Ketika cuaca panas, waktu beginilah penggunaan penghawa dingin amat penting. Walau bagaimanapun masalah akan timbul apabila penghawa dingin rosak, sudah tentu malam-malam kita tidak dapat tidur lena.
Lebih teruk lagi jika mereka yang ada anak-anak yang masih kecil. tentulah anak-anak tidak selesa dan merengek.
Amat penting untuk kita menjaga kesihatan ketika musim cuaca panas. Minum banyak air dan pastikan tubuh kekal hidrasi. Kurangkan pendedahan pada sinaran cahaya matahari.
Berikut dikongsikan tip cara-cara untuk sejukkan rumah dan badan tanpa penghawa dingin. Anda bolehlah cuba buat di rumah ya. Semoga tip ini dapat membantu.
Selain itu, anda juga boleh cuba mengamalkan minum air telang. Bunga Telang merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain, tiang, pagar atau kayu sokongan. Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.
Bunga Telang atau nama saintifiknya, Clitoria ternatea selain sering digunakan dalam masakan dan minuman juga punya banyak manfaat kesihatan. Ketinggiannya mampu mencapai antara tiga hingga empat meter bergantung kepada lilitan. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.
Berikut perkongsian Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.
RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON
•bunga telang 20 helai rebus kosong atau campur molases/orcs
•biji selasih 1 sudu makan
•air suam
•optional lemon/peach/pear/epal/buah naga
Caranya mudah sahaja. Campurkan ke semua bahan. Boleh diamalkan selalu. Air telang selasih ini bukan sahaja mampu menyejukkan badan tetapi dalam masa yang sama juga mampu menjadikan kulit nampak segar dan ‘glowing’. Logiknya apabila usus kita sihat dan sistem perkumuhan kita sihat maka kulit wajah pun nampak segar dan ‘bercahaya.’
Sumber kredit: Fabello Design dan Dhia Raihana Aryan