Sering melakukan siaran langsung ataupun IG Live sewaktu tempoh PKP ini, selebriti terkenal iaitu Neelofa mengujakan para peminatnya apabila dia cuba untuk menyanyikan lagu rap bersama penyanyi rap remaja iaitu Bunga.
Dalam ‘live’ tersebut, Bunga dilihat cuba mengajar Neelofa cara yang betul untuk menyanyikannya mengikut lenggok yang tertentu. Anda bolehlah cuba menyaksikan telatahnya dalam video ini!
Walaupun ia mengeluarkan bau yang kurang enak, petai tetap menjadi antara ulam-ulaman yang digemari ramai. Selalunya apabila petaui sudah ada di tangan, tentunya sudah terbayang menu sambal udang petai.
Sebenarnya selain dibuat sambal bersama udang, petai juga boleh dijadikan serunding.
BAHAN-BAHAN:
Petai
Ikan bilis
Cili api
Bawang putih
Bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT:
1.Kisar semua bahan di atas dengan minyak masak.
2.Masak di atas kuali. Kacau sehingga ringan dan kekuningan.
3.Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Menu serunding petai ini mungkin boleh menjadi menu terbaru dalam senarai hidangan keluarga anda. Selamat mencuba!
Hari Ibu yang disambut pada setiap bulan Mei diraikan bagi menghargai insan yang sangat disayangi dan bermakna dalam hidup iaitu ibu kita. Namun, tidak semua berpeluang meraikannya bersama ibu tercinta kerana ada yang terlebih dahulu sudah dijemput Sang Pencipta.
Di laman Twitter, Eisya Azlan telah berkongsikan kisahnya yang sedih apabila ibunya telah pun meninggal dunia tiga hari sebelum Hari Ibu.
Bagi melepas rindu yang tiada berpenghujung, dia melakukan insiatif tersendiri dengan memberikan hadiah buat semua ibu saudaranya sempena Hari Ibu yang lalu.
Saya lihat ramai yang mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu mereka. Selamat Hari Ibu, ibu. Dia telah meninggal dunia tiga hari yang lepas jadi saya melakukan sedikit kejutan dengan memberikan hadiah kepada semua ibu saudara saya. Rindunya dekat ibu. Semoga ibu tenang di sana. Terima kasih untuk segalanya.
Peminjam pinjaman sewa beli yang memilih mengambil moratorium enam bulan dari 1 April hingga 30 September 2020 akan diberi pilihan dari segi pembayaran balik.
Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dalam kenyataan berkata, pelanggan boleh memilih untuk membayar penangguhan ansuran terkumpul enam bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan caj faedah tambahan.
“Mereka juga boleh terus membayar balik ansuran selepas Oktober 2020 menerusi lanjutan enam bulan tempoh pembayaran balik selepas tarikh matang asal.
“Dalam kes ini, faedah berdasarkan kadar kontrak akan dicaj ke atas jumlah ansuran tertangguh sehingga dibayar sepenuhnya, yang sepatutnya pada akhir tempoh lanjutan enam bulan,” katanya.
ABM berkata, bagi pelanggan sewa beli yang tidak mengesahkan secara rasmi penerimaan moratorium sebaik menerima notifikasi daripada bank masing-masing, mereka dianggap tidak mengambil moratorium.
“Ini bermakna, pelanggan perlu terus membayar ansuran bulanan seperti biasa mengikut jadual asal,” katanya.
Bagaimanapun, katanya bank tidak mengenakan caj faedah tambahan atau fi bayaran lewat bagi ansuran tertunggak bagi April dan Mei oleh pelanggan yang menangguhkan bayaran ansuran bulanan, jika bayaran bagi April, Mei dan Jun 2020 dibuat tidak lebih dari 30 Jun 2020.
“Jika bayaran tidak dibuat menjelang 30 Jun 2020, akaun akan tertunggak dan caj bayaran lewat akan mula terakru bermula Julai 2020 dan seterusnya,” katanya.
Jika hendak faham lebih mudah cara pengiraan, baca perkongsian Akhtar Syamir ini.
Cara mudah nak kira faedah (interest) 6 bulan untuk pinjaman kereta bila ambil moratorium.
Perlu saya ingatkan, dapatkan kepastian dari bank dahulu. Perkiraan ini hanya perkiraan mudah.
3 benda je kita kena tahu: 1. Harga kereta 2. Tahun pinjaman 3. Kadar faedah (Contohnya 3%)
Kemudian kita dapatkan jumlah faedah :
Jumlah faedah = kadar faedah X harga kereta X tahun pinjaman
Akhirnya kita bahagikan je jumlah faedah tu dengan bulan pinjaman (tahun pinjam X 12).
Sebagai contoh.
Kereta Myvi 2020 1.5 H Automatic : RM50,290.00
Jumlah faedah 3% X 50,290.00 X 9 = RM13,578.30
Faedah bulanan 13,578.30 / 108 = RM125.73
Faedah 6 bulan RM125.73 X 6 = RM754.38
Faedah 6 bulan itu pula kita bahagikan dengan baki bulan pinjaman. Katakanlah ada lagi 5 tahun (60 bulan). Faedah 6 bulan tu bahagikan je dengan 60.
RM754.38 / 60 = RM12.57
Jadi, bayaran bulanan tu tambah je RM12.57 sebulan. Habis cerita.
Nampak tambahan faedah 6 bulan RM754.38 tu banyak? Cuba kira lagi dan ubah pandangan kita.
Siapa yang nak bagi pinjam RM3548.24 masa PKP ni? RM12 ringgit sebulan je kena tambah lepas 6 bulan tu.
Mungkin kepada yang sentiasa ada lebihan duit rasa macam rugi kena bayar 7 ratus lebih dari yang sepatutnya. Tapi buat yang gaji kena potong, yang overtime takde, yang diberhentikan kerja, yang tak dapat berniaga? 6 bulan tak perlu bayar pinjaman kenderaan tu amatlah diperlukan.
Bayangkan berapa banyak barang dapur dan rumah boleh dibeli dengan RM591 buat yang ada masalah semasa PKP? Takde timbul masalah tak cukup beras, ayam, ikan, susu dan lampin anak.
Kita selalu cakap orang kaya takde empati. Tapi bila kena kat kita, kita hanya fokus diri sendiri dan marah-marah. Sedangkan ramai yang dapat manfaat dari moratorium ni.
Sekadar memberi perkiraan ringkas supaya orang faham kelebihan moratorium itu lebih besar berbanding faedah 6 bulan yang kena bayar tu.
Kongsikan jika anda faham. Tak payah marah sangat, kalau rasa tak nak ambil, tak perlu ambil.
Saya nasihatkan, dapatkan pengiraan sebenar dari Bank sendiri untuk kepastian.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.