Comelnya, Gucci Hadir Dengan Koleksi Menampilkan Karakter Doraemon

Share

Penulis pasti ramai hiijabi yang meminati jenama Gucci. Tidak kiralah dari rangkaian busana sehingga ke aksesori mahupun minyak wangi, jenama ini sinonim dengan lambang kemewahan yang dikenali sejak sekian lama. Terbaru, jenama fesyen mewah asal Itali ini telah mengangkat karakter ikonik Doraemon khusus untuk koleksi Tahun Baru Cina 2021.

Karakter Doraemon yang mula diperkenalkan pada penghujung 1969 sebagai series manga Jepun oleh Fujiko F.Fujio merupakan satu karakter ikonik yang masih segar sehingga kini. Biarpun pencipta asalnya sudah meninggal dunia lebih 25 tahun lalu, namun Doraemon masih lagi menjadi peneman banyak orang sehingga kini yang menikmati siri kartun serta komik.


Koleksi The Doaraemon x Gucci Epilogue ini menampilkan lebih 50 item fesyen termasuklah jaket, baju, kot, seluar sukan, sneakers, seluar pendek, jam tangan, kacamata tabir suria dan beg. Corak ikonik monogram Gucci menjadi pertaruhan dan diselakan dengan cetakan karakter Doraemon.

Menariknya kempen fesyen untuk koleksi ini bukan sahaja menyerlahkan busana yang memiliki corak Doraemon sebaliknya karakter Doraemon itu sendiri diangkat sebagai bintang menghiasi kempen yang ditemani peragawan dan peragawati sebagai sahabat manusianya.

REKAAN PILIHAN HIJABISTA

Skarf bercorak bunga popi dan Doraemon untuk hijabi yang suka bergaya.
Beg tote dengan rekaan ringkas namun diberi suntikan ceria dengan corak Doraemon.
Suntikan feminin dengan jaket ala sukan. Corak bunga dihiasi karikatur Doraemon di dada.

Sumber gambar: Gucci

Published by
Fiezreen