Kalau pada tahun sebelum ini, pada 2016, wajah penyanyi yang bertaraf antarabangsa, Yunalis Mat Zara’ai sudah pun menghiasi papan iklan elektronik di Times Square di Kota Metropolitan New York. Dan semalam sekali lagi wajah Yuna menghiasi papan elektronik berkenaan.
Namun penampilan anak kelahiran Kedah kali ini sedikit berbeza dan unik kerana Yuna menggayakan busana rona merah serta hijab dengan tambahan aksesori crown
cucuk sanggul yang diletak kemas di mahkotanya.Malah penampilannya bak seorang Ratu ini juga turut mendapat pujian netizen yang rata-rata memuji penyanyi yang kini menetap di Amerika ini kerana tidak melupakan adat dan budaya Melayu walaupun berada jauh di perantauan.
fitrazali So beautiful yuna with the crown (sanggul lintang) so proud of youu!
niezaminan The Queen slaying
rabbanisujak Congratulations queen
nadia_kmrdn So proudddd queen Yuna in NYC
ksmyofficial Congrats queen. We are so proud
Kemunculan Yuna di papan elektronik ini adalah kerana album barunya Rogue tersenarai pada tangga ke 8 carta Billboard kategori Tip R&B albums.
Malah album ini juga turut menjadi topik perbualan beberapa portal barat seperti Billboard, Forbes, Spotify, Apple Music dan banyak lagi.
Difahamkan Billboard Times Square digelar sebagai papan iklan elektronik yang termahal dan bukan mudah untuk mendapat paparan di situ.
Difahamkan hanya jenama popular dan barman nama terkenal sahaja berpeluang membuat paparan di Billboard Times Square ini.
Hijabista ucapkan tahniah pada Yuna yang juga pernah bergelar Gadis Penghias Cover untuk majalah Hijabista beberapa tahun lalu.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM YUNA