Baru-baru ini, telah tular mengenai kisah seorang anak murid lelaki yang berkahwin dengan cikgunya. Kini, tular lagi sebuah kisah mengenai seorang guru lelaki pula yang berkahwin dengan pelajarnya.
Berkongsi kisahnya di twitter menerusi akaun @shamsulbahari 86, dia telah memuat naik gambar perkahwinannnya bersama isteri tersayang baru-baru ini.
Mereka telah selamat diijab kabulkan pada 18 Ogos lalu di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim.
Cikgu Fizikku, Suamiku…
Bercerita kepada Mstar, Muhammad Shamsul Bahari,32, menjelaskan perkenalan mereka bermula ketika dia mengajar subjek Fizik di sebuah pusat tuisyen swasta di Kulim, Kedah.
Sewaktu itu, pelajar tersebut yang kini sudah bergelar isterinya mengikuti kelas tuisyen yang diajarnya ketika berada di tingkatan empat dan lima.
Lebih kurang empat tahun selepas itu barulah mereka dapat berkenalan dengan lebih rapat apabila cinta hatinya, Syazwani Mohd Hairizan,20, mengikuti (follow) guru tersebut di Instagram pada awal tahun ini.
Pada mulanya tidak cam wajah isteri.
Pada awalnya dia tidak mengenali Intan kerana wajahnya nampak berbeza berbanding sebelum ini.
“Masa mengajar tuisyen tu tiada rasa apa-apa sebab saya sudah berumah tangga, tapi jodoh tidak panjang.
“Dia ada ‘add’ saya masa awal tahun ini di Instagram. Tapi saya tidak kenal kerana pelajar saya ramai dan muka dia pun dah lain,” katanya yang sudah sembilan tahun mengajar di SMK Sultan Badlishah.
Tambahnya, hubungan mereka semakin erat selepas Intan Syazwani memberanikan diri membalas mesej pada Instastory guru fizik tersebut mengenai azam tahun barunya.
Jelas Muhammad Shamsul, gadis itu membalas, “Cikgu, ‘handsome'” pada Instastory berkenaan dan bermula dari detik itulah segalanya terjadi.
Umur bukan halangan.
Selain itu, guru ini tidak melihat jarak umur 12 tahun antara mereka menjadi penghalang kerana sikap dan perwatakan Intan yang matang dan pandai berdikari.
“Saya tengok dia sangat penyayang dan pandai ambil hati anak perempuan saya yang berusia enam tahun. Tidak nampak macam dibuat-buat.
“Sebelum tu ada juga pelajar yang cuba-cuba, tapi bila dengan anak mereka macam kurang layan sedikit,” ujarnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Complain Boring Tapi Mereka?’- Jasmin Hamid Seru Semua Bantu Petugas Dengan Duduk Di Rumah
Pelakon terkenal, Jasmin Hamid meluahkan rasa sebaknya apabila melihat petugas-petugas di bahagian hadapan yang berusaha dengan kuat bagi mencegah wabak covid-19 ini.
Selain itu, beliau juga berharap rakyat Malaysia dapat sama-sama membantu mereka dengan mengikut perintah kerajaan supaya duduk di rumah agar dapat mengelakkan penularan virus ini daripada menjadi lebih besar.
Bukalah mata seluas-luasnya…
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Allahuakhbar… Besarnya pengorbanan mereka yang berusaha keras menolong kita semua perangi wabak COVIC_19 sehingga tak cukup tidur dan rehat , sedangkan ada SEGELINTIR dari kita yang komplen BORING kat rumah..makan tidur, makan tidur.. Tapi MEREKA?
BUKALAH MATA KITA LUAS -LUAS dengan pengorbanan yang mereka lakukan demi NEGARA TERCINTA.. .
.
Marilah kita sama-sama perangi wabak ini dengan ikut perintah KERAJAAN supaya STAY HOME agar wira-wira kita semua juga boleh tarik nafas LEGA dan punya masa untuk berehat 😥
.
.
Jangan keluar rumah jika tak perlu.. Ikut nasihat KKM untuk menjaga kesihatan kita. JANGAN DEGIL!!! Jangan pentingkan diri sendiri, jangan pandang remeh tentang wabak yang BAHAYA ini.. Setiap hari kita terima khabar yang mendukacitakan 😩😩😩 .
Jangan sampai orang yang tersayang dan orang-orang keliling menjadi mangsa sebab sikap NEGATIVE kita ..🙏🙏🙏
.
.
Atau kita nak WABAK ni berlarutan dan makin ramai yang akan tinggalkan kita dan kita akan hilang punca pendapatan dan kehidupan?
Sempat tak kita sambut RAMADAN yang bakal tiba? 😭😭😭😭
.
.
Semoga mereka yang di landa musibbah, di berikan kekuatan untuk berjuang SEBELUM AJAL TIBA ..
Pada kita yang masih di pelihara kesihatan, TOLONG JAGA KESIHATAN!!! TAKZIAH pada mereka yang pulang menemui penciptaNYA.. Semoga mereka di berikan HUSNUL KHATIMAH dan di tempatkan di syurgaNYA tanpa HISAB.
Jangan putus berdoa supaya ALLAH hilangkan WABAK ini supaya kita dapat menyambut Ramadhan yang bakal tiba dengan sempurna 😥
.
.
ALLAH MAHA BESAR.. #covid_19 #musibah #allahsebaikpelindung #allahmahakuasa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas SEBULAN Azmil Pergi, Alya SEBAK Kenang Saat Diberi SUSU & Ditukar Lampin, Sejak USIANYA 4 Bulan
Hari ini genap sebulan arwah pelakon popular tahun 90-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Ramai rakan artis seangkatan yang terkesan dengan pemergian beliau dan menitip kata-kata terakhir buatnya di laman sosial. Bukan sahaja mereka, bahkan keluarga Azmil turut bersedih dengan kehilangan pelakon serba boleh ini. Salah seorang adalah anak perempuan arwah, Nur Alya Iman, 17 tahun yang juga merupakan seorang model Muslimah.
Alya sebelum itu, muat turun di laman sosial gambar dia bersama arwah ketika mengerjakan ibadah umrah. Tanpa ‘caption’ tetapi jelas menggambarkan perasaan kerinduannya terhadap seorang bapa. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
KERINDUAN TAK BERBELAH BAGI
Sebelum itu foto sama dimuat turun dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.
Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati. Itu adalah ucapan sempena sambutan Hari Ibu tahun lalu.
Dan setelah 11 hari arwah pergi mengadap Illahi, Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Tulisnya dalam laman sosial 25 Febuari lalu dengan memuat turun gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa gadis berusia 17 tahun ini begitu merindui ayahnya itu.
Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini akan berlaku.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya kepada Nona.
TIDAK LUPA KEJUT SOLAT SUBUH
Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.
Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
Posting yang dimuat turun dua minggu selepas babahnya pergi mendapat hampir 5,000 like. Ramai followernya yang mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat untuk Alya meneruskan kehidupan di dunia ini.
nurmuadz_umarStay strong. Jadi anak yg soleh. Insyaallah, it will make arwah smile. Saya pernah attend kuliah arwah sekali. Saya amat menghormati dan kagum kepada perubahan beliau. Semoga arwah tenang di sana. Al fatihah.
rosefaqirmohammadTakziah untuk seluruh ahli keluarga
nadiahnorzemiSalam takziah
dr.sam5333He will be waiting for us ni jannah..INSHAALLAH
ayunieharris@alyimn stay strong pretty..everything happen must be a reason
rozetarepublicMore throwback photo please as we lost ur Father from screen for almost 20 years, rindu sangat and now he had gone forever, more photos can at least heal our heart @alyimn AL Fatihah
Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya sekali lagi meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting yang dimuat turun enam hari lalu menyatakan bahawa dia sehingga hari ini masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
Menurut Alyah lagi, selama 17 tahun dia bernafas di muka bumi ini, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.
BERPELUANG JAGA KETIKA TIDAK SIHAT
Terasa cukup sebak tatkala membaca posting Alya kali ini apabila dia memberitahu bahawa ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan mmemeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.
Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.
Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.
TAK CUKUP BALAS JASA BABAH
Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri arwah yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.
Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.
A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on
Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.
Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat. Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALYA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Macam-Macam ‘Peel’ Rupanya, Captain Ini Senaraikan Ragam Penumpang Kapal Terbang. Memang Lawak!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI