“Comelnya Zayne, Anak Mat Salleh Sangat” – Netizen Teruja Lihat Foto Raya Keluarga Mat Dan Sambut Syawal

Share

Dalam dunia digital hati ini menjadi medan buat penggunanya untuk merakamkan gambar dan kemudiannya dimuat turun terus di medium media sosial, terutamanya di musim perayaan. Dan paling popular adalah di laman Instagram. Bagi mereka yang digelar selebriti pastinya menjadi perhatian netizen untuk melihat gaya raya mereka bersama keluarga, terutama yang baru mendapat anak.

Salah seorang selebriti yang menyambut raya bersama anak adalah pengacara popular Mat Dan. Jika Syawal tahun lalu anaknya baru berusia 1 bulan dan isteri masih dalam berpantang.

Tetapi Aidilfitri tahun ini pertama kali menyambut Syawal bersama isteri dan anak dalam keadaan lebih sempurna dan lengkap. Masing-masing bergaya dengan persalinan cantik dan menarik.

Salam Eid Mubarak daripada Mat Dan & Family… Angkat tangan siapa geng Biru hari ni..?! Maaf Zahir dan Batin, Insya’Allah tahun ini lagi bermanfaat daripada yang tahun lepas.

Ramai teruja melihat keluarga kecil ini berhari raya. Untuk sambutan kali ini Mat Dan yang berkahwin dengan wanita tempatan kelahiran Terengganu meraikannya di keluarga isterinya di Terengganu.

Tema biru menjadi pilihan buat jejaka Mat Salleh yang sudah lama tinggal di sini bersama keluarga. Terserlah betapa segak dan comelnya anak kacukan Mat Dan yang kini sudahpun berusia setahun.

Komen netizen juga turut teruja melihat keluarga Mat Dan menyambut Syawal tahun ini, terutama wajah comel Zayne yang memang tidak mengecewakan.

sabiby.zay_ senyuman zayne x pernah mengecewakan..happy eid

nurinsyirah_izzati Comel rambut perang mr zayne

lilyroses01 zayne comel… masya Allah

asmielia_imanina zayne mat saleh sgt

suzanapilramli Selamat hari raya mat dan, wife dan the adorable zayne

mazlinakadir Comey la budok kecik tu

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MAT DAN

Published by
Siti Zurina