Pemergian orang tersayang sudah tentunya akan memberi kesan kepada diri ini. Tidak juga kita dapat gambarkan masa itu akan tiba tanpa di sedari.

Tidak mampu untuk menahan kesedihan, Chef Wan menangis saat terkenangkan kisah pemergian arwah ibunya, Allahyarham Noraini Abdullah yang meninggal dunia, pada 12 Januari lalu.

Bukan Ketentuan Kita Untuk Kekal Gembira, Kesedihan Pasti Tiba…

Ketika ditemubual bersama Buletin FM, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan tidak menafikan kesukaran menerima kehilangan insan yang tersayang. Beliau juga akui ini adalah ketentuan takdir dan lumrah kehidupan.

 “Dalam hidup ini, memang ada saat kita gembira dan bersedih dan itu adalah lumrah dalam kehidupan. Sama ada kita suka mahupun tidak,

“Apa yang penting ialah pengajaran yang kita dapat dari hidup ini untuk menjadi orang yang baik dan bertanggungjawab,” katanya.

Ads

Artikel berkaitan: Ibu Chef Wan ‘Cik Ani’ Meninggal Dunia, Pulang Ke Pangkuan Ilahi Pada Usia 93 Tahun!

Suasana dalam konti radio itu bertukar sayu apabila Chef Wan mula menangis saat lagu Kasihnya Ibu nyanyian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dimainkan pada segmen Bicara Petang itu.

Tanggungjawab Itu Perkara Penting Walau Berpisah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

 Katanya lagi, jika ada pasangan yang bercerai mereka harus juga ingat untuk bertanggungjawab pada anak-anak. Bahkan, jika seorang suami hendak berkahwin lagi pastikan mampu dan lengkap segalanya.

Ads

“Kalau suami, tanggungjawab untuk menjaga isteri dan anak-anak dan beri nafkah,

“Apa yang kurangnya dengan isteri pertama. Sedangkan isteri pertama pun kita tak boleh jaga dengan baik. “Pasangan suami isteri yang bercerai pula janganlah berebut dalam soal hak penjagaan anak.” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan: “Janji Boleh Berlari Macam Tom Hank Dalam Movie…” – Chef Wan Jalani Rawatan Lutut Dan Bahu

Ads

Sekadar info, ibu kepada Chef Wan, Allahyarham Noraini Abdullah, meninggal dunia pada umur 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, 12 Januari lalu. Mesra dikenali sebagai Che Ani telah menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dirawat akibat kanser dan Alzheimer.

Sumber:Buletin FM dan Harian Metro

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI