Sewaktu itu, pelajar tersebut yang kini sudah bergelar isterinya mengikuti kelas tuisyen yang diajarnya ketika berada di tingkatan empat dan lima.
Lebih kurang empat tahun selepas itu barulah mereka dapat berkenalan dengan lebih rapat apabila cinta hatinya, Syazwani Mohd Hairizan,20, mengikuti (follow) guru tersebut di Instagram pada awal tahun ini.
Pada mulanya tidak cam wajah isteri.
Pada awalnya dia tidak mengenali Intan kerana wajahnya nampak berbeza berbanding sebelum ini.
“Masa mengajar tuisyen tu tiada rasa apa-apa sebab saya sudah berumah tangga, tapi jodoh tidak panjang.
“Dia ada ‘add’ saya masa awal tahun ini di Instagram. Tapi saya tidak kenal kerana pelajar saya ramai dan muka dia pun dah lain,” katanya yang sudah sembilan tahun mengajar di SMK Sultan Badlishah.
Tambahnya, hubungan mereka semakin erat selepas Intan Syazwani memberanikan diri membalas mesej pada Instastory guru fizik tersebut mengenai azam tahun barunya.
Jelas Muhammad Shamsul, gadis itu membalas, “Cikgu, ‘handsome'” pada Instastory berkenaan dan bermula dari detik itulah segalanya terjadi.
Umur bukan halangan.
Selain itu, guru ini tidak melihat jarak umur 12 tahun antara mereka menjadi penghalang kerana sikap dan perwatakan Intan yang matang dan pandai berdikari.
“Saya tengok dia sangat penyayang dan pandai ambil hati anak perempuan saya yang berusia enam tahun. Tidak nampak macam dibuat-buat.
“Sebelum tu ada juga pelajar yang cuba-cuba, tapi bila dengan anak mereka macam kurang layan sedikit,” ujarnya.