Keadaan cuaca panas terik melampau yang melanda negara ketika ini, hingga menyebabkan kita terdedah kepada strok haba dan muka menjadi ‘berbelang’ terutamanya ketika menjalani aktiviti di bawah terik mentari amatlah merungsingkan kaum hawa, khususnya para Hijabi.
Meski pun kulit berbelang atau tona kulit tidak sekata ini tidak mendatangkan kemudaratan yang serius, ketika hijabi berbasikal, jogging santai, atau sekedar piknik bersama teman-teman.
Tetapi, masalah kulit berbelang ini tetap menganggu penampilan sekaligus merosotkan keyakinan diri Hijabi untuk tampil di khalayak umum. Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan cara mengatasinya!
1. Jangan Culas Gunakan ‘Sunscreen’
Menurut penelitian Hijabista, perkara yang paling utama untuk berdepan dengan terik mentari adalah penggunaan sunscreen yang tidak hanya melindungi kulit dari bahaya sinar matahari. Tetapi juga berfungsi meratakan tona kulit yang berbelang.
Oleh itu, ketika hijabi melakukan aktiviti di luar (Outdoor) jangan lupa untuk meggunakan sunscreen di kulit yang terpapar sinar matahari seperti wajah, leher, lengan, dan kaki. Pilih sunscreen yang sesuai dengan jenis kulit Hijabi ya!
2. Buang Sel Kulit Mati Dengan Eksfoliasi Wajah!
Selain itu, untuk mengatasi masalah kulit berbelang, anda boleh lakukan adalah rutin melakukan eksfoliasi wajah. Ini kerana, etika eksfoliasi sel-sel kulit mati akan mengelupas dan ditanggalkan dari wajah sekaligus meratakan tona kulit agar lebih sekata. Untuk bahagian badan pula, anda boleh menggunakan scrub badan atau lulur
Artikel berkaitan: Kulit ‘Instant’ Lembab Jika Gunakan Produk Ini, Selamat Tinggal Kulit Kering!
Tetapi jika ingin melakukan eksfoliasi wajah, Hijabi disarankan memilih non-chemical exfoliator. Kerana, bahagian kulit pada wajah bersifat lembut. Jangan gunakan produk yang mengandungi kimia kerana ia akan memberi kesan kepada keseimbagan pH kulit. Untuk hasil yang memberangsangkan, lakukan eksfoliasi sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Jangan lupa untuk mengoleskan moisturizer agar kulit tidak menjadi kering.
3. Manfaatkan Air Beras
Jika dilihat petua nenek moyang terdahulu beras merupakan antara method yang sering digunakan untuk merawat kulit wajah. Kerana beras menyimpan ferullic acid dan allantoin yang mampu merawat sekaligus mencerahkan warna kulit.
Justeru, kerana manfaat ini, air beras boleh diggunakan air untuk mendapatkan kembali tona kukit sekata dan menghapuskan masalah kulit berbelang.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menyimpan air basuhan pertama beras dan gunakan air tersebut sebagai pembersih wajah alami. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan air beras setiap hari hingga warna kulit kembali rata.
Mudah sahaja bukan mahu atasi masalah kulit berbelang, yang penting kena rajin berusaha! Barulah dapat miliki kulit sihat halus mulus yang diimpikan. Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Ucap Selamat Tinggal ‘Filter’, Jom Rawat Kulit Dengan 3 Cara Mudah Ni!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.