Bertemakan Glam Rock Solidariti Palestin, Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota Edisi Utara yang berlangsung di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang telah berjaya mencapai objektif konsert bagi mengumpul dana bagi membantu mengurangkan bebanan rakyat Palestin!
HIJABISTA difahamkan, dana melebihi RM30,000 itu akan disalurkan kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia khusus buat saudara se-Islam di Palestin yang kini sedang bergolak dan bertarung nyawa menentang kekejaman rejim Zionis demi mempertahankan masjidil Aqsa yang merupakan Qiblat pertama umat Islam itu.
Ella Panjat Rasa Syukur ‘Konsert Solidariti’ Dapat Sambutan Hangat Dari Peminat!
Mengulas lanjut berhubung usaha ini, Ratu Rock negara Ella atau pemilik nama Nor Zila Aminuddin memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada ilahi, kerana dapat mengadakan konsert amal solidariti ini sebagai usaha menghulurkan bantuan terhadap Palestin.
Jelasnya lagi, sebagai penyanyi ni adalah caranya tersendiri untuk turut sama mengimarahkan isu umat Islam yang ditindas di sana.
Ella berkata, dalam berhibur, para peminat turut dapat menyumbang sesuatu kepada warga Palestin sebagai tanda kita juga mengambil berat terhadap mereka.
“Konsert Jilid Akhir Puteri Kota diteruskan juga meski waktu saudara Palestin sedang berdepan situasi genting kerana, pada pandangan Ella, sebab dari Konsert ini kita dapat mengambil peluang untuk bersama-sama membantu Palestin.
Ads
“Kalau tidak apa cara lagi yang kita boleh? Jadi dari perspektif Ella sebagai penyanyi. Konsert ni memberi peluang kepada mereka yang hadir untuk memberi kesedaran untuk membantu saudara Islam di Palestin.
“Jadi ini masanya, bila lagi kita nak bersama dalam 14,000 hingga 15,000 orang tu, ini masanya! Dan melalui konsert ini juga, kita telah berjaya mengutip sumbangan lebih daripada RM 30,000 sewaktu Konsert berlangsung,” kata Ella ketika ditemui team HIJABISTA.
Ads
Melalui konsert berdurasi tiga jam itu, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Rock ini mendedikasikan segmen khas untuk konflik yang mendapat perhatian dunia itu.
Selain menzahirkan kesedihan atas apa yang berlaku dan mengibarkan bendera Palestin sebagai pembuka tirai persembahan.
Penyanyi bersuara serak basah itu turut mendendangkan dua lagu berjudul Kasih dan Penawar, sambil visual mengenai kemusnahan berlaku di Tebing Gaza ditayangkan di layar gergasi disediakan.
Sebagai pelengkap, bacaan doa memohon agar rakyat Palestin terus dilindungi, diikuti laungan takbir disempurnakan suami Ella iaitu Azhar Ghazali.
Usai Konsert Ella ‘Turun Padang’ Santuni Warga Emas Pulau Pinang
Ads
Sekadar info, usai melaksanakan konsert, keesokan harinya Ella turut melakukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Rumah warga emas Darul Hannan di Pulau Pinang untuk menyantuni dan menghiburkan komuniti orang tua disana.
Rock Queen turut memberi sumbangan berbentuk hiasan landscape bagi menceriakan lagi suasana Rumah Warga Emas Darul Hannan dan menaja makanan minum petang serta makan malam sebanyak 150 pax bagi penghuni dan staf penyeliaan rumah berkenaan.
Menurut Pengerusi Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang, Dr. Linda Mat Hassin dan Ella, Kompleks Darul Hannan dipilih untuk menjayakan CSR ini kerana populasi warga emas paling ramai ditempatkan di Komples berkenaan.
Untuk rekod, Dr. Linda dan Ella sememangnya anak kelahiran Pulau Pinang. Meski tidak memperoleh peluang dan kesempatan untuk membesar di Pulau Pinang. Mereka kini tetap kembali ke negeri tanah tumpah darah mereka itu dan menabur bakti selayaknya.
Tular baru-baru ini kemunculan buat kali pertamanya Sultanah Kelantan, DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah apabila menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang telah di adakan di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.
Unit Media Pejabat Sultan Kelantan telah menaikkan beberapa foto yang memaparkan lagi wajah Sultanah Kelantan selepas di kurniakan gelaran tersebut melalui laman Facebook rasmi. Ramai yang memberikan reaksi yang positif apabila melihat wajah Sultanah Kelantan lagi melalui posting tersebut.
Cantiknya Sultanah Kelantan
Perkongsian foto yang memaparkan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) pada 13 September 2022, hari Selasa. Menerusi posting dari Unit Media Pejabat Sultan Kelantan menunjukkan rombongan itu di ketuai oleh YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz, Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan, juga di hadiri bersama beberapa ahli pertubuhan yang lain.
“Rombongan di ketuai oleh YM Tengku Ramizan binti Tengku Abdul Aziz (Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan) dan beberapa ahli pertubuhan yang lain,
“Turut sama hadir menyambut DYMM Sultanah Kelantan ialah YM Dato’ Sri Raja Rezza Shah (Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan), YM Dato’ Dr. Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal (Tengku Kaya Perkasa) dan Pegawai-Pegawai Istana Kelantan.” demikian perkongsian oleh Unit Media Pejabat Sultan Kelantan di Facebook rasmi.
Walaupun begitu, foto yang di kongsikan oleh Unit Media Pejabat Sultan Kelantan itu memaparkan DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah memakai topeng pelitup muka, namun, kejelitaan baginda masih lagi terselah. Di fahamkan juga bahawa ini adalah kali pertama wajah baginda Sultanah Kelantan di paparkan selepas di isytiharkan secara rasmi pada 2 Ogos lalu oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Ramai yang memberikan reaksi yang positif apabila melihat gambar perkongsian di Facebook itu. Bahkan, komen-komen yang di berikan juga sangat menggalakkan dan serta rata-rata juga mendoakan atas kesejahteraan Sultanah Kelantan.
“Semoga di permudahkan urusan Tuanku dengan penuh pekerti, tinggi budi mendampingi DYMM Tuanku Sultan Muhammad V, semoga di limpahi rahmat memayungi rakyat Kelantan.
“Alhamdulillah…Semoga di kurniakan taufiq dan hidayah dariNya.
“Allahuakbar! Cantik Tuanku Permaisuri Sultanah Kelate.” antara komen yang di berikan oleh warganet menunjukkan reaksi yang menggalakkan.
Pada ogos lalu, Sultan Kelantan telah mengisytiharkan, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah, sebagai isteri baginda. Perlantikan itu secara rasminya membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
Pengistiharan tersebut secara rasminya di umumkan oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Istana Balai Besar. Datuk Ahmad telah membacakan teks pengisyitharan menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Alahai…comelnya lihat bayi yang khusyuk melihat sesuatu, kita pula yang fokus dengan keadaan itu. Memang tidak boleh terlepas pandang jika lihat sesuatu yang comel dan manis apatah lagi mengenai telatah bayi kecil.
Perkongsian Neelofa pada Instagram Story meraih banyak perhatian melihat telatah Bilal yang asyik menonton animasi Islamik. Ramai yang memuji kelakuannya yang baik dan tidak meragam dalam video durasi pendek itu.
Fokusnya awak tengok surah-surah itu…
Baru-baru ini, usahawan serta selebriti terkenal, Neelofa, memuat naik Instagram story menunjukkan bertapa khusyuknya anak lelakinya, Muhammad Bilal, menonton sebuah video animasi islamik khas untuk kanak-kanak. Dia kelihatan sangat tekun melihat pada skrin tanpa menoleh kemana-mana arah.
Selepas pelakon itu mendedahkan wajah anak sulungnya itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangannya. Siapa sahaja yang tidak mahu melihat kecomelan bilal itu, sudah pasti ramai yang tidak mahu terlepas.
Meski pun, perkongsian Neelofa itu telah pun tamat di laman media sosial miliknya, namun, ia di muat naik semula melalui Instagram peminatnya di @lofa.page yang memaparkan semula video itu. Alangkah khusyuknya Bilal melihat animasi Islamik, Riko the series, yang memaparkan himpunan surah dari al-Quran.
“He loves riko so much! Boleh tengok macam ini berpuluh surah.” tulis Neelofa dalam video InstaStory itu.
Kini kita ketahui bahawa Bilal yang berusia 10 bulan itu boleh menonton siri animasi Islamik dengan jangka yang panjang! Bahkan ia sangat bagus kerana mempunyai kandungan intipati yang mengajar ayat-ayat al-Quran.
Bilal ini anak yang bijak, MasyaAllah…
Ramai yang terpegun dan tidak putus-putus memuji kecomelan serta telatah Bilal yang sangat baik. Ada juga yang sangat geram dengan kecomelannya dan mendoakan yang baik buat bayi itu.
“Bilal budak bijak, semoga membesar dengan sihat ya…love you bilal,
“Bagus fokus anak soleh ini, MasyaAllah,
“Tak berkelip matanya tengok video itu…” itulah antara komen-komen yang diberikan oleh pengikutnya melalui instagram fan page itu.
Hari ini sudah memasuki hari ke-16 umat Islam seluruh dunia berpuasa. Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan bagi orang-orang yang beriman. Ia merupakan bulan yang mulia dan mempunyai banyak fadilat dan keistimewaannya.
Ketika berpuasa, ada perkara-perkara yang perlu dibataskan agar tidak membatalkan puasa anda. Mungkin anda rasa ia perkara biasa tetapi ia sebenarnya satu kesilapan yang sering terjadi apabila tiba bulan Ramadan. Perkara ini turut dikongsikan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerusi akaun Facebooknya. Nak tahu apa? Jom kita baca sama-sama.
Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam)
Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.
Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.
Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.
Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.
Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana terawih.
Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.
Berbuka dengan merokok atau selain makan minum.
Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Memasuki Ramadan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.
Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.
Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah.
Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur sehingga apabila terlambat bangun atau makan pada waktu itu dianggap telah batal puasa atau tidak boleh berpuasa.
Hadir berjemaah solat terawih tetapi tidak berjemaah solat 5 waktu
Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak Subuh berjemaah.
Terlalu sibuk dengan persiapan raya terutama pada 10 hari terakhir dan mengabaikan peluang menggandakan ibadah khusus.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...