Cuba Selit Nama MAK Sewaktu BERDOA Kalau Nak Segera DIMAKBULKAN Allah. AMALKAN & Lihat HASILNYA Sendiri!

Share

Setiap kali selepas solat, anda tentunya akan mengambil sedikit masa untuk berdoa kepada Allah. Doa merupakan satu tanda kasih sayang dan pengabdian diri kita sebagai makhluk kepada Sang Pencipta. Doa yang paling penting dalam hidup kita tentunya doa ibu bapa dan doa mereka dikatakan doa yang akan dimakbulkan Allah tanpa sebarang hijab.

Ibu bapa banyak berkorban sepanjang membesarkan kita dan sebagai seorang anak, kita juga perlu mendoakan kesejahteraan mereka setiap hari. Terdapat juga satu perkongsian di Facebook oleh Ikhfa Musa tentang berdoa dengan menjual nama mak. Menurutnya, insyaAllah doa itu akan ‘naik’ serta merta tanpa hijab. Mudah je kan nak doa dimakbulkan Allah? Ayuh kita baca perkongsian oleh Ikhfa Musa ini.

Foto: Facebook Ikhfa Musa

Hari tu terdengar phone conversation suami aku dengan mak bapak. Sambil-sambil berborak tu, laki aku loudspeaker sebab senang kakak nak mencelah borak dengan aki dia. Terdengar mak kata:

“Abang, kalau nak berdoa apa-apa jual nama mak.”

Aku tak faham.

Mak sambung lagi, kalau abang doa nak bawak Efa pergi umrah, doa macam ni:

” Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak isteri aku pergi umrah. Semoga aku dapat bawak mak sekali”.

Kalau abang nak beli rumah, doa macam ni:

“Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku datang melawat nanti dia selesa”.

Mak cakap insyaAllah doa tu naik serta-merta tanpa hijab.

Foto: Facebook Ikhfa Musa

Then mak share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia gelap, badan gemok. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik. Sahabat-sahabat Nabi tanya pada dia macam mana dia boleh dapat isteri yang cantik sangat mcm ni? Dia pun kata:

“Setiap hari aku berdoa pada Allah, ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.

Nampak tak? Lepas ni bila nak doa dah bolehlah selit nama mak yang mana masih ada mak tu. Kalau dah takde ibu macam aku ni, gunalah nama Ayah. Nama mak mertua & bapak mertua pun boleh. Darjat diorang sama and takde beza pun. Lagipun tanpa doa mak ayah tak kemana kita semua kan.

Sumber: Facebook Ikhfa Musa

Published by
Naqiyatul Uzma