Pengguna aplikasi pengangkutan seperti Grab pasti akan dengar pelbagai kes gangguan seksual serta jenayah yang mengancam pengguna aplikasi ini. Bahkan, ada juga yang kurang selesa meski pun sudah terdesak untuk menggunakan Grab.

Kini tiada lagi kerisauan lagi buat anda yang ingin menggunakan perkhidmmatan Grab tidak kira jantina dan waktu. Grab kini akan menjaga keselamatan anda dengan lebih ‘ketat’ melalui ciri bahuru aplikasi ini.

Rakam suara semasa perjalanan sebagai pelindung

Ciri Terbaharu Merakam Suara Semasa Perjalanan, Grab Melindungi Pengguna Dengan AudioProtect

Sumber gambar dari Grab

Penggunaan perkhidmatan e-hailing sangat penting dalam kehidupan seharian meski pun buat mereka yang mempunyai kenderaan sendiri. Adakala, mereka yang memiliki kenderaan sendiri memerlukan perkhidmatan e-hailing ini jika berlaku apa-apa kejadian seperti kereta rosak di tengah jalan.

Sebagai pengguna perkhidmatan e-hailing, kita sering mendengar keluhan dan kes yang berkait dengan perkhidmatan ini seperti gangguan seksual dan penipuan tambang. Banyak lagi kisah yang terjadi sehingga membuatkan ramai orang jadi takut dan risau untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Artikel berkaitan: Ciri Telegram Terbaik Yang Ramai Tak Tahu, Salah Satunya Kawal Privasi Dan Keselamatan. Jom Manfaatkan!

Ads

Grab merupakan salah satu e-hailing yang terkenal di Malaysia telah mencipta satu ciri baharu melalui aplikasi mereka untuk melindungi pengguna. Kini, Grab sedang menguji ciri baharu yang dinamakan AudioProtect.

Menerusi ciri terbaharu ini, aplikasi Grab mengaktifkan sokongan mikrofon pada telefon pintar anda di mana ia berfungsi untuk merakam audio semasa perjalanan yang anda sedang naiki. Tambahan lagi, Grab ingin menjadikan perjalanan anda dengan lebih selamat jika ada terdapat bukti suara yang kukuh dengan mewujudkan ciri ini.

Akan tersedia pada bulan Oktober

Sumber gambar dari Grab

Ciri AudioProtect ini secara rasminya akan di lancar pada bulan hadapan iaitu Oktober. BUat ketika ini, Grab masih lagi menguji ciri terbaharu ini dalam bentuk beta pada segelinir pengguna hanya di Johor Bahru dan Pulau Pinang. Grab  juga menyatakan bahawa rakaman yang di buat oleh ciri AudioProtect ini akan di padamkan selepas 10 hari jika tiada sebarang insiden di laporkan.

Ads

Anda jangan risau jika rakaman ini tersebar meluas kerana ianya di lakukan secara senyap dan sulit. Ianya tidak boleh sewenang-wenang untuk di akses dan dengari balik oleh mana-mana pihak selepas perjalanan kecuali suatu insiden berlaku dan di laporkan. Maka, ia boleh di akses sebagai bahan bukti untuk membantu tujuan penyiasatan.

Ciri Terbaharu Merakam Suara Semasa Perjalanan, Grab Melindungi Pengguna Dengan AudioProtect

Sumber gambar dari Grab

Ads

Artikel berkaitan: Doa Mohon Keselamatan, Baca Awal Siang Hari & Awal Malam Hari

Buat masa sekarang, ciri ini boleh di aktifkan melalui Grab FAQyang di mana akan aktif jika kedua-dua pemandu dan juga pengguna khidmat e-hailing ini mengaktifkan ciri tersebut. Ciri ini akan aktif secara automatik setiap kali anda menaiki Grab.

Pengguna Grab yang berada di Johor Bahru dan Pulau Pinang, kini anda boleh menyemak di Grab FAQ untuk akses dan aktifkan ciri ini melalui aplikasi di peranti telefon pintar anda. Tetapi, jangan khuatir dan jealous kepada pengguna Grab yang berada di kawasan lain kerana ciri ini akan secara rasminya di lancarkan pada bulan Oktober kelak.

Sumber info dan gambar: Canva dan Grab

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI