Usahawan dan juga pasangan pempengaruh terkenal, Cik Epal dan Jofliam tidak kisah berbelanja lebih apabila menghidangkan pizza dengan daging wagyu kepada mangsa-mangsa banjir untuk menjamu selera.
Bukan sembarangan bahan mentah, ia merupakan daging A5 tomahawk wagyu yang diketahui ramai merupakan antara gred daging yang paling berkualiti.
Wagyu pizza untuk mangsa banjir🍕. Bila tengah bagi pizza ada adik ni cakap “Murah rezeki akak”. Rasa sebak pulak dengar😢.
Selain memberikan bantuan makanan, pasangan ini juga aktif memberikan bantuan barangan keperluan kepada penduduk setempat seperti bantal dan sebagainya.
Di samping itu, Jofliam atau Jo juga turut meredah kawasan perkampungan menggunakan ATV yang dimilikinya. Beliau juga mengakui pertama kali dalam hidupnya langsung tidak rasa membazir membeli semua ini kerana ia digunakan bagi membantu mereka yang memerlukan.
3 biji motor Surron,1 ATV,1 boat. . Redah pulak masuk slumber naik Mustang.😂😂 . Pertama kali dalam hidup saya rasa tak membazir beli semua ni.Pertama kali jugak saya buat kerja sampai rasa takda masa nak update hari yang sama.Kos semua sendiri.Dari lori,senang cerita A sampai Z. . Bagi semua pihak persendirian atau mana mana badan yang datang beri sumbangan,saya doakan anda semua dilimpahkan kebaikan yang tidak putus2 di dunia dan akhirat. . Tugas saya yang tak seberapa rini,langsaikan nazar pizza saya,dan agihkan bantal dan beberapa keperluan ke kampung yang terputus jalan. . tq @cikepal06 follow dari pagi sampai malam . Tq Adam,Abu,Fahmi dengan Chef yang datang tolong saya memudahkan kerja saya.Moga kita semua dilimpahkan kebaikan dan rezeki serta kebahagiaan.
Rata-rata netizen di ruangan komen semuanya terharu melihat cara Cik Epal dan Jo menggembirakan hati dan membantu mangsa-mangsa banjir yang berada dalam kesusahan. Moga rezeki mereka terus mencurah-curah selepas ini. InsyaAllah.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) telah bertukar menjadi tempat yang penuh bercahaya dengan simbahan warna neon untuk acara NKF Glow yang menyeronokkan pada 20 Julai yang lalu.
Diadakan bersempena dengan ulangtahun ke 50 National Kidney Foundation of Malaysia, acara itu menampilkan pelbagai aktiviti dan yang paling utama semestinya larian 5 kilometer yang dipenuhi dengan cahaya neon di mana 3000 orang peserta telah mengambil bahagian dalam acara itu.
NKF Glow Run diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya penjagaan buah pinggang kita bagi mengelakkan daripada penyakit kronik.
Baru-baru ini juga NKF telah mengadakan NKF Patient Forum yang merupakan sebuah inisiatif dan platform bagi menyebarkan informasi merangkumi pelbagai topik bagi merawat penyakit berkaitan buah pinggang. Bukan satu perkara baru, forum ini sebenarnya telah diadakan sejak dari tahun 2003 lagi.
Forum yang menampilkan lima ahli nefrologis dan pakar diet itu telah berkongsi maklumat berguna mengenai buah pinggang dan bagaimana cara bagi merawat pesakit dialisis. Selain itu, mereka juga turut memberi ilmu kepada penjaga bagaimana untuk memberikan rawatan yang sebetulnya pada mereka yang memerlukan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda rasa gatal sangat dalam telinga yang boleh menggangu aktiviti harian anda. Rasa sakit itu seolah-olah gatal dan rasa macam nak tercabut telinga tu kan? Tetapi, apa punca terjadinya gatal, geli dan sakit di dalam telinga ini?
Rasa gatal di dalam telinga dengan kerap sangat membuatkan anda memaksa diri untuk memasukkan putik kapas, putik kapas sehingga rasa gatal tersebut hilang. Akan tetapi, rasa gatal itu tetap datang kembali dan membuatkan kerap memasukkan jari ke dalam telinga.
Tahukah anda, memasukkan apa-apa barang di dalam telinga boleh menyebabkan luka dan ianya tidak baik untuk kesihatan dalam telinga anda. Selain itu, dengan adanya luka yang sedia ada itulah yang membuatkan rasa gatal dan geli itu berlaku. Salah satu penyebab gatalnya di dalam telinga itu adalah kerana mungkin ada mempunyai tindakbalas alahan. Sama ada dari segi alahan terhadap makanan atau produk pembersih yang digunakan. Produk pembersih adalah seperti syampoo atau perapi rambut.
Dengan itu, anda perlu lebih teliti dan memastikan jenis makanan yang anda tidak boleh makan atau akan mendapat alahan yang menyebabkan kegatalan di anggota badan anda. Dalam konteks ini merupakan gatal di dalam telinga. Akan tetapi, ada juga yang menyebabkan oleh cuaca. Di mana cuaca sejuk akan membuatkan seseorang itu mata dan hidung berair selain gatal dibahagian dalam telinga.
Selain daripada alahan makanan, penggunaan putik kapas pula akan membuatkan telinga berasa sangat gatal. Ini kerana kotoran yang tersumbat berada di dalam telinga akibat tolakan dari putik kapas. Mungkin anda melihat kotoran pada putik kapas akan tetapi sebenrnya kotoran selebihnya itu sudah melekat dan berkumpul di dalam telinga.
Terdapat beberapa perkara yang dilarang untuk anda lakukan apabila berasa gatal didalam telinga. Antaranya adalah:
Memasukkan putik kapas ke dalam telinga
Memasukkan jari anda ke dalam telinga
Memasukkan sebarang cecair tanpa sebarang nasihat atau atas suruhan doktor
Menyapu ubat krim tanpa nasihat daripada doktor.
Jangan lupa untuk membuat pemeriksaan pakar atau doktor supaya masalah dapat dikesan dan diatasi. Selain itu, pemeriksaan yang lebih teliti sangat penting supaya tiada luka atau iritasi yang berlaku. Ya, memang akan gatal tetapi jangan sesuka hati takut nanti lagi teruk.
Salun Muslimah pertama di Jakarta ditubuhkan kira-kira 18 tahun lalu. Pelopornya, Yulia Astuti merupakan pengasas Moz5 Salon. Di awal penubuhannya, Yulia Astuti baru sahaja bertudung.
Memetik perkongsian di portal All Things Beauty, Yulia Astuti memulakan perniagaan di salun kecil yang merupakan bekas tapak gerai makan. Kini cawangan salun Muslimah miliknya berkembang di seluruh Indonesia antaranya Jawa Barat, Jawa Timur, Kalimantan dan Sumatera.
Pada 2011, ibu kepada tiga anak ini pernah mengeluarkan rangkaian produk penjagaan badan dan rambut yang halal khas buat Muslimah. Yulia Astuti juga aktif berkempen memberikan sokongan moral kepada para ibu yang memiliki anak berkeperluan khas.
Yulia Astuti sering berkongsi tentang perjalanannya memulakan salun Muslimah pertama di Indonesia sambil membesarkan dua anak berkeperluan khas.
Penggemar aktiviti marathon ini turut berkongsi cara bagaimana menguruskan kewangan serta mengekalkan keseimbangan antara keluarga dan kerjaya.
IDEA PENUBUHAN SALUN MUSLIMAH “Segalanya bermula ketika saya tercari-cari salun rambut yang sesuai memandangkan ketika itu saya baru bertudung. Hendak gunting rambut pun susah kerana tiada salun khusus untuk wanita sahaja apatah lagi Muslimah.
“Ketika itu terlintas di fikiran saya, kenapa tak cuba buat salun sendiri? Walaupun belum ada yang mula, keperluan dan permintaannya sangat tinggi.
“Pada mulanya orang tidak tahu apa itu salun Muslimah, masih ramai yang tersalah anggap adalah butik. Ketika itu, peluang saya sangat cerah kerana tiada pesaing. Apabila saya mula membuka di Margonda, salun saya serta-merta menarik perhatian media untuk membuat liputan. Secara tak langsung ia menjadi satu promosi yang percuma.”
Menurut Yulia Astuti lagi, kebetulan ketika itu perkembagan internet dan media sosial tidak seperti sekarang. Maka, promosi hanya melalui senarai mel dan media konvensional seperti surat khabar dan majalah.
“Walaupun lokasinya di Depok, yang datang boleh datang dari Tangerang atau Bekasi. Ia juga semakin dikenali apabila mendapat liputan meluas di televisyen walaupun salun itu masih sangat kecil,” imbas Yulia Astuti.
Apa yang membezakan salun Muslimah dengan yang biasa ialah tiada pekerja lelaki yang terlibat. Selain itu, produk yang digunakan juga semuanya halal. Salah satu usahanya ialah menghasilkan sendiri produk yang terjamin kualitinya.
“Saya memilih konsep salun Muslimah ini ialah kerana memahami masalah rambut yang dihadapi golongan Muslimah yang jauh lebih rumit berbanding wanita tidak bertudung.
“Masalah rambut utama bagi hijabi ialah rambut gugur dan kelemumur kerana kulit kepala ditutup setiap hari. Itu adalah asas untuk saya mencipta produk sendiri. Produk utamanya ialah syampu.”
KEHIDUPAN SEBAGAI WOMENPRENEUR
Dalam usia yang masih muda, Yulia Astuti sudah pun bergelar usahawan wanita sukses di Indonesia. Apa rahsianya?
“Saya rasa masih jauh lagi, masih ramai lagi tokoh wanita yang lebih memberi inspirasi. Namun untuk petua menguruskan perniagaan dan keluarga, kita tidak boleh bergantung kepada diri sendiri. Kita tidak boleh menjadi wanita ajaib tanpa sokongan orang-orang sekeliling. Jadi, usah berpura-pura menjadi hero dan mahu melakukan semuanya sendiri.
“Saya sendiri ada support system, ada pembantu rumah dan suami yang sangat menyokong segala aktiviti saya. Sejak awal, saya telah memberitahu suami, saya mempunyai pekerjaan yang memerlukan masa dan tenaga. Jadi, kami berbincang dengan baik. Ada masanya saya terpaksa berkongsi peranan dengan suami.
“Sejak awal kami bersetuju untuk sama-sama membesarkan anak sendiri, lebih-lebih lagi saya mempunyai tiga orang anak. Dua daripada tiga anak kami mempunyai keperluan khas, yang sangat memerlukan perhatian lebih. Jadi kami bersetuju untuk meluangkan masa sebanyak mungkin untuk anak-anak.”
Kongsi Yulia Astuti lagi jika ada masa luang di rumah, dia akan bersenam. Contohnya pada awal pagi atau lewat malam. Jarang untuk dia berjumpa rakan-rakan kerana kekangan masa. Yulia Astuti juga bertuah kerana sentiasa mendapat sokongan ibu bapa dan adik-beradik. Namun, Yulia Astuti turut mengingatkan kita juga tidak boleh terlalu bergantung kepada ramai orang untuk semuanya. Biar berpada-pada.
PETUA RAMBUT SIHAT ALA YULIA ASTUTI
Hijabi yang suka bersenam memerlukan lebih penjagaan. Cuci rambut setiap hari bagi memastikan kesegaran.
Namun, hati-hati memilih produk kerana mencuci rambut setiap hari boleh menyebabkan rambut kering. Gunakan syampu, perapi, serum, minyak rambut dan spa rambut seminggu sekali. Boleh juga gantikan spa rambut dengan topeng rambut bagi mengelakkan keguguran rambut.
TIP URUS PERNIAGAAN & KEWANGAN “Saya sangat berdisiplin. Sejak 18 tahun lalu, saya telah mengasingkan akaun peribadi daripada akaun perniagaan. Saya mendapat gaji dari perniagaan yang saya lakukan sendiri. Keperluan peribadi saya datang dari gaji yang saya terima.
“Dalam perniagaan saya juga ada orang kewangan dan perakaunan. Mereka menguruskannya jadi saya tidak boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu. Walaupun pada mulanya saya tidak memahami kewangan, apabila berniaga adalah sangat penting untuk menguasai perkara ini.”
Paling penting bagi Yulia Astuti pandai membaca laporan kewangan. Itu adalah kemahiran mutlak sebagai seorang usahawan. Kewangan adalah asas utama untuk kelestarian sesebuah perniagaan.
“Jika perniagaan bertahan lama dan mampan, anda mesti boleh membaca laporan kewangan. Strategi perniagaan yang kita ambil mestilah berdasarkan laporan kewangan.”
Hijabista mendoakan agar Yulia Astuti terus sukses dalam perniagaan. Superwoman!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...