Tidak dinafikan sejak mengambil keputusan berhijab beberapa tahun lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup cantik dan santun menggayakan tudung. Malah dirinya jadi inspirasi buat wanita di luar sana untuk cuba-cuba berhijab dan kekal istiqamah.
Dan setelah menimang cahayamata perempuan tahun lalu, anaknya Siti Aafiyah juga tidak dilepaskan peluang turut dipakaikan hijab walaupun secara suka-suka.
Dalam posting
terbaru, Siti muat turun foto anaknya Siti Aafiyah yang sangat comel mengenakan tudung.Anak kecil ini yang baru sembuh dari demam dan baru mendapat ‘kaki’ begitu laju berjalan ke sana ke mari dengan menggayakan tudung terletak cantik di kepalanya.
natashaisaaq makin da besar, aafiyah anak ibu macam muka ibu dia dah
ashasha87 Last tu muka tokti sgtttt
rositaizazi62 Betul2 klon ct ni…
mizzuera Muka @ctdk sangat laaa
mairosli668 Comel…sebijik mcam ibunya..
nurimankalimahcinta Comey cam ibu nya
sitinorfazidah Ishh suka la tgk afiyyah ni comel sungguh… muka dato k sangat tapi versi pompuan.
n_wanie93 comelnya dia? Nanti dh besar jd anak yg solehah ye Aafiyah
nurul_akmar Alhamdulillah.. Moga aafiyah anak ibu terus sihat dan baik2 aja.. Aamiin.
aziahhussain_ Semoga menjadi ank solehah hafaz al quran
lariswainscoting Comel nyer dia… semoga diberkati dunia akhirat… amin
iam_puanaishah Tgh seronok dpt kaki tu..berjalan aje ya affiiyah
rusmawati.mdsalleh Ya lah, budak comel baru dapat kaki kan..
Sebelum ini sebelum Syawal lalu penyanyi kesayangan ramai ini juga ada membawa Siti Aafiyah mengerjakan ubadah umrah di tanah suci Mekah dan Siti Aafiyah juga dipakaikan hijab oleh Siti.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK