Ketika cuaca panas, waktu beginilah penggunaan penghawa dingin amat penting. Walau bagaimanapun masalah akan timbul apabila penghawa dingin rosak, sudah tentu malam-malam kita tidak dapat tidur lena.
Lebih teruk lagi jika mereka yang ada anak-anak yang masih kecil. tentulah anak-anak tidak selesa dan merengek.
Amat penting untuk kita menjaga kesihatan ketika musim cuaca panas. Minum banyak air dan pastikan tubuh kekal hidrasi. Kurangkan pendedahan pada sinaran cahaya matahari.
Berikut dikongsikan tip cara-cara untuk sejukkan rumah dan badan tanpa penghawa dingin. Anda bolehlah cuba buat di rumah ya. Semoga tip ini dapat membantu.
Selain itu, anda juga boleh cuba mengamalkan minum air telang. Bunga Telang merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok lain, tiang, pagar atau kayu sokongan. Jika di Kelantan, bunga ini juga dikenali dengan nama bunga nasi kerabu kerana ia boleh digunakan untuk mewarnakan nasi kerabu menjadi biru.
Bunga Telang atau nama saintifiknya, Clitoria ternatea selain sering digunakan dalam masakan dan minuman juga punya banyak manfaat kesihatan. Ketinggiannya mampu mencapai antara tiga hingga empat meter bergantung kepada lilitan. Ia memerlukan cahaya matahari yang secukupnya untuk membesar.
Berikut perkongsian Dhia Raihana Aryan tentang khasiat air telang selasih lemon yang baik diamalkan untuk manfaat kesihatan.
RESIPI AIR TELANG SELASIH LEMON
•bunga telang 20 helai rebus kosong atau campur molases/orcs
•biji selasih 1 sudu makan
•air suam
•optional lemon/peach/pear/epal/buah naga
Caranya mudah sahaja. Campurkan ke semua bahan. Boleh diamalkan selalu. Air telang selasih ini bukan sahaja mampu menyejukkan badan tetapi dalam masa yang sama juga mampu menjadikan kulit nampak segar dan ‘glowing’. Logiknya apabila usus kita sihat dan sistem perkumuhan kita sihat maka kulit wajah pun nampak segar dan ‘bercahaya.’
Sumber kredit: Fabello Design dan Dhia Raihana Aryan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Fenomena Gerhana Bulan, 7 Amalan Sunnah Rasulullah Boleh Anda Lakukan
Merujuk kepada hitungan falak bahawa satu fenomena Gerhana Bulan akan berlaku pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H. Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada bayang-bayang bumi.
Kejadian ini cuma boleh berlaku ketika bulan purnama, dan apabila matahari, bumi dan bulan berada pada satu garisan yang sama. Umumnya gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas bulan.
Dalam kajian ahli falak, gerhana merupakan salah satu fenomena penghijaban (occultation). Ketika gerhana bulan, kesan gelap yang wujud pada permukaan bulan adalah kesan dari bayang bumi yang jatuh ke atas bulan.
Bagi umat Islam, solat gerhana sunat dilaksanakan ketika berlakunya gerhana. Para ulama telah sepakat meletakkan syarat bahawa solat gerhana hanya akan dilaksanakan ketika jelas kesan gelap di bulan.
Walaupun dari sudut ilmu falak ia dinamakan gerhana, namun kerana syarat gelap yang nyata itu tidak dipenuhi, maka solat gerhana tidak disyariatkan. Permukaan bulan hanya akan mengalami sedikit perubahan warna dari putih bersinar ke warna putih suram, malah pencerap mungkin keliru dengan warna bulan yang kelihatan malap, hingga disangka perubahan cahaya bulan yang berlaku hanyalah kerana wujudnya awan.
Menerusi sekian banyak hadis berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunnah yang boleh dilakukan ketika kejadian gerhana sepertimana yang disyorkan oleh Rasulullah ﷺ. Di antaranya ialah
7 Amalan Sunnah Ketika Berlaku Gerhana berikut :
1. Solat Sunat Gerhana
إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَصَلُّوا حَتَّى يُفْرَجَ عَنْكُمْ
Rasulullah ﷺ bersabda: “Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Jika kamu melihat (gerhana) nya, maka dirikanlah solat hingga menghilang gerhana itu dari kamu.” (HR Bukhari)
.
Dari ‘Aisyah isteri Nabi ﷺ, ia berkata, “Pernah terjadi gerhana matahari pada masa Nabi ﷺ. Baginda keluar menuju masjid, lalu orang-orang membuat barisan di belakang Baginda, Baginda lalu takbir dan membaca surah yang panjang. Lalu Baginda takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH dan berdiri tanpa sujud. Kemudian Baginda membaca bacaan yang panjang namun tidak sebagaimana bacaan yang pertama, lalu takbir dan rukuk dengan rukuk yang panjang namun tidak sebagaimana rukuk yang pertama, lalu mengucapkan SAMI’ALLAHU LIMAN HAMIDAH terus kemudian sujud. Setelah itu Baginda melakukannya seperti itu pada rakaat yang akhir sehingga sempurnalah empat rukuk dalam empat sujud. Dan matahari nampak kembali sebelum solat Baginda selesai. Selepas itu Baginda berdiri (menyampaikan khutbah) dengan memuji Allah dengan pujian yang berhak untuk-Nya, Baginda bersabda:
“Kedua-duanya adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, dan gerhana tidak akan berlaku hanya kerana mati atau hidupnya seseorang. Jika kamu melihat (gerhana) keduanya, maka bersegeralah mendirikan solat.” (HR. Bukhari – 988)
2. Bertakbir, Tahmid Dan Tahlil
و حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْقَوَارِيرِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ حَدَّثَنَا الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي الْعَلَاءِ حَيَّانَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ
بَيْنَمَا أَنَا أَرْمِي بِأَسْهُمِي فِي حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ فَنَبَذْتُهُنَّ وَقُلْتُ لَأَنْظُرَنَّ إِلَى مَا يَحْدُثُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي انْكِسَافِ الشَّمْسِ الْيَوْمَ فَانْتَهَيْتُ إِلَيْهِ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ يَدْعُو وَيُكَبِّرُ وَيَحْمَدُ وَيُهَلِّلُ حَتَّى جُلِّيَ عَنْ الشَّمْسِ فَقَرَأَ سُورَتَيْنِ وَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ
Telah menceritakan kepadaku Ubaidullah bin Umar Al Qawariri telah menceritakan kepada kami Bisyr Al Mufadldlal telah menceritakan kepada kami Al Jurairi dari Abul Ala` Hayyan bin Umair dari Abdurrahman bin Samurah ia berkata;
“Pada suatu waktu di masa Rasulullah ﷺ ketika aku sedang bermain panah, tiba-tiba terjadi gerhana matahari. Lalu kulemparkan semua alat permainanku itu. Aku berkata; “Aku akan melihat apakah gerangan yang dilakukan Rasulullah ﷺ apabila terjadi gerhana matahari seperti itu. Setelah aku sampai ke tempat Baginda, aku dapati Baginda sedang mengangkat tangannya berdoa, takbir, tahmid dan tahlil sehingga matahari terang kembali. Baginda membaca dua surah dan solat dua rakaat.” (HR Muslim – 1519)
3. Berzikir Dan Beristighfar
Banyakkan berzikir dan beristighfar iaitu memohon ampun kepada Allah SWT.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ فَأَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ رَأَيْتُهُ قَطُّ يَفْعَلُهُ وَقَالَ هَذِهِ الْآيَاتُ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لَا تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنْ
{ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ }
فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-‘Ala berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Buraid bin’ Abdullah dari Abu Burdah dari Abu Musa berkata, “Ketika terjadi gerhana matahari, Nabi ﷺ berdiri dengan tergesa-gesa seolah akan terjadi hari kiamat. Baginda lantas mendatangi masjid dan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang paling panjang, yang pernah aku lihat dari yang Baginda pernah lakukan. Kemudian Baginda bersabda: “Inilah dua tanda-tanda yang Allah hantarkan, ia (gerhana) tidak berlaku kerana hidup atau matinya seseorang, tetapi ‘(Dia, Allah menakutkan hamba-hambaNya dengannya)’ (Qs. Az Zumar: 16). Maka jika kamu melihat sesuatu padanya (gerhana), maka segeralah untuk mengingat Allah, berdoa dan minta keampunan.” (HR Bukhari – 999)
4. Berdoa
Di antara doa yang sering dibaca terutama ketika khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
5. Berlindung Daripada Azab Kubur
فَقَالَ إِنِّي قَدْ رَأَيْتُكُمْ تُفْتَنُونَ فِي الْقُبُورِ كَفِتْنَةِ الدَّجَّالِ قَالَتْ عَمْرَةُ فَسَمِعْتُ عَائِشَةَ تَقُولُ فَكُنْتُ أَسْمَعُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ يَتَعَوَّذُ مِنْ عَذَابِ النَّارِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ
Rasulullah ﷺ bersabda: “Sungguh, saya telah melihat bahawa kamu akan diuji di alam kubur nanti sebagaimana fitnah Dajjal.” Amrah berkat; Saya mendengar Aisyah berkata, “Setelah itu, saya mendengar Rasulullah ﷺ meminta perlindungan dari azab neraka dan azab kubur.” (HR Muslim-1056)
6. Bersedekah
حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ لَا يُخْسَفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا
Telah menceritakan kepada kami Al Qa’nabi dari Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari’ Urwah dari ‘Aisyah bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Terjadinya gerhana matahari dan bulan bukanlah kerana mati atau hidupnya salah seorang, apabila kamu melihat perkara itu, maka berdoalah kepada Allah ‘azza wajalla, bertakbirlah serta perbanyak sedekah.” (HR Abu Daud-1006)
7. Membebaskan Hamba / Tahanan
حَدَّثَنَا رَبِيعُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ فَاطِمَةَ عَن أَسْمَاءَ قَالَتْ: لَقَدْ أَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْعَتَاقَةِ فِي كُسُوفِ الشَّمْسِ
Telah menceritakan kepada kami Rabi ‘bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Za’idah dari Hisyam dari Fatimah dari Asma’ berkata, “Nabi ﷺ telah memerintahkan untuk memerdekakan (membebaskan) hamba ketika terjadi gerhana matahari.” (HR Bukhari – 995). Dalam satu riwayat: “Gerhana bulan”.
SUMBER: mufti Selangor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan ‘Skip Breakfast’ Kalau Nak Kurus. Nah, Menarik Bulan Oktober Ada Sarapan Percuma!
Mungkin ramai yang memandang rendah bab sarapan pagi ni dan menganggap ia tidak penting serta tidak perlu diambil. Pelbagai alasan akan diberikan seperti tidak sempat hinggalah ke diet, ini menjadi sebab utama kenapa ramai orang rela tidak sarapan.
Sarapan yang berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti seharian” kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady Malaysia.
Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan mengambil sarapan. Kanak-kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan untuk mempunyai berat badan berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih tinggi.
Kajian juga menunjukkan bahawa mereka yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai berat badan berlebihan berbanding mereka yang mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat badan yang sihat. Sarapan pagi juga mengisi perut anda dan membantu mengelakkan daripada makan berlebihan atau memakan snek kemudiannya.
Wajib tahu bahawa sarapan punya manfaat yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan mental anda. Jom mengetahui 9 manfaat bersarapan. Setelah anda tahu manfaat ini, anda yakin tidak mahu mengambil sarapan lagi?
1. Gemuk
Bersarapan sebab gemuk? Hmm, salah besar! Tanpa sarapan, badan semakin gemuk malah obesiti. Sebabnya? Orang yang melewatkan sarapan cenderung mudah rasa lapar sepanjang hari. Ini yang membuat mereka makan lebih banyak dan menjadi gemuk.
2. Bijak
Sarapan meningkatkan kualiti intelektual dan kecerdasan berfikir. Tidak hanya meningkatkan IQ, sarapan juga membantu meningkatkan daya ingatan dan kesihatan mental.
3. Nutrisi
Kajian juga membuktikan bahawa orang yang sarapan secara rutin setiap hari pengambilan nutrisinya lebih baik daripada yang tidak bersarapan. Orang yang jarang sarapan umumnya lebih banyak lemak tapi kurang nutrisi berbanding yang setiap hari bersarapan. Nutrisi yang hilang kerana tidak sarapan diantaranya adalah kalsium, potassium dan serat.
4. Metabolisma
Sarapan juga meningkatkan metabolisma dan membantu proses pembakaran lemak. Jangan panik apabila ada aktiviti penting seperti temu duga kerja atau mesyuarat. Sempatkan diri untuk bersarapan ya kerana sarapan yang baik boleh mengurangkan rasa panik dan cemas.
5. Bertenaga
Menu sarapan yang mengandungi serat dan karbohidrat akan membuat anda lebih bertenaga sehingga tidak cepat penat ketika bekerja seharian.
6. Lebih Sihat
Kelebihan lain, anda akan lebih sihat daripada orang yang jarang sarapan. Kerana sarapan itu penting untuk mengurangkan risiko hipoglisemia, darah rendah, diabetes tahap dua, malah penyakit jantung!
7. Bahagia
Sarapan boleh membantu meningkatkan mood. Anda bakal lebih bahagia bila bersarapan. Tidak percaya? Cubalah..
8. Eratkan Silaturahim
Sarapan juga boleh mendekatkan diri dengan keluarga. Jika sangat sibuk, sarapan boleh jadi waktu kualiti bersama keluarga.
Susu Sumber Nutrisi Lengkap
Walaupun mudah untuk mengabaikan pengambilan sarapan pagi, tetapi ianya penting untuk memulakan hari dengan hidangan yang padat dan penuh dengan nutrisi sebagai keutamaan kita. Malah, sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan sarapan pagi dengan segelas susu.
“Susu adalah salah satu minuman yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid Makanan Garis Panduan Diet Malaysia,” kata Ramjeet.
Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku9 kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.
“Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu, nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Oleh itu, minum segelas susu sewaktu sarapan adalah cara yang paling mudah untuk pengambilan nutrisi yang mencukupi pada waktu pagi,” kata Ramjeet.
Menarik Sarapan Bulan Oktober
Terdapat banyak sebab mengapa sarapan pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga. Tetapi sekiranya tidak, ada yang akan membantu! Bulan Oktober ialah Bulan Sarapan Dutch Lady dan jenama susu No. 1* ini akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan secara percuma! Dapatkan sarapan percuma di stesen-stesen LRT di Lembah Klang mulai 21 hingga 31 Oktober!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Enggan Lihat Badan Lebih Berusia Dari Muka, Amalkan Penggunaan ‘Body Oil’.
Terdapat dua jenis individu di mana mereka gemar menyapu losen tebal dan berkrim selepas keluar dari bilik mandi, da nada kumpulan individu, gemar menyapukan minyak badan, ia sangat ringan dan memerangkap kelembapan dengan lebih sedikit kerumitan.
Dengan itu, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa losen dan minyak tidak semestinya dicipta sama, walaupun kedua-duanya melembapkan badan, ia melakukannya dengan cara yang sedikit berbeza.
Apakah minyak badan?
Minyak badan diperbuat daripada hanya minyak, manakala losen badan biasanya merupakan emulsi, campuran minyak dan air bersama. Oleh kerana minyak badan tidak mengandungi air, produk itu sendiri tidak memberikan penghidratan. Sebaliknya, minyak badan mengelak dan mengunci lembapan, itulah sebabnya masa yang sesuai untuk memakainya hanya selepas mandi.
Jadi, jika kulit anda mengalami dehidrasi dalam erti kata lain, kekurangan air dan anda tidak menggunakan minyak badan selepas mandi, losen mungkin masih diperlukan untuk mengelakkan kekeringan. Walaupun begitu, bagi mereka yang tidak tahan dengan sapuan penuh selepas mandi, menggunakan hanya minyak adalah lebih baik daripada tiada.
Apa yang perlu dipertimbangkan semasa mencari minyak badan
Ketahui kandungan bahan-bahan
Kebanyakan minyak badan mengandungi campuran khusus minyak pelembap, sebab itu penting untuk mengetahui mana yang terbaik. Minyak biji yang meniru sifat sebum semula jadi dan berfungsi untuk melembutkan, melembabkan dan melembapkan kulit. Ini termasuk minyak biji anggur, minyak evening primrose, minyak meadowfoam dan minyak bunga matahari. Pakar mengesyorkan empat lagi bahan untuk dicari:
- Minyak argan: Membantu kulit kusam, kering dan kaya dengan antioksidan yang akan membantu melawan kerosakan alam sekitar.
- Minyak bijan: Mempunyai sifat antioksidan, anti-radang dan antibakteria serta bermanfaat untuk kulit berjerawat dan parut jerawat.
- Minyak kelapa: Pelembap untuk kulit kering dan ekzema, dan menggalakkan penyembuhan luka dengan mengurangkan keradangan.
- Minyak jojoba: Humektan semulajadi, menarik lembapan dari udara untuk menguatkan penghalang kulit. Ia juga kaya dengan vitamin E yang merupakan antioksidan yang membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus.
Pertimbangkan tekstur
Anda mahu lebih cenderung ke arah minyak yang ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit, minyak yang lebih tebal tidak akan menembusi dengan mudah dan berkemungkinan akan menyumbat liang-liang.
Elakkan perengsa dan pewangi
Elakkan formula yang mengandungi banyak bahan botani, minyak pati dan wangian, terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif yang boleh menyebabkan dermatitis kontak. Minyak pokok teh secara khusus harus dielakkan. Pokok Teh boleh menjadi sangat kering dan kebanyakan jenis kulit akan menjadi sensitif jika digunakan terlalu kerap. Jika anda mahukan minyak yang berbau harum, pakar mengesyorkan mencuba sesuatu dengan sedikit lavender asli, kayu putih atau vanila, yang kesemuanya terkenal dengan sifatnya yang menenangkan serta boleh meningkatkan pengalaman penggunaan.
Memandangkan anda sudah mengetahui tentang asas minyak badan, berikut ialah beberapa pilihan utama, termasuk beberapa kegemaran pakar:
1. Tata Harper Revitalizing Anti-Aging Body Oil
Minyak badan yang cepat menyerap ini memberikan manfaat penghidratan dan menyegarkan menyeluruh kepada seluruh badan untuk penampilan yang kelihatan muda. Vitamin, mineral dan nutrien penting membantu menggalakkan kulit kelihatan sihat sambil melembapkan dan membantu melegakan tompok kering dan kasar. Menjadikan kulit terasa lebih lembut dan licin.
2. Bio-Oil
Kemungkinan anda pernah mendengar pujian Bio-Oil sebelum ini, tetapi wajar jika produk kegemaran kultus ini berjaya. Didorong oleh minyak bunga matahari dan vitamin A dan E, formula ini bukan sahaja melembapkan, tetapi ramai pembeli mengatakan ia menyebabkan kesan regangan dan parut hilang.
3. HERBIVORE Coconut Ultra Hydration Body Oil
Minyak kelapa, minyak jojoba, vitamin E, dan ekstrak bunga orkid menjadikan penggunaan minyak ini terasa seperti percutian tropika. Kerana itu, ia menyemak semua kotak yang betul untuk Oakley.
4. La Mer The Renewal Oil
Penuh dengan minyak biji jajoba, meadowfoam, dan biji anggur hanyalah beberapa yang menjadi senarai ramuan, minyak ini akan mengubah rutin selepas mandi anda menjadi salah satu kemewahan tulen.
5. Burt’s Bees Mama Bee Nourishing Body Oil
Berita baik untuk mama! Minyak badan berkhasiat yang mengekalkan kulit anda anjal dan lembut sepanjang kehamilan. Minyak badan yang ringan ini menyegarkan dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak supaya anda boleh berasa segar dan dimanjakan sepanjang sembilan bulan.
6. Ouai Rose Hair & Body Oil
Jenama ini tidak pernah mengecewakan, minyak yang kaya dengan nutrien yang mewah untuk badan dan rambut anda. Minyak mawar emas yang kaya ini adalah gabungan bebas silikon. Formula yang cepat menyerap mencerahkan rambut dan kulit anda sambil memulihkan dan membaiki kerosakan. Minyak rose hip menyasarkan parut dan kemerahan untuk kulit yang lebih lembut, lebih sekata, manakala minyak absinthium menghidrat semula kulit dan rambut yang kusam atau kering. Minyak Shea mengunci kelembapan untuk cahaya yang sihat di seluruh badan.
7. Supergoop! Glow Oil Broad Spectrum Sunscreen SPF 50 PA++++
Minyak badan pelindung matahari yang sangat menghidratkan yang menjadikan kulit berseri dan dilindungi, tanpa rasa berminyak. Minyak ringan ini kalis air dan dibuat dengan formula kaya antioksidan untuk perlindungan matahari yang unggul. Berikan kulit anda cahaya yang cemerlang dan kurangkan tanda-tanda kerosakan UV, semuanya dalam satu botol.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI