Kita sering mengambil endah tak endah bila soal kebersihan makanan. Bila mencuci bahan-bahan memasak kita boleh juga terlupa untuk lihat dengan teliti samada ia betul-betul bersih dari kekotoran terutama sekali ikan dan ayam.

Bahan mentah seperti ikan dan ayam sangat leceh untuk kita bersih sebab ada bahagian yang tertentu dan juga kena teliti. Tetapi ada yang mengambil sambil lewa sahaja bila membasuh kedua bahan ini.

Kalau tak kisah makanan itu bersih…buatlah sambil lewa

Cuci Ikan Tak Bersih, Jaga-jaga! Kena Betul-betul Teliti Khuatir Memudaratkan Anda
Sumber dari Canva

Sudah tentu kita di rumah sering diajar oleh ibu atau nenek untuk membersihkan ikan dengan cara yang betul. Tidak mahulah mereka kita membesar tidak tahu untuk bersihkan bahan-bahan mentah dan kurang kemahiran hidup!

Tetapi ada ketika kita juga akan terlepas pandang untuk bersihkan secara keseluruhan bahan mentah ini. Bila sudah goreng, jelas terkeluar darah dan kotoran yang terkeluar dari bahan-bahan itu, telan air liur ini melihat boleh ke makan?

Jadi di sini kita inginkan kupaskan mengenai boleh ke kita makan jika terdapat darah pada bahan mentah itu. Apakah ia tidak boleh dimakan kerana najis?

Ads

Di kongsi oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai isu ini di laman Facebook. Jawapan kepada kemusykilan ini menjelaskan bahawa darah ikan merupakan najis. Apa-apa jenis darah yang terkeluar mengalir sama ada pada ikan atau daging adalah haram.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

Ads

Katakanlah tidak aku dapati pada apa yang telah diwahyukan kepada aku suatu yang diharamkan atas memakannya melainkan bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi.”

(Al-An’am : 145)

Berkata pula oleh Imam Nawai yang menjelaskan:

Dan yang paling sahih (pada mazhab Syafie) sekelian itu adalah najis. Dan setengah dari ulamak yang mengatakan najisnya darah ikan itu ialah Imam malik dan Imam Ahmad dan Daud Az-Zahiri.

(Syarah Sahih Muslim)

Ads

Sebagai umat Islam, kita harus jaga kebersihan makanan yang bakal kita makan. Ianya sangat bahaya kerana khuatir jatuh hukum haram pada makanan yang kita bakal suap pada mulut yang lalu akan menjadi darah daging kita.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI