Pengguna tidak perlu panik dan kelam-kabut membeli barang walaupun wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda dunia kini diisytiharkan sebagai pandemik. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, situasi panik mendedahkan pengguna kepada manipulasi dalam pasaran.
Menurutnya, mereka yang mengambil kesempatan melakukan pencatutan dan mengawal harga dan bekalan barangan akan menggunakan peluang berkenaan untuk meraih keuntungan lumayan.
“Kami percaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengambil langkah perlu untuk memantau pasaran supaya tidak berlaku perlanggaran undang-undang sedia ada.
“Adalah sangat perlu semua pengguna tidak mudah terperangkap dalam keadaan di luar dugaan ini kerana wabak ini sedang mencetuskan krisis global yang rumit untuk ditangani sendirian,” katanya kepada Sinar Harian.
Ads
Mohd Azmi berkata, dalam keadaan yang sangat rumit ketika ini, pengguna perlu turut bekerjasama kepada pihak berkuasa supaya keadaan dapat dikawal dengan bijak.
Menurutnya, dorongan untuk membeli barangan secara pukal kerana melihat orang lain berbuat demikian adalah tidak bijak.
Ads
“Kami menyeru Dewan Perniagaan turut berperanan mengawal pengeluar dan peniaga supaya beretika berniaga dalam keadaan yang sangat sukar ini,”katanya.
Ads
Mohd Azmi turut menyarankan dua langkahdiambil para pengguna iaitu mengikuti perkembangan terkini wabak Covid-19 menerusi sumber rasmi kerajaan serta mendahulukan keperluan asas dalam pembelian bagi mengelakkan elemen pencatutan berleluasa.
Minggu lalu, media tempatan melaporkan sikap segelintir rakyat negeri Pulau Pinang membuat pembelian panik mula dikenal pasti apabila berebut untuk membeli barangan keperluan, seperti makanan dan kertas tandas setelah negeri itu melaporkan kes jangkitan Covid-19 pertamanya pada 9 Mac lalu.
Tak kering gusi sis dibuatnya sewaktu menonton filem terbaru dan terhangat di pawagam ketika ini iaitu Playing With Fire yang menampilkan peninju hebat, John Cena sebagai teraju utama.
.
Filem ini mengisahkan tentang seorang pemadam kebakaran yang tegas dan garang iaitu Jake Carson bersama pasukan elitnya yang datang menyelamatkan tiga beradik iaitu Brynn, Will dan Zoey.
.
Namun, mereka tidak menyangka yang ketiga-tiga beradik ini sangat aktif dan langsung tidak mempunyai perasaan takut kepada mereka.
Tugasan ini menjadi begitu mencabar dan tiada latihan yang dapat memberikan mereka sepenuh persediaan dalam tugasan yang paling sukar iaitu menjadi…. PENGASUH KANAK-KANAK!
Bukan hanya sekadar filem komedi, filem yang turut dibintangi oleh Keegan-Michael Key dan John Leguizamo ini juga turut bermain dengan emosi penonton dan membuatkan kita terasa lebih menghargai keluarga sendiri.
.
Dalam filem ini juga kita dapat melihat sisi lain John Cena yang tidak disangka-sangka. Rupa-rupanya dia merupakan peminat setia kumpulan kpop terkenal iaitu BTS.
Menerusi sebuah tweetnya, dia telah mengucapkan terima kasih kepada pengarah filem tersebut iaitu Andy Fickman kerana telah menampilkan lagu kegemarannya dalam filem ini.
Patutlah lagu Fire menjadi salah satu runut bunyi bagi filem ini. ‘ARMY’ rupanya! Baru sahaja di tayangkan di pawagam, sis pasti anda semua mesti tidak akan menyesal apabila menonton filem ini. Langsung tidak mengantuk dan akan terhibur 100%. Serbulah pawagam berhampiran anda sekarang juga!
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tiada manusia yang tidak teruja apabila datangnya waktu cuti. Pastinya semua ternanti-nanti saat tibanya waktu itu bagi merehatkan minda dan menerokai tempat baharu. Oh, seronoknya! Tetapi, sebelum itu pasti ada satu perkara yang hijabi rasa berat untuk melakukannya iaitu mengemas baju.
Saat mengemas rasa tidak kena apabila muatan terlebih dan sebagainya. Usah khuatir hijabi! Ikuti trik ini untuk sesi mengemas yang mudah.
Gulungkan baju, jangan lipat
Gulungkan baju anda seperti gulungan kek untuk mengelakkannya kedut. Sememangnya cara ini pantas dan menjimatkan ruang dalam beg anda.
Susun bra secara bertingkat
Susun atur bra anda seperti sebuah menara. Seluar dalam juga boleh diselitkan di celah-celahnya.
Balut kasut dengan shower cap atau shoe bags
Tidak syoklah jadinya jika kasut kotor terkena baju bersih. Bukan hanya kotoran, malah bau juga boleh melekat. Oleh itu, simpan kasut anda dalam shower cap atau shoe bags bagi mengasingkannya.
Bawa 2 baju untuk setiap helai seluar
Kebiasaannya kita pasti mengulang pakai seluar yang dibawa. Bagi mengelak terlebih muatan, lipat dua helai baju yang berlainan jenis seperti t-shirt atau blaus untuk setiap helaian seluar yang dibawa. Seeloknya bawa sehelai jeans berwarna cerah dan gelap untuk suaikannya.
Simpan barang kelengkapan peribadi dalam beg lutsinar
Cara penyimpanan sebegini buatkan anda senang mencari dan mengenal pasti jika ada barang yang hilang tanpa perlu bersusah payah membuka beg tersebut.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Aktiviti memasak memang sangat menyeronokkan namun babak yang kurang best mungkin di saat tangan rasa berpijar sewaktu memotong cili. Agak seksa juga apabila anggota badan kita rasa berpijar.
Ada yang kata perlu rendam tangan dalam air sejuk namun ia seperti tidak berhasil juga. Jikan cara-cara lain juga tidak menjadi, apa kata anda cuba pula cara yang dicadangkan oleh wanita ini.
Menurut Rosie Zam, cara yang mudah adalah dengan menyapu minyak masak sebelum memotong cili.
Aduh pijarnya tangan. Itu yang selalu kita alami bila potong cili padi atau cili kering kan. Hari ni saya nak kongsikan tips untuk elakkan tangan menjadi pijar.
Caranya mudah sangat sapukan tangan dengan sedikit minyak masak sebelum melakukan kerja memotong cili.
Dengan cara ni dapat elakkan panas cili tu meresap ke dalam tapak tangan. Mudah kan.
Cuba tau.
Haaa, mudahkan? Jadi tiada alasan lagi tau untuk anda mengelat dari memotong cili. Hihi, selamat mencuba!
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...