terutama sekali kalau kita tak pasti bahan apa yang patut kita pilih untuk jenis kulit kita.
Berikut perkongsian Naufal Antezem
https://twitter.com/NaufalAntezem/status/1075235486573125632?ref_src=twsrc%5Etfw