Ramadhan yang menjelma setelah pandemik, pastinya dinanti-nantikan oleh sekalian muslimin dan muslimat di seantero dunia. Inilah masanya untuk duduk semeja dan berkumpul bersama ahli keluarga, mahupun sahabat handai bagi menikmati juadah berbuka puasa.
Menyedari hakikat, Ramadhan yang diraikan perlu disempurnakan dengan bersederhana, hijabi dan keluarga mahupun rakan-rakan tidak perlu ada rasa paranoid dengan keselematandan kelesaan menjamu selera di luar.
Restoran Kojo by 10 Gram yang berlokasi di Cyberjaya dan 10 Gram Vista Alam, Shah Alam, menyediakan juadah berbuka puasa bertemakan buffet dengan tawaran harga yang cukup berbaloi. Apa yang penting hijabi tidak perlu berebut atau beratur panjang, hidangan utama tersedia dihidang di atas meja dengan pilihan menu yang dipilih seperti yang disenaraikan.
Ads
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
9 hidangan utama yang boleh menjadi pilihan tetamu itu ialah
Nasi “10gram” with Deep Fried Wholeleg & Sambal 2) 12 Hour Smoked Beef Brisket with BBQ sauce
Wood smoked lamb leg with rosmery sauce
Roast chicken leg with blacl pepper sausce
Pan-seared salmon steak with lemon butter sauce
Mac & cheese with crispy chicken wing
Nasi minyak & ayam percik with papadom
Kambing bakar with sambal hitam
Ikan Saba bakar with sambal tumis & budu.
Salah satu daripada 9 hidangan menyelerakan ini boleh anda nikmati bersama-sama juadah berbuka puasa yang lain sebagai pelengkap buffet Ramadhan di sini. Antara hidangan berkenaan ialah, buah kurma, Karipap, Roti Jala, Tom Yam, Kuih Ketayap, Mi Goreng, Ceaser Salad, Popiah, buah-buahan dan beraneka kek, kopi, teh tarik, air sirap dan air oren.
Harga berbaloi tanpa pembaziran
Menikmati juadah puasa ketika Ramadan menuntut kita tidak membazir dan berlebih-lebihan. Dengan hanya RM69.90, anda berpeluang menikmati salah satu daripada 9 hidangan utama termasuk lebih 15 pilihah sampingan lain termasuk minuman panas dan sejuk yang disediakan di 2 cawangan restoran berkenaan sepanjang Ramadhan ini. Berbaloi bukan!
Ads
Jadi, inilah masanya untuk makan sambil menikmati momen bersama tersayang dengan pilihan juadah istimewa iaitu Nasi 10 Gram. Nasi 10 Gram dilengkapi dengan Nasi Minyak istimewa dan Ayam Goreng bahagian peha, papadom dan semakin enak dinikmati bersama 2 jenis sambal pedas.
Ads
Buffet Ramadhan istimewa ini boleh didapati di Kojo, Cyberjaya dan 10 Gram Vista Alam, Shah Alam bermula 4 Apri ini bersamaan 2 Ramadhan, dari jam 6 petang setiap hari. Untuk tempahan sesi berbuka puasa, anda boleh hubungi/WhatsApp 011-1195 2825 Potongan harga istimewa akan diberikan kepada tatamu yang membuat tempahan awal.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’ nyanyian Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang kini telah melebarkan sayapnya hingga ke persada antarabangsa.
Bukan sahaja cantik, bijak dan berbakat dalam bidang nyanyian, bekas graduan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu juga turut mempunyai kelebihan bertutur dalam tiga bahasa.
Selain boleh bertutur dalam bahasa Ibunda iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Antarabangsa, Bahasa Inggeris, Yuna juga fasih bertutur dalam bahasa ketiga iaitu Bahasa Sepanyol.
Perkara berkenaan ditonjolkan Yuna menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya yang berjaya menguasai bahasa asing dari negara Sepanyol itu dalam tempoh cuma satu bulan.
“One month progress! I need more practice!,” tulis Yuna pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Lebih memeranjatkan lagi apabila, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini berjaya menguasai bahasa berkenaan dalam jangka masa sebulan sahaja.
“Hi semua, selamat pagi. Hari ini, saya praktikkan bahasa Sepanyol yang saya pelajari selama sebulan.
“Hampir sebulan saya belajar bahasa ini, jadi kepada semua, yang ingin tanya soalan kepada saya silakan ya,” kata Yuna dalam bahasa Sepanyol menerusi video tersebut.
Pada hantaran sama, Yuna turut membuka peluang agar para peminat bertanyakan sebarang soalan dalam bahasa Sepanyol dan Yuna akan menjawabnya sebagai praktis untuk bertutur bahasa berkenaan dengan lebih baik.
Yuna dan suami yang telah lama menjadi anak rantau dan bermastautin Amerika Syarikat itu dilihat mampu bertutur dalam Sepanyol dengan baik dan lancar, meskipun hanya baru sahaja mempelajari bahasa tersebut.
Hijabista sempat meninjau ke ruang komen hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan bangga dengan kebolehan bertutur bahasa Sepanyol yang ditonjolkan oleh penyanyi kesayangan mereka itu.
Berikut merupakan beberapa komen positif yang ditinggalkan netizen pada hantaran Yuna.
“Omg, saya suka Yuna mempelajari bahasa Sepanyol ini, dan mampu bertutur dengan fasih walaupun hanya sebulan dia belajar bahasa ini,” ujar pemilik akaun Instagram @denissehrndz.
Menurut seorang lagi pemilik akaun @heriznaga, katanya, berharap sangat Yuna boleh datang ke Mexico, dan menunggu untuk lagunya dalam bahasa Sepanyol.
“Hello Yuna, fasih dan bagus pertuturan anda dalam bahasa Sepanyol ini. Saya merupakan seorang guru bahasa Sepanyol, sila rujuk saya kalau Yuna ingin terus berlatih bahasa ini. Harap akan ada lagu Yuna dalam bahasa Sepanyol,” ujar pemilik akaun @mispasos pula.
Malah, para peminat Yuna yang begitu teruja turut berharap agar akan ada lagu yang dinyanyikan Yuna dalam bahasa tersebut.
Pada asasnya, kita tidak boleh menentukan dengan khusus atau mengatakan seseorang itu mati syahid kecuali mereka yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah S.A.W atau yang telah disepakati oleh umat atas kesyahidannya.
Hal ini kerana hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui hakikat seseorang itu sama ada syahid atau sebaliknya. Sebelum itu, perlu difahami bahawa syahid itu terbahagi kepada tiga jenis mengikut pandangan jumhur ulama’, iaitu seperti berikut:
Pertama: Syahid Dunia dan Akhirat
Iaitu orang-orang beriman yang ikhlas berjuang di jalan Allah untuk meninggikan syiar agama dan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata serta mati di medan peperangan. Mereka tidak lagi berada dalam keadaan hayahmustaqirrah (masih hidup) sebelum berakhirnya peperangan dengan golongan musyrikin (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414-415).
Dia dianggap syahid akhirat kerana di sisi Allah mereka mendapat pahala syahid dan dianggap sebagai syahid dunia kerana mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disolatkan. Bahkan mereka ditanam secara terus bersama dengan darah dan pakaian mereka. (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/164; Al-Iqna’, 1/414). Hal ini berdasarkan hadis daripada Saidina Jabir R.A bahawasanya Nabi S.A.W bersabda:
Maksudnya: “Nabi SAW pernah menghimpunkan dua lelaki dari mereka yang telah dibunuh di (peperangan) Uhud seraya baginda bertanya kepada mereka siapakah antara mereka yang mempelajari lebih banyak Al-Qur’an? Dan ketika salah seorang dari mereka ditunjuk, baginda mengarahkannya agar diletakkannya di lahad (kubur) terlebih dahulu. Baginda bersabda “saya saksi ke atas mereka.” Maka baginda memerintahkan supaya mereka dikebumikan dengan darah mereka, tidak boleh disolatkan, dan mereka tidak boleh dimandikan”.
Riwayat al-Bukhari (1347)
Kedua: Syahid Dunia
Sesiapa yang meninggal dunia kerana berperang di jalan Allah tetapi dalam masa yang sama melakukan mawani’ al-syahadah (perkara yang menghalang daripada mendapatkan syahid) seperti berjuang di jalan Allah kerana inginkan ghanimah (harta rampasan) semata-mata, atau berjuang untuk dikatakan berani, atau untuk mendapatkan kedudukan di sisi manusia atau seumpamanya (dengan tujuan keduniaan), maka dia dianggap syahid dunia iaitu tidak disolatkan, dikafakankan dan dimandikan. Sementara itu dia tidak dianggap sebagai syahid akhirat iaitu tidak mendapat pahala syahid yang sempurna dan urusannya di akhirat adalah antara dia dengan Allah S.W.T. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Ketiga: Syahid Akhirat
Adapun syahid akhirat ialah selain daripada golongan yang telah disebutkan di atas, iaitu sesiapa yang syahid bukan di medan peperangan akan tetapi disebutkan dalam hadis dengan istilah syahid. Contohnya seperti orang yang meninggal dunia kerana penyakit perut, taun, ditimpa runtuhan bangunan dan lain-lain sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis sebagai syahid. Mereka dikurniakan dengan pahala dan ganjaran sebagai orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang pertama (syahid dunia dan akhirat). Adapun hukumnya di dunia adalah sama seperti kebiasaan orang yang meninggal dunia iaitu wajib dimandikan, dikafankan dan disolatkan. (Rujuk: Syarah al-Nawawi ‘ala Muslim, 2/164; Syarh Mukhtasar al-Kharqi, 72/14).
Maksudnya: “Dan barangsiapa berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan maka akan kami berikan pahala yang besar kepadanya.”
(Surah An-Nisa’: 74)
Daripada Miqdam bin Ma’dikarib, Sabda Rasulullah SAW:
للشهيد عند الله ست خصال: يُغفر له في أول دَفعة ويَرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن من الفزع الأكبرِ، ويوضع على رأسه تاج الوقار؛ الياقوتة منها خير من الدنيا وما فيها، ويزوج اثنتين وسبعين زوجة من الحورِ العِين، ويشفّع في سبعين من أقاربه
Maksudnya: “Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: 1) Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar, 2) melihat tempatnya didalam syurga, 3) dilindungi dari azab kubur, 4) terjamin keamanannya dari malapetaka besar merasakan kemanisan iman, 5) dikahwinkan dengan bidadari, 6) diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”.
Syarat-syarat untuk mendapatkan syahid
Telah dinukilkan daripada Imam al-Subki bahawa untuk mendapatkan ganjaran syahid, seseorang itu hendaklah menepati syarat-syarat berikut iaitu: sabar, ikhlas mengharapkan keredhaan Allah S.W.T semata-mata dan tidak melarikan diri daripada medan perang serta tidak melakukan mawani’ al-syahadah (perkara-perkara yang boleh menghalang daripada mendapatkan ganjaran syahid) seperti mengambil ghanimah (harta rampasan) perang orang lain, ada menanggung hutang manusia serta mencerobohi hak manusia yang lain. Antara contoh lain (yang menghalang daripada mendapatkan syahid) ialah seseorang yang mati dalam keadaan melakukan perbuatan maksiat contohnya orang yang memasuki sesebuah rumah untuk mencurinya lalu dia mati kerana ditimpa runtuhan rumah tersebut atau seorang wanita yang mati ketika melahirkan anak yang dikandung hasil daripada perzinaan. (Rujuk: Fatawa al-Subki fi Furu’ al-Syafie, 3/314-318).
Justeru, seseorang yang meninggal dunia dianggap syahid dan mendapat ganjaran syahid di sisi Allah S.W.T di akhirat kelak sekiranya dia menepati semua syarat-syarat yang disebutkan di atas. Adapun sekiranya dia melakukan salah satu daripada perkara yang dilarang tersebut, maka dia terhalang daripada mendapatkan ganjaran yang sempurna serta kelebihan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada orang yang syahid di akhirat kelak.
10 Golongan yang Mati Syahid
Terdapat hadis-hadis lain menyesebutkan golongan mati syahid, secara ringkasnya, menurusi portal Pejabat Mufti Wilayah simpulkan beberapa golongan yang diberi pahala syahid akhirat berdasarkan banyaknya hadis sahih yang menyebutkan sebab-sebab kesyahidan (tersebut) serta ia merupakan ciri-ciri yang masyhur dalam kalangan para ulama’, antaranya seperti berikut:
Orang yang mati kerana penyakit berjangkit.
Orang yang mati kerana penyakit perut.
Orang yang mati lemas.
Orang yang mati dihempap bangunan.
Orang yang mati kerana kebakaran.
Orang yang mati kerana dizalimi.
Orang yang mati kerana berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim.
Orang yang mati dalam keadaan menuntut ilmu.
Wanita yang mati ketika bersalin.
Orang yang mati kerana mempertahankan agamanya, nyawanya, hartanya dan keluarganya. (Rujuk:Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 13/62-63; Fath al-Bari, 6/51-52)
Sesungguhnya kita semua mengimpikan mati yang dicemburi umat lain, berdoalah agar diberikan kematian husnul khotimah dan syahid ke jalan yang diredhaiNya. Semuanya atas keredhaan dan ketentuan Allah s.w.t. Disamping itu masih belum terlambat untuk kita didik diri menjadi ummah yang berkualiti.
SUMBER: Mufti Wilayah Perseketuan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Masih ingatkah pada bayi comel yang lahir hasil percintaan dua benua ini. Ibunya berasal dari Terengganu dan ayahnya pula berbangsa Russia. Sebelum itu. bukan senang bagi Siti Safuraa Hamzah untuk menerima jodoh, sebaliknya mendirikan solat istikharah untuk memastikan Asadullah Stumbrys (suaminya kini) memang calon terbaik. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel, Dhuha Sopphia Stumbrys. Kisahnya pernah viral gara-gara percintaan menarik ibu dan ayahnya. Juga wajahnya yang comel hingga mendapat perhatian seluruh dunia.
Kini, Dhuha Sophiea sudah berusia satu tahun. Baru-baru ini sempat menyambut hari jadinya yang pertama di samping keluarga di Vilkaviskis, Lithuania. Menceritakan perkembangannya menurut ibunya, Safuraa, Dhuha Sophia kini sudah berusia setahun dan mula untuk belajar bertatih dan memanjat.
Sebagai seorang suri rumah yang memang melihat perkembangan Sophea dari hari pertama, mengakui seronok melihat perkembangan dan keletah anak tunggalnya itu. Mungkin ini kerana pengalaman pertama bergelar ibu dan segala ragamnya cukup menghiburkan.
Sememangnya wajah comel Dhuha Sophea menjadi perhatian ramai. Penerimaan masyarakat cukup baik yang mengenali dia melalui laman sosial. Malah jika yang datang dari luar Malaysia juga cukup teruja apabila dapat bertemu dengan Sophea. Setakat ini ke mana sahaja pasangan ini pergi pasti ada yang akan minta izin untuk bergambar dengan Sophea.
Walaupun masih kecil, tetapi Safuraa cuba memberi didikan terbaik untuk anaknya ini. Setakat ini dia dan suami mengajar Sophea dalam pelbagai bahasa.
“Kami cuba bercakap beberapa bahasa padanya dan lihat adakah dia faham apa yang kami cakapkan. Buat masa sekarang, penggunaan bahasa komunikasi adalah Inggeris, Melayu dan Lithuanian. Cuma bahasa Russia yang dia tak begitu faham lagi. Mungkin ambil masa sedikit.
“Selain itu saya juga tidak lupa menerapkan ilmu agama kepada Sopeha. Saya ajar Sophea mengaji dan membaca dengan pendekatan sedikit berbeza. Saya akan bagi Sophea lihat vido untuk dia lebih mengenali huruf dalam Iqra’.
“Pernah saya bagi kitab Iqra’ tetapi dia koyak. Saya juga juga akan bacakan dia buku setiap hari dan monitor perkembangannya,” jelas Safuraaa lagi. Menurut wanita kelahiran Terengganu ini, dia dan suami tidak menolak jika dikurniakan anak lagi dalam masa terdekat.
“Kami tak merancang untuk mendapat anak lagi dan serahkan semuanya pada Allah. Kalau ada rezeki kami terima. Lagipun tiada masalah kerana saya sendiri tidak bekerja dan sekarang ini hanya tumpukan perhatian pada Sophea.
“Alhamdulillah walaupun suami, Asad sibuk bekerja tetapi dia cukup rapat dengan Sophea. Walaupun sekarang kami tinggal berjauhan (kerana urusan kerja), tetapi Asad sering telefon atau membuat video call dan facetime dengan Sopeha.
“Biasanya jika Asad berada di samping Sophea, mereka akan bercakap-cakap dalam bahasa yang mereka fahami. Asad lebih senang membiarkan anaknya meneroka apa yang dia nak buat tetapi masih dalam kawalannya.
“Jika nampak sesuatu yang membahayakan baru akan tegaskan perkara itu tidak elok untuk dilakukan. Apa yang saya perasan, Sophea cepat sensitif dengan ayahnya dan buat muka sedih jika kena marah,”ceritanya lagi yang memberitahu mungkin akan pulang ke Malaysia untuk seketika.
Oleh kerana Sopeha masih kecil, dia tidak nampak ada keistimewaan dan keunikan lain dalam diri anaknya ini. Apa yang penting anaknya itu sihat dan dia dalam jagaan Allah SWT. Ia sudah memadai baginya.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...