Cincin, Subang Dan Rantai Cepat Berkarat Dan Tidak Berkilat, Ini 6 Cara Mudah Untuk Menjaga Barangan Aksesori Anda Di Rumah!

Share

Wanita dan aksesori tidak dapat dipisahkan. Sama juga seperti padanan solekan yang sempurna, pilihan aksesori yang betul boleh menjadikan keseluruhan gaya anda lebih menyerlah dan ‘on-point’. Terdapat pelbagai jenis dan rekaan aksesori yang dijual di pasaran dari pelbagai jenama dan harga. Daripada anting-anting hinggalah kepada gelang kaki, semuanya dijual demi memenuhi kehendak pelanggan wanita yang mengidamkan kecantikan dalam penggayaan.

Namun, berapa ramaikah yang benar-benar tahu cara untuk menjaga barangan kemas atau aksesori anda? Ramai yang memilih untuk menukar kepada yang baru apabila aksesori sudah mula berkarat dan tidak lagi bersinar. Sebenarnya, mudah sahaja untuk anda menjaga barangan kemas mahupun aksesori anda untuk sentiasa tampak berkilat dan cantik. Hanya lakukan beberapa langkah di bawah ini, pastinya aksesori anda tampak seperti baru sahaja dibeli.

Sumber gambar: asfotosdodayvisu

1. Jauhkan daripada bahan kimia mahupun asid.

Sumber gambar: Kaboompics

Tahukah anda, sebenarnya bahan peluntur dan klorin boleh merosakkan barangan kemas dan aksesori? Ia boleh menghilangkan kilauan dan merosakkan permukaan produk. 

Sekiranya mahu berenang di kolam renang yang penuh dengan kandungan klorin, pastikan anda membuka dahuku barangan kemas dan aksesori anda. Bukan itu sahaja malah, anda juga turut digalakkan membuka barangan emas kerana sewaktu mengemas rumah kerana ia terdedah dengan bahan kimia untuk mencuci pakaian, lantai atau perabot rumah boleh merosakkan emas. Untuk langkah yang baik, pakailah sarung tangan ketika kerja membersih untuk melindungi barangan emas seperti cincin dan gelang.

2. Jangan biarkan semburan minyak wangi terkena aksesori anda!

Sumber gambar: Cottonbro

Pasti ramai yang tidak tahu berkaitan hal ini! Sebenarnya minyak wangi pun boleh merosakkan struktur barangan kemas ataupun aksesori anda tahu! Ia boleh memudarkan warna kerana sifatnya yang beralkohol. Trik yang terbaik, usah sembur minyak wangi sewaktu anda memakai barangan akesesori anda. Pakai selepas beberapa minit anda menyemburkan minyak wangi anda. Selain daripada itu, cuba tumpukan semburan ke bahagian kulit dan elakkan ia mengalir dan terkena barangan emas sama ada pada leher, lengan atau telinga.

3. Rajin cuci barangan kemas secara konsisten.

Sumber gambar: Sunsetoned

Sama juga seperti pakaian, barangan kemas atau aksesori juga harus selalu dicuci untuk memastikan kotoran termasuk sel kulit mati tidak melekat padanya. Jika anda tidak mahu mencucinya sendiri di rumah, hantarkan barangan anda ke kedai. Selalunya, jenama-jenama seperti Pandora menyediakan perkhidmatan untuk mencuci barangan kemas ataupun aksesori yang dibeli dari butik mereka.

Sekiranya mahu ia kelihatan berkilauan seperti baru, anda juga boleh melakukan proses mengelap pada aksesori anda.

4. Jangan bawa jika ingin mandi.

Sumber gambar: leahkelleyphotography

Ini berlaku apabila ramai yang malas untuk menanggalkan barangan kemas ataupun aksesori anda!Sebenarnya, apabila anda memakai barangan kemas ketika mandi, ia akan menyebabkan warna produk menjadi pudar kerana produk mandian seperti sabun badan, pencuci muka, syampu ataupun pelembap rambut mungkin mengandungi bahan kimia.

Jadi, lebih baik anda menanggalkan barangan perhiasan itu dan hanya dipakai semula selepas semburan minyak wangi. Mudah kan?

5. Menyediakan kotak simpanan yang sesuai

Sumber gambar: Greensea420

Khas untuk anda yang terkenal dengan sifat pelupa, lebih baik jika anda sediakan sebuah kotak yang membolehkan anda meletakkan kesemua barangan perhiasan anda. Bukan sahaja ia bagus untuk tidak hilang ataupun tercicir, tetapi ia juga dapat memastikan kualiti produk terjaga dan rapi. Sekurang-kurangnya ia tidak terdedah kepada persekitaran yang melunturkan kilauannya.

Kotak barangan kemas yang sempurna mempunyai bahagian dalaman yang dibalut dengan kain untuk mengelak barangan emas daripada tercalar.

Anda juga perlu memastikan ketika disimpan, barangan perhiasan tidak terbelit atau berada terlalu hampir sehingga boleh bergeser antara satu sama lain.

6. Konsisten memeriksa kondisi barangan perhiasan anda!

Sumber gambar: PhotoMIX

Keadaan barangan kemas perlu sentiasa diperiksa terutama pada bahagian cangkuknya yang boleh rosak jika emas dibuka dan dipakai berulang kali.

Sekiranya cangkuk sudah lemah, barangan kemas boleh tercicir tanpa disedari terutama apabila sibuk melakukan urusan.

Cara Untuk Mengekalkan Kilauan Emas 

Sumber gambar: Say

1)Elakkan emas anda daripada terkena sabun(semasa membasuh pinggan mangkuk)dan klorin(terutamanya di kolam renang)kerana ia lama kelamaan akan memudarkan emas anda.

2)Jangan disimpan atau diletakkan bersama atau berdekatan dengan alat mekap seperti minyak wangi,gincu dan lain-lain.Kerana tindakbalas kimia(alat mekap) akan berlaku dengan barang emas,akan menyebabkan berlakunya tompokan kehitaman dan lain-lain.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Published by
Putra