Wow berita baik buat si penggemar kacang kuda. Bila kita sedang berdiet, yang paling susah untuk dikawal adalah keinginan untuk mengunyah makanan ringan.Kalau anda kerap berasa lapar sewaktu berdiet, apa kata anda jadikan kacang kuda sebagai snek tambahan (pilihan snacking) di dalam diet anda. Ia adalah sumber protein berasaskan tumbuhan yang kaya dengan serat serta rendah GI.
Antara manfaat kacang kuda adalah:
1. MEMBANTU MENGAWAL PARAS GULA DALAM DARAH
Kacang kuda, seperti kacang-kacang yang lain merupakan satu bentuk karbohidrat kompleks yang tubuh badan dapat hadam secara perlahan-lahan dan digunakan untuk tenaga.
2. MENINGKATKAN RASA KENYANG DAN MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN
Kacang kuda sangat kaya dan tinggi dengan protein dan serat yang membantu menjadikan anda rasa kenyang dan mengelakkan anda daripada mengamalkan pemanakan snek yang tidak sihat. Ianya turut membantu untuk mengawal paras gula dalam darah kita sekaligus mengekalkan tenaga kita.
3. MEMBANTU PROSES PENCERNAAN DISEBABKAN KANDUNGAN SERAT YANG TINGGI
Kacang kuda merupakan salah satu daripada 20 makanan yang boleh disenaraikan sebagai tinggi kandungan seratnya.. Hakikatnya, kurang daripada 5 % daripada warga malaysia mendapatkan diet yang disarankan setiap hari.
Serat berfungsi memberikan proses pencernaan yang sihat dengan cara membuang dengan segera makanan melalui laluan pencernaan serta membantu mengurangkan simptom sembelit.
4.MEMBERIKAN VITAMIN DAN MINERAL
Khasiat kacang kuda juga mampu meningkatkan paras zat besi, zink, folat, phosphorus dan Vitamin B.
Semua itu sangat penting bagi golongan vegetarian yang sudah pasti akan kekurangan nutrien-nutiren ini disebabkan oleh tidak mahu mengambil produk daripada haiwan.
6. SUMBER UTAMA PROTEIN BERASASKAN TUMBUHAN
Protein adalah makro nutrien yang penting dalam memainkan peranan yang penting dalam hampir setiap fungsi dalam badan, daripada organ-organ penting, otot-otot, tisu-tisu dan tahap hormon juga. .
Mengambil protein yang cukup secara sihat membantu anda melambatkan proses penuaan.
Saya share cara nak rebus kacang rebus.
Mana tahu ada yang tak tahu caranya.
BAHANNYA:
Kacang kuda-dibasuh dan direndam hingga kembang
Sedikit garam
Air secukupnya untuk merebus.
CARA-CARANYA:
Basuh kacang kuda, tuang air secukupnya. Masak guna api sederhana,apabila mendidih kecilkan api dan renehkan,sekiranya semasa merebus airnya kurang, sila tambah lagi.Masukkan sedikit garam dan tunggu sehingga empuk.
Kacang rebus cara di atas lulus utk bantu anda kurus tau bukannya yang dah disalut sambal yer.
Tergerak hati anda nak berdiet. Cuba cari seseorang yang boleh bantu dan pantau anda utk turun berat badan.
Sumber kredit: Syai Aizat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI