Anda yang memiliki wajah berminyak, clay mask boleh menjadi solusi untuk mengawal sebum berlebihan. Masker wajah dari susunan abu vulkanik atau lumpur bumi ini kuat menyerap minyak sehingga dikategorikan sebagai drying agent. Ada beberapa jenis clay mask yang selamat untuk kulit normal, kering, dan bahkan kulit sensitif.

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Pelbagai jenama di pasaran yang boleh menjadi pilhan anda tetapi sebelum membeli kenali jenis-jenis clay mask dan fungsinya pada wajah anda. Jangan beli sebarangan takut ada efek sampingan pada wajah anda.

Fungsi Clay Mask Dan Kenali Ciri-cirinya

Apa itu clay mask? Sejenis masker yang mampu menyahtoksinkan kulit. Komponen tanah liat atau enapan kaya mineralnya mengangkat lebihan minyak wajah. Apabila pori-pori besar menjadi masalah anda, clay mask sanggup menghilangkan kotoran yang tersumbat di dalam pori-pori.

Umumnya, clay mask berasal dari kaolin clay dan bentonite clay. Kedua bahan tersebut biasa dipadukan untuk kurangkan minyak wajah, meredakan kulit iritasi dan beberapa produk dilengkapi moisturizer untuk memberi efek hydrating. Di samping itu, kaolin dan bentonite, jenis clay lain yang juga digunakan antara lain French green clay, Fuller’s earth clay, dan Rhassoul clay.

Clay mask tidak sama dengan mud mask meskipun keduanya berasal dari lumpur bumi. Mud mask cenderung difungsikan sebagai skin healing agent, sedangkan clay mask digolongkan ke dalam drying agent. Selain berguna untuk merawat wajah, clay mask boleh juga diaplikasikan untuk badan dan rambut.

Cara Memilih Clay Mask

Setelah memahami formula clay mask, berikut ciri-ciri dan fungsi mengikut jenis-jenis clay, poin-poin pemilihan clay mask yang boleh merawat kulit wanita dan lelaki mengikut eperluan kulit

Jenis clay berdasarkan ciri-ciri kulit

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Clay mask berasal dari banyak sumber clay, seperti kaolin clay, bentonite clay, French green clay, Fuller’s earth clay, dan moroccan rhassoul clay. Sebaiknya kenali keberkesanan dari jenis-jenis clay ini.

Kaolin clay untuk kulit kering dan sensitif

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Clay ini dikenali juga sebagai white kaolin clay atau nama lain China clay kerana clay ini terkenal di negara China. Berformula dasar kaolin sempurna untuk menghilangkan kotoran tanpa mengeluarkan minyak berlebih. Kaolin clay lebih sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Kandungan utama kaolin clay adalah mineral-mineral seperti zinc, calcium, magnesium, dan silica. Selain kaolin berwarna putih, ada lagi variasi kaolin clay berdasarkan warna, seperti kuning, merah, atau pink.

White kaolin clay dinilai paling ramah untuk kulit mudah iritasi. Daya angkat minyak yang tidak begitu kuat menjadikan produk ini gentle di kulit wajah. Bagi anda yang memiliki jenis kulit kering dan sensitif, clay mask boleh digunakan bersama beberapa titisan essential oil supaya kesannya kulit lebih anjal dan lembut.

Bentonite clay untuk kulit normal, berminyak dan alergi

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Bagi kulit berminyak yang sering kali mengalami mekap luntur atau dihantui masalah jerawat, cuba gantikan masker biasa dengan clay mask yang bahan utamanya bentonite clay. Bentonite clay sudah digunakan sejak ribuan tahun sebagai perawatan kulit.

Cara kerja clay ini seperti sponge yang menyerap kotoran dan minyak secara bersamaan. Hanya dengan satu kali perawatan, sebum muka dikurangkan secara drastik dan bebas dari risiko jerawat. Selain itu, bentonite clay bersifat antibakteria dan antiinflamasi yang membantu menyembuhkan keadaan alergi kulit.

French green clay untuk kulit berminyak, berjerawat, dan berpori besar

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Ads

French green clay pertama kali ditemukan di Perancis. Green clay yang sama boleh ditemukan di Amerika Syarikat, Cina, dan sebagian lain di Eropa. Dikenali dengan sebutan sea clay, jenis sedimen ini kaya mineral seperti magnesium, iron, selenium, calcium, manganese, silicon, phosphorus, dan copper.

Jika kulit anda jenis berminyak, French green clay akan mengatasi masalah kulit anda. Clay ini juga menyingkirkan kotoran dari permukaan dan pori-pori kulit terbuka. Hasilnya wajah bersih, halus, dan sirkulasi darah semakin lancar. Tidak disarankan untuk kulit kering atau sensitif kerana bahan yang kuat dalam clay ini.

Fuller’s earth clay untuk kulit yang sangat berminyak

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Performa Fuller’s earth clay tidak jauh beza dengan French green clay. Clay ini dijadikan alternatif untuk menanggulangi produksi minyak wajah yang cukup parah, serta pori-pori besar. Bahan komposisi Fuller’s earth clay kebanyakannya aluminum magnesium silicate.
Fuller’s earth clay dapat skongan lain multan mitti, atau “lumpur dari Multan”’, yang berasal di Pakistan di mana clay tinggi mineral. Selain berkemampuan mujarab menyerap minyak dan kotoran wajah, jenis clay ini dipercayai juga akan fungsinya memperbaiki skin tone dan complexion, serta meredakan radangan kulit.

Moroccan rhassoul clay untuk kulit yang sering terdedah kepada toksin

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Rhassoul clay mengandungi magnesium dan potasium berkadar tinggi. Boleh juga digunakan clay ini untuk merawat kulit dan rambut. Ciri khas rhassoul clay terletak pada warnanya yang cokelat. Menurut catatan, clay ini hanya boleh didapatkan di sebuah lembah di pegunungan Atlas di Maroko. Sebab itu jenis clay ini lebih sering disebut Moroccan rhassoul clay.
Istilah “rhassoul” berasal dari bahasa Arab yang bererti “untuk mencuci/membersihkan”. Walaupun belum banyak studi yang membuktikan keberkesannya, rhassoul clay turun temurun sejak ribuan tahun lalu dijadikan bahan kosmetik.

Untuk kulit, rhassoul clay bertindak mengembalikan kekuatan skin barrier. Kemudian, beberapa beauty guru menyebut kadar magnesium tinggi pada rhassoul clay boleh bersihkan kotoran dan tingkatkan keanjalan kulit. Clay ini juga sangat baik untuk menyahtoksinkan racun dari kulit.

Periksa Bahan Sokongan untuk Mendapatkan Lebih Banyak Manfaat

Hampir sebagian besar clay mask bukan hanya mengandung clay, namun juga disokong dengan bahan lain untuk perawatan kecantikan dan pemeliharaan kesihatan kulit. Jadi, perhatikan juga ketersediaan bahan-bahan aktif yang prestasi utama menyokong produk.

Clay mask lebih baik apabila digabungkan dengan essential oil. Oleh itu, pengeluar sering menambah bahan berasaskan sokongan seperti minyak alami, seperti tea tree oil, peppermint oil, jojoba oil, chamomile oil, rosemary oil, atau spearmint oil. Bacalah komposisi produk dan pilih clay mask yang diperkaya dengan pelbagai bahan penyokong.

Pilih yang tidak merosak janggut dan kumis untuk lelaki

Lelaki juga perlu untuk rawatan kulit, aktiviti padat yang dijalani kebanyakan lelaki berisiko menurunkan kesihatan wajahnya. Jika anda lelaki yang pentingkan penampilan, jagalah selalu keadaan kulit wajah anda dan banyak juga pilihan untuk lelaki.

Ads

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Pada umumnya clay mask ideal digunakan lelaki dan wanita. Akan tetapi, produk khusus lelaki sebaiknya tetap disesuaikan ciri-ciri kulit. Di samping itu ada perkara lain yang tidak kurang pentingnya, iaitu memilih topeng clay mask yang tidak akan merosakkan rambut wajah seperti misai dan janggut.

10 Cadangan Clay Mask Terbaik

1. L’Oreal Paris Pure Clay Mask Illuminating

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Merevitalisasi, menghaluskan, dan mencerahkan kulit

Clay mask berbahan dasar british kaolin dan bentonite clay ini memiliki exfoliating beads sangat kecil untuk memaksimumkan penyingkiran kekotoran. L’oreal Paris menjamin exfolating beads, selamat untuk wajah berkulit sensitif tidak perlu ragu menggunakannya. Teksturnya padat, namun tetap lembut di jari serta tidak sulit diratakan ke seluruh wajah. Gunakan selama 10 minit atau hingga mengeras, lalu masker dibilas sampai bersih, dan anda akan merasakan kulit wajah halus tanpa tekstur serta kekusaman sirna seketika.

2. Freeman Oil Absorbing Mint + Lemon Clay Mask

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Satu produk untuk pelbagai fungsi

Berfungsi melawan minyak dan wajah yang berpotensi kemunculan jerawat. Clay mask buatan Freeman ini ekstak lemon yang tergantung di dalamnya merupakan agen antiinflamasi yang berfungsi meredakan peradangan kulit akibat jerawat. Sementara itu bentonite dan kaolin clay, bersinergi mengurangkan jumlah minyak berlebihan. Harga yang mampu milik clay mask ini wajib menjadi pilihan anda dengan fungsi lain mencerahkan dan mengecilkan pori-pori ini bertesktur lembut, meratakannya tidak sukar.

3. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Buatan Korea terbaik dan popular

Formula utama Jeju volcanic scoria salah satu clay mask yang popular di Asia. Super Volcanic Pore Clay Mask sangat mudah ditemukan di counter atau marketplace. Tuntutan sebum penyerap prestasi unggul adalah kunci kepada populariti produk ini.
Jika masalah wajah anda bukan sekadar minyak berlebih, tetapi juga kulit kusam akibat bintik-bintik noda pigmentasi, clay mask keluaran Innifsree mampu mencerahkan kulit dengan menyingkirkan kotoran hingga lapisan pori terdalam. Tekstur clay lembut tidak membuat kulit terasa tegang, serta menjamin wajah terhindar dari kekeringan selepas rawatan.

4. Sand & Sky Australian Pink Clay – Porerefining Face Mask

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Mask mencerah dan mengecilkan pori untuk kulit berminyak

Formula mask 4-in-1 ini mengecilkan pori, mencerahkan kulit kusam dan memberi natural glow hanya dalam 10 minit. Organik Liquorice merangsang pengeluaran sel baru, sementara Old Man’s Weed mengatasi masalah pigmentasi. Aloe Vera adalah astringen secara semula jadi mengetatkan liang dan menenangkan iritasi pada kulit wajah manakala ekstrak delima pula meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang anjal.

Ads

5. Fresh Umbrian Clay Purifying Mask

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Mask dengan fungsi 3-in-1, pilihan terbaik

Umbrian Clay Purifying Mask dengan tanah liat Umbrian ini adalah rawatan 3-in-1 dapat digunakan sebagai pembersih harian atau untuk mengurangkan cela kecil. Ia membantu mengecilkan pori-pori serta menyahtoksin kulit tanpa menghilangkan lembapan asli untuk menampakkan kulit yang seimbang dan sihat. Minyak Sandalwood dan Chamomile juga membantu menenangkan kulit akibat iritasi.

6. Skin & Lab Dr. Pore Tightening Glacial Pink Clay Facial Mask

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Bahan semulajadi melembapkan wajah

Kombinasi ramuan seperti lidah buaya, minyak biji jojoba dan brokoli memberikan kelembapan pada wajah, mengurangkan kemerahan pada kulit dan membersihkan sisa-sisa pada kulit wajah. Bagi yang merasai kulit mukanya kelihatan kusam, produk ini sememangnya sesuai untuk anda kerana ia juga membantu dalam mencerahkan kulit wajah. Manakala bagi yang berkulit sensitif dan kering, penggunaan produk ini amat disarankan kerana ia juga membantu memelihara kulit wajah anda dari masalah.

7. Laneige Mini Pore Waterclay Mask

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Kurangkan potensi jerawat tumbuh sambil melembapkan

Bukan hanya sleeping mask yang tersohor, Laneige juga mengeluarkan masker clay yang digemari ramai. Buat anda yang memerlukan clay mask untuk mengecilkan pori-pori, Mini Pore Waterclay Mask sangat dicadangkan. Produk asal Korea Selatan ini bertekstur sangat kental. Namun, kerana dikeluarkan dalam bentuk gel, clay mask kemasan jar ini mudah diaplikasikan. Gel berwarna kelabu ini juga cepat menyerap serta meninggalkan kelembapan kulit. Selain membantu treatment pori, produk ini efektif mengurangi minyak berlebih, mencegah pembentukan jerawat, dan nyahkan sel-sel kulit yang mati.

8. The INKEY List Kaolin Mask

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Membuka liang pori yang tertutup dan meyerap lebihan minyak

Clay mask bermutu tinggi untuk membantu menyerap lebihan minyak untuk jenis kulit normal, kering, gabungan dan berminyak. Kandungan kaolin clay membantu menghilangkan kekotoran dan mengelupas sel kulit mati manakala smectite clay, menyerap lebihan minyak dan membuka liang pori.

White clay mask ini lembut membantu mengeluarkan kekotoran dari kulit dan meningkatkan kawalan minyak. Tanah liat kaolin dari INKEY List lembut, jadi sangat sesuai untuk semua jenis kulit sebagai pembersih mendalam sekali hingga dua kali seminggu. Kulit berminyak? Kaolin ini boleh digunakan lebih kerap seperti yang diperlukan tanpa mengeringkan kulit.

9. Origins Original Skin Retexturizing Mask with Rose

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Fungsi 2 dalam 1 menghasilkan penampilan yang berseri dan kulit yang muda dan halus.

Clay mask ini dengan ramuan dan ekstrak tumbuhan, menghasilkan kulit yang lebih cerah, membersihkan pori-pori yang tersumbat, mengurangkan keradangan kulit dan mengencangkan kulit. Ia diformulasikan dengan Mediterranean Rose Clay dan Canadian Willow Herb untuk mengembalikan kejernihan kulit dan melakukan tindakan pembersihan yang mendalam. Manik-manik Jojoba mengelupas untuk kembalikan kulit yang awet muda dan lebih halus.

10. Naruko Tea Tree Purifying Clay Mask & Cleanser In 1

Kuasa ‘Clay Mask’, Mampu Kembalikan Seri Wajah Dengan Sempurna, Tak Nampak Kusam Lagi!

Tiada lagi wajah kusam noda dan minyak

Produk Naruko adalah antara clay mask mampu milik. Berperanan sebagai masker wajah, produk anda hanya perlu menggunakan selama 5 minit dan boleh membersihkan wajah dengan menggunakan clay mask ini.

Jika Anda mencari clay mask yang teruji secara dermatologi, produk 2 in 1 ini memenuhi kriteria tersebut. Bahkan, formula bebas paraben membuat produk ini semakin selamat digunakan. Selain menjaga keseimbangan minyak dan membersihkan wajah, produk dengan ekstrak rempah alami ini berfungsi melambatkan penuaan, membuat kulit lebih tegang, serta mencegah produksi noda hitam.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI