Memilih material pakaian yang sejuk sama ada baju atau seluar adalah perkara penting yang membantu kita merasa lebih selesa dalam setiap aktiviti sepanjang bulan puasa.
Ketika cuaca panas kita harus memilih pakaian yang diperbuat daripada bahan yang boleh menyerap lembapan.
Selain itu, jangan lupa memilih material pakaian yang dapat melindungi kulit dan memberi ruang pernafasan kepada kulit.
Jom kita lihat 4 pilihan material anti panas yang boleh menjadi pakaian pilihan sepanjang musim panas ini.
KAPAS
Kapas atau cotton merupakan pilihan material anti panas yang sangat sesuai untuk dipakai sepanjang musim panas.
Ini kerana, material ini diperbuat daripada gentian kapas semula jadi yang boleh menyerap peluh dengan mudah.
Material kapas mempunyai tekstur yang licin yang membuatkan kita berasa lebih sejuk apabila memakainya.
Beberapa jenis material kapas yang boleh kita pilih ialah kapas Jepun, kapas Paris, kapas sutera dan kapas rayon.
VISCOSE
Sejenis material pakaian yang turut dikenali sebagai kain rayon.
Bahan viscose berasal daripada gentian sintesis selulosa organik dengan tekstur yang serupa dengan kapas.
Pakaian yang diperbuat daripada viscose mempunyai daya serap yang baik, lembut dan selesa apabila dipakai.
Namun, keburukannya ialah material fabrik viscose ini mudah berkedut.
Selain itu, pakaian yang diperbuat daripada viscose juga perlu dicuci secara manual iaitu menggunakan tangan atau cucian kering sahaja.
LINEN
Sama seperti kapas, linen juga mempunyai gentian semula jadi yang boleh menyerap peluh dengan baik.
Linen agak sejuk dan sangat selesa dipakai.
SUTERA
Sutera agak mahal berbanding jenis material yang lain.
Sutera bersifat sejuk, ringan, lembut dan sangat selesa dipakai ketika cuaca panas.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Cara ‘On The Go’ Untuk Hijabi Yang Sibuk 24 Jam & Tak Suka Perkara Menyusahkan. Nombor 7 Paling WOW!
Sebagai wanita, pasti kita tidak suka membuat suatu perkara yang menyusahkan. Dan paling seronok jika dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan hidup. Maklumlah hijabi paling tidak suka bila kena buat perkara yang melecehkan dan remeh-temeh. Memang lumrah wanita sukakan benda yang simple dan cepat.
Misalnya kalau bab makan, memang tak kuasa nak beratur atau masuk kedai yang full house. Admin nak share sikit antara perkara yang menyenangkan hidup kita. Agak-agak yang mana buat hijabi setuju atau tidak?
1. Shopping Online
Memang jadi masalah besar bila dah lama tak shopping, mesti ada rasa keinginan nak membeli makin membuak-buak. Lagi-lagi bila sudah hujung tahun ini macam-macam jenis jualan murah. MIsalnya ada jualan Black Friday la, year-end sale ataupun Christmas sale la. Memang ini akan menyebabkan duit makin susut. Tetapi bagi yang nak shopping, dan malas nak pergi ke pusat beli belah tak payah risau, online shopping kan ada!
2. Dobi ‘On The Go’
Apabila sudah seminggu tidak basuh baju sebab sibuk bekerja dan kain baju akan menggunung tingginya! Tambah lagi musim hujan sekarang dan selepas itu baju tak akan kering. Jadi penyelesaiannya, kena pergi kedai dobi. Tetapi bagi yang tak berkesempatan, boleh cuba perkhidmatan ‘dobi on-the-go’ ini! Ada orang yang akan ‘collect’ baju di rumah, basuh dan hantarkan semula di rumah. Kalau dapat pakej lipat baju lagi seronok kan.
3. Guna ‘Public Transport’
Oleh kerana musim hujan sekarang ini jadi agak malas sedikit untuk ke tempat kerja. Tambahan lagi nak berhadapan dengan masalah trafik akibat hujan ini. Jadi solusinya, apa kata anda pergi kerja dengan menaiki perkhidmatan awam sahaja seperti LRT, MRT atau KOMUTER. Hati senang dan jiwa pun tenang.
4. Kerja Dari Rumah
Perkara ni memang selalu berlaku. Nak kerja dari rumah tapi tak sempat apply cuti. Jadi terus ambil keputusan untuk bercuti terus walaupun tak masuk pejabat. tetapi admin nak ingatkan jangan pula tidur sahaja ketika di rumah. Kerja tetap kena buat walaupun duduk di rumah terutama yang boleh ‘update’ dari rumah. Cuma pastikan data internet anda mencukupi.
5. Guna ‘Personal Stylist’
Ini perkara paling menyeronokkan. Malah pasti hijabi berharap akan ada personal stylist kan? Mereka ini yang akan tolong decide anda untuk pakai baju apa bila pergi kerja, keluar dengan kawan-kawan dan sebagainya. Tidaklah hanya termenung depan wardrobe memikirkan untuk apa yang mahu dipakai untuk pergi kerja sebaik bangun tidur. Semua sudah tersedia! Memang senang bukan?
6. ‘Breakfast Delivery’
Punya la malas nak keluar sarapan, sampai sarapan pun nak delivery. Tetapi lagi bagus juga sebab tak perlu membazir masa duduk makan sarapan sampai terbabas waktu kerja. Tetapi sediakan sahaja duitnya.
7. Kemas Rumah Secepat Kilat
Peminat Komik DC tempatan, tandakan kalendar anda! Pereka, pengeluar dan pengedar elektronik pengguna terkemuka di Malaysia A&S Distribution Sdn. Bhd. bekolaborasi dengan DC Comics, salah satu penerbit buku komik terbesar di Amerika Utara untuk melancarkan siri pengguna produk elektronik Edisi Terhad dengan reka bentuk superhero dari DC comics pada 2 Oktober 2020.
Peminat komik DC dan pembeli yang berminat boleh mencuba dan membeli produk-produk edisi terhad dengan harga promosi di Pameran Konsep Wonder Woman (Wonder Woman Concept Fair) yang akan diadakan dari 2 Oktober hingga 11 Oktober 2020 di Ground Floor Center Atrium di SOGO KL . Superhero yang akan muncul dalam reka bentuk siri perdana produk elektronik pengguna DC Comics Edisi Terhad ini adalah Superman, Batman dan Wonder Woman.
“Visi utama A&S adalah menjadi jenama elektronik gaya hidup No.1 industri. A&S terkenal di seluruh industri kerana kualiti, nilai dan perkhidmatan kami. Reputasi kami membantu kita memenangi hak IP eksklusif dengan DC Comics untuk mengeluarkan dan mengedar produk elektronik pengguna berjenama watak-watak DC Comics. “, kata YC Ng, Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn. Bhd.
YC Ng juga mengungkapkan bahawa pengguna tempatan boleh menjangka lebih banyak produk yang menampilkan watak-watak superhero DC Comics yang berbeza dari mereka tidak lama lagi.
“Produk Bintang” – A&S WW84 Pengeriting Rambut Automatik Tanpa Wayar
Fokus utama Pameran Konsep Wonder Woman adalah pelancaran produk inovatif direka oleh A&S, iaitu A&S Pengeriting Rambut Automatik Tanpa Wayar. Produk ini telah mendapat pengiktirafan “Innovation Awards” daripada pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di dunia, program CES.
“Sebilangan besar pengeriting rambut yang terdapat di pasaran sekarang adalah pengeriting manual tetapi produk kami dilengkapi dengan fungsi pengeriting otomatis dengan hanya menekan satu butang saja. Pengeriting ini boleh berfungsi selama satu jam dengan sekali cas. Rekaan pengeriting rambut tanpa wayar ini tentunya memberikan kemudahan kepada para wanita, saiz mudah alih menjadikannya berguna untuk perlancongan juga. “, kata YC Ng.
Selain daripada pengeriting rambut pemenang anugerah yang tersebut di atas, terdapat 12 produk-produk dengan reka bentuk superhero komik DC yang terdapat dalam barisan Edisi Terhad ini termasuk A&S Batman Pembersih Vakum Tanpa Wayar, A&S Batman True Earbuds Tanpa Wayar dengan Case, A&S Superman Fon Kepala Dalam Telinga, A&S Wonder Woman Kabel Pengecasan dengan Rangkan dan lain-lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Walau Dikutuk, Veil Digayakan Izara Bakal Jadi Trend. Datuk Rizalman Dedah Rahsia Di Sebalik Rekaannya!
Semalam telah berlangsung majlis akad nikah pasangan pelakon Izara Aishah dan juga Adib Khalid. Ramai memuji penampilan Izara yang begitu cantik, anggun dan penuh mempesona. Dari top to toe, semuanya nampak ‘perfect’ dan begitu cocok sekali dengan Izara yang jelita. Baju nikah Izara berwarna ‘off white’ ini adalah hasil kreativiti pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim. Ada kisah menarik di sebalik busana anggun ini. Bukan calang-calang buatannya kerana ia hasil kerja keras pereka yang memang sangat dikagumi kreativitinya.
Menurut Rizalman dalam posting di laman IGnya, beliau mengembara seluruh dunia untuk mencari inspiprasi bagi mereka busana pengantin Izara yang berkonsep Sopan Couture dan Future Classic. Bukan itu sahaja beliau memulakan pembacaan dan mencari sejarah seawal abad ke 18 dari dalam dan luar negara. Dari muzium ke istana.
Bukan itu sahaja, Rizalman turut mencari material terbaik dan mencuba melaksanakan teknik couture baru dalam menghasilkan karya cukup hebat ini. Usaha pereka ini juga harus dipuji kerana beliau turut menghadiri pelbagai teater di luar negara dan belajar kesan pementasan dan pencahayaan untuk mewujudkan elemen nikah dan drama.
Apa yang lebih mengharukan Rizalman semalam apabila Izara yang menangis di bahunya sambil mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala-galanya. Momen itu mengingatkan pada Rizalman bahawa Izara pernah berkata “’cek takmau kawen klw abang Rizalman tak mau buat perkahwinan cek’ Sebab tu la cek pon tak kawen pasai takdak RIZALMAN boleh buat perkahwinan”
Walaupun ada sedikit kontroversi mengenai veil yang digayakan Izara, tetapi kebanyakan follower pereka ini memberi reaksi positif dan memuji penampian Izara malam itu memang sangat cantik bagaikan puteri dalam persalinan tradisional yang indah. Namun ada elemen trendy dan veil ini dikatakan akan jadi ikutan bakal pengantin nanti.
@an_azrin Genius!!!! The veil and the baju, the veil especially! extremely fashion forward! And it fits izara’s personality like a glove!!!
@Namasaya_sue izara pakai apa pun tetap cantik… actually baju nikah dia cantik sgt nmpk simple tapi mmg cantik sgt..
@fadidarwaty_ahmad seriously this bju n veil sngt cntik..and izara mmg cantik
@afzansyukran Super cantik! Super unik! Super traditional! Kena akui @izaraaishahofficial sangat menawan sebagai permaisuri sehari. Nampak lain daripada biasa yang kita tengok. Kerja seni yang sangat hebat @rizalman71.
@iceeyes78 So trendy….never before seen any weddings in Malaysia like this
Sebelum itu pasangan sama cantik sama padan ini sah diijab kabulkan hanya dengan hanya dengan sekali lafaz di sebuah lokasi di Damansara jam 9 malam semalam.
Kalau cek pun cek ketaq #rizalmanbrides #hautecouturebyrizalman @glamweddings #izaraadib
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
Dalam majlis itu, Izara menerima wang mas kahwin RM700 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.
Majlis diadakan secara tertutup dan dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat terdekat.
Selamat pengantin baru dan meniti fasa sebagai suami isteri admin ucapkan. Diharapkan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
A post shared by KiffyRazak_Nona (@kiffyrazak_nona) on
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Fesyen Hot Selebriti berhijab Awal Tahun 2019
Tahun 2019 baru sahaja bermula, kini sudah memasuki bulan Febuari. Namun pelbagai fesyen hot selebriti berhijab menjadi ikutan hijabi yang gemar berfesyen.
Antara selebriti berhijab yang menjadi tarikan atau idola berfesyen adalah DS Siti Nurhaliza, Neelofa, Vivy Yusof, Mira Filzah, Mizz Nina, Elfira Loy, Hanis Zalikha, Irma Hasmie , Bella Dally dan Heliza Helmi.
Fesyen yang dipilih bukan sahaja sopan dan stailo, malah turut menjadi ikutan netizen untuk bergaya.
Keberanian selebriti berhijab dalam berfesyen boleh dijadikan contoh dan ikutan buat semua hijabista di luar sana yang ingin tampil stailo, cantik, bergaya dan pada masa yang sama masih mengekalkan imej seorang Muslimah.
Ayuh kita lihat 10 Fesyen Hot Selebriti Hijabista sepanjang tahun 2018
- Vivy Yusof
2. Neelofa
View this post on InstagramRed and blue love affair while in London! ❤️?
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
3. Mizz Nina
View this post on InstagramWalking the streets of #Istanbul #Throwback #Alhamdulilah #wintermissioncsm Pic credit by @mattkxkx
A post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on
4. Heliza Helmi
5. Bella Dally
6. Elfira Loy
View this post on InstagramBali ,i’m back✨ | wearing @nusheenacollection ?
A post shared by ٢٤ | ?? | Selfie is ma thangg (@elfiraloy) on
7. Mira Filzah
View this post on InstagramN O N A ? . . Wearing kurung @fattahabdull Stylist @dean.ishak #NonaTV3 #MiraFilzah
A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on
8. Hanis Zalikha
9. Irma Hasmie
View this post on InstagramA post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on
10. DS Siti Nurhaliza
View this post on InstagramA post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Siapa kata wanita berhijab tidak boleh berfesyen? Dengan padanan gaya trend terkini, dan juga pilihan warna yang sesuai, anda siap untuk menjadi hijabista seperti selebriti berhijab yang anda suka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI