Cipta kelainan di majlis perkahwinan, sepasang pengantin baharu di Kampung Tebing Tinggi, Kubang Krian, Kelantan mengedarkan lebih 2000 topeng muka buat tetamu yang hadir pada majlis mereka.
Farkhan Mohamad yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan, Bera, Pahang bersama isteri, Nur Tasnim yang merupakan jururawat di Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapat idea untuk mengedarkan topeng muka kepada tetamu sebagai usaha bagi mengelakkan penyebaran virus tersebut.
Ujar Nur Tasnim, dia mahu majlisnya itu memberi makna buat semua di samping mahukan tetamu mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap virus yang menyerang negara ini.
Ads
“Saya dan suami memang merancang mengedarkan topeng muka bukan sahaja memberi satu kelainan pada majlis kami, malah pada masa yang sama memberikan info berguna mengenai kepentingan untuk berhati-hati dengan sebarang virus berbahaya.
“Tambahan pula, kegunaan topeng muka ini bukan hanya mengelak daripada dijangkiti COVID-19, malah berguna untuk penyakit berjangkit yang lain,” katanya kepada Berita Harian.
Ads
Selain itu, dia juga faham dengan permintaan topeng muka yang tinggi yang membuatkan mereka mengambil keputusan untuk mengedarkannya secara percuma.
“Jika di farmasi mahupun jualan dalam talian, kebanyakan topeng mudah kehabisan stok jadi apa salahnya di majlis kami ini, ia diedarkan percuma supaya dapat menggembirakan tetamu yang datang.
Ads
“Kami sendiri bekerja dalam bidang kesihatan jadi ia membuatkan kami lebih berhati-hati dan bersemangat untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berjaga-jaga terutama dengan COVID-19,” katanya.
Penyanyi yang baru meningkat naik iaitu Nuha Bahrin yang terkenal dengan lagunya Casablanca tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui video nyanyiannya dalam sebuah pertandingan realiti sebelum ini kembali tular.
Umum mengetahui bahawa lagu duet penyanyi ini, Nuha Bahrin bersama Naufal Azrin berjudul Casablanca telah mendapat sambutan baik daripada netizen. Namun, disebalik kejayaan lagu duet tersebut, timbul pula satu isu yang tidak menarik baru-baru ini selepas video nyanyian lamanya ketika menyertai pertandingan nyanyian iaitu Vokal Mania, kira-kira dua tahun yang lalu dijadikan bahan jenaka netizen.
Terdahulu, pada Oktober 2020 Nuha dikritik dan dilabel sebagai ‘perosak lagu’ kerana menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir milik Datuk Jamal Abdillah dengan cara tersendiri.
Jelasnya, dia tidak mahu peduli dengan kata-kata sindiran tersebut dan langsung tak terasa hati malahan dia sentiasa berdoa diberi kekuatan untuk menempuh cabaran dalam industri hiburan.
“Saya juga cuba melihat daripada sudut positif di mana kecaman dan kritikan itu juga sebagai salah satu peringatan supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
“Tak mengapa, terima kasih kerana mengingatkan saya. Alhamdulilah saya rasa nyanyian saya semakin bertambah baik. Mungkin tidak ‘sesedap’ yang orang sangkakan, mungkin juga tidak mencukupi bagi sesetengah orang, tak apa sebab masih banyak lagi yang saya harus saya pelajari,” ujarnya menerusi temubual bersama Gempak.
Namun dia juga mengakui bahawa emosinya sedikit terganggu apabila ibunya terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan.
“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut.
Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain,” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab.
Ketika mengulas mengenai perkara itu, Nuha tiba-tiba mengalirkan air mata dan mengakui hal tersebut sedikit sebanyak membuatkannya beremosi kerana memberikan impak terhadap keluarganya.
“Siapa yang menularkan semula video tersebut, saya tak ada benda yang ingin dikatakan… Saya harap diberi kekuatan untuk maafkan anda.
“Bagi saya jika anda ingin memburukkan saya, saya tidak kisah. Tapi apabila ia sudah melibatkan keluarga, itu sangat melukakan hati saya.
“Siapa yang tidak terluka apabila melihat ahli keluarga terutama ibu mereka dikecam. Sepatutnya saya seorang sahaja yang rasa sakit. Tapi tanpa sedar semua itu beri impak kepada orang sekeliling. Hati saya sedih sangat melihat ibu saya menangis.
“Saya merayu padanya supaya tidak membaca semua komen negatif tersebut. Tak adil bagi mereka untuk turut terluka sebab bukan salah mereka pun.
“Kepada yang memberikan sokongan hingga ke hari ini, saya berterima kasih sangat-sangat” ujarnya lagi.
Masyaallah… Buat netizen yang asyik meninggalkan komen negatif itu, boleh lah berhenti. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh dilakukan. Tapi apakan daya, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Buat Nuha, teruskan berkarya dan jangan berputus asa di dalam industri ini.
Sekarang ini memang tengah viral mengenai minuman kopi Dalgona. Ia dikatakan sangat popular di Korea dan rupa-rupanya kita sendiri boleh melakukannya di rumah.
Dengan masa terluang di rumah sekarang ini, anda semua boleh menjadi barista sehebat kedai kopi hipster apabila mencuba resepi kopi Dalgona ini. Murah pun murah, hanya perlu beberapa bahan sahaja untuk menghasilkannya!
Terliurnya tengok video ini…
Korang please please try buat ni ! Yang coffee lover tu, Y’all gonna like this ! Aaaa sedap gilaaa. Rasa macam di awan awangan gituu. Sis dah try 😂 senang gila resepi ni k !
Resepi popia bersalut coklat viral! Pernahkah anda mencubanya? Jika belum, inilah masa untuk melakukannya kerana mudah sahaja untuk melakukannya di rumah. Ikuti panduan resepi yang disediakan ini.
Bahan-bahannya :
1 bungkus kulit popia
Coklat coin (guna beryls milk + dark choc juga boleh)
Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu)
Manik hiasan
Cawan biskut
Cara-caranya:
– Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ini bagi memudahkan proses menggulung. Dah siap tarik dari lidi sate.
– Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yg diingini.
– Setelah selesai, potong kulit popia memanjang. 1 gulungan potong jadi 8. Ikut selera.
– Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15min.
– Goreng hingga keemasan.
– Panaskan coklat coin double boil. Saya guna separuh milk choc dan separuh dark choc.
– Dah cair, masukkan kulit popia yg telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati.
– Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!