Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini. Sedar tak sedar wanita jelita ini kini sudah berada di usia emas 50-an.
Malah, seiring meningkatnya usia Che Ta kini lebih matang melalui episod kontroversi dan asam garam dunia seni, Che Ta yang sudah hampir dua dekad bergelar anak seni mengaku fokusnya di usia senja begini adalah mendekatkan diri dengan yan maha esa dan mengeratkan ukhwah kekeluargaan.
Di Usia ‘Emas’ Che Ta Mahu Lebih Dekat Kepada Pencipta!
Tambahnya lagi, meniti usia separuh abad, Che Ta hanya mahu menikmati kehidupan yang lebih tenang dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.
“Sebab tu kalau tengok, I dah jarang lepak dengan kawan. Sekarang kehidupan I pagi mengaji, lepas Zohor baru pergi office dan balik.
“Sebelum Maghrib tu dah dekat rumah. Kehidupan I sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak I dekat mana-mana, I sebenarnya sangat tenang di rumah.
“Iyalah, kita tua ni kita tak nak apa dah, kita nak kehidupan yang harmoni. Kalau boleh amal ibadat, kita tak nak tinggal. I rasa bila kita duduk dekat rumah just pergi office, I rasa waktu solat tu kita dah tak lambat, kadang-kadang (dulu) tertinggal.
Ads
Mahu Eratkan Hubungan Antara ‘Keluarga’ Terutamanya Adik Beradik
Usahawan Inai Che Ta dan RCW Scarves ini juga mengakui bahawa dia kini amat mengutamakan hubungan kekeluargaan dan selesa dikelilingi adik-beradik dan ahli keluarga tersayang.
“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, kita hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.
“Macam sekarang, I lebih suka keluar dengan adik-beradik stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun duduk dengan I. Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, I akan ajak semua datang rumah makan-makan dan berkumpul.
“Sebab I rasa bila dah berusia ni I macam nak kecilkan circle kawan. Tengok mana yang kawan makan kawan, kawan yang friend for benefit ke semua tu I nak avoid.
Ads
“Bila umur macam ni ketenangan kita banyak di rumah dan dengan adik-adik saja,” luahnya.
Seronok tengok keakraban Che Ta dan adik-beradik. Walau masing-masing dah bekeluarga dan ada bisnes sendiri tetap meluangkan masa untuk berkumpul ramai-ramai. Kalau dah berkumpul, meriah sungguh!
Untuk rekod, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacak, Zain Saidin pada 11 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Aaisya Dhia Rana.
Ads
Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Definisi fesyen memang luas. Sesiapa sahaja boleh berfesyen tidak kira anda berhijab atau tidak. Jika dahulu, ramai individu mempunyai persepsi bahawa hijabi tidak boleh berfesyen. Tetapi sebenarnya, ia merupakan persepsi yang tidak benar. Anda masih boleh berfesyen meskipun mengenakan hijab asalkan anda mengikut panduan yang telah digariskan oleh agama Islam.
Tetapi jika dilihat sekarang, ramai wanita berhijab yang hanya sekadar berhijab. Kepala ditutup tetapi pakaian menampakkan bentuk badan. Selain itu, ada juga yang berhijab tetapi menampakkan bentuk dada dan bertudung pendek. Hijabi, sesunguhnya itu bukanlah panduan menutup aurat yang sebenar.
Menurut Islam, berhijab perlulah labuh hingga menutupi bahagian dada. Tidak salah jika anda mahu menggayakan tudung tetapi ia hendaklah labuh. Malah, pelakon, Adam Corrie sendiri telah menegur melalui akaun Instagramnya. Menurutnya, para suami dan bapa bertanggungjawab dalam memastikan isteri dan anak-anak perempuannya berpakaian mengiku syariat Allah.
Tambahnya lagi, dia sebagai seorang lelaki perlu menundukkan pandangan untuk elakkan daripada mendapat dosa. Apatah lagi dengan trend masa kini yang memakai tudung membalut tengkuk. Tegurnya, jangan lupa untuk tutup dada sekali. Mari kita baca perkongsian Adam Corrie. Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.
Jangan tag sesiapa , sebut nama sesesiapa dan brand sesesiapa dgn tujuan nak buat org lain terasa dan diaibkan. Itu bkn cara Rasulullah SAW berdakwah
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), .
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)
Kita fahamkan ayat yg Allah turunkan ini, ayat ini ditujukan pada para suami dan bapa. Para suami dan bapa bertanggungjawab memastikan isteri dan anak2 perempuannya berpakaian yg mengikut syariat.
Lelaki dan wanita kena saling membantu menjaga maruah diri dan keluarga.
“Sesunggunya wanita itu adalah aurat. Apabila dia keluar (dari rumahnya), syaitan akan menjadikan dia cantik (pada pandangan lelaki). Dan dia akan jauh daripada kasih sayang Allah Taala melainkan apabila dia berada di dalam rumahnya.”
[Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Hibban]
Sebagai lelaki, sy kena tundukkan pandangan utk elakkan dpt dosa. Itulah ujian utk kami kaum adam.
Tak perlu tag kawan-kawan kalau nak tegur mereka. Nak tegur kawan-kawan biarlah berhikmah.. jaga air muka kawan-kawan kita. Kita tutup aurat sempurna bkn hak utk mengaibkan kawan kita.
Kita bkn nak mengumpat dan aibkan sesiapa. Yang tag nama-nama , sy akan delete ye.
Doakan mereka itu lebih baik daripada mengaibkan mereka.
Menggabungkan pilihan warna yang betul adalah penting untuk memastikan seseorang itu tampil menarik dan kelihatan sempurna. Jika salah pilih warna boleh menyebabkan anda terampil sedikit hodoh kerana membuat kesilapan apabila memilih pakaian.
Hijabista kongsi padanan 15 gabungan warna menarik untuk digayakan sempena persediaan sambut Syawal tak lama lagi.
1. Padanan warna merah jambu.
2. Gabungan warna coral dengan hitam.
3. Gabungan warna terang untuk koleksi santai.
4. Padanan warna laut digabungkan dengan rona kuning.
5. Ini pula padanan warna coral dengan ungu.
6. Cubaan warna-warna pastel memikat.
7. Padanan warna purple gelap terutama untuk baju.
8. Ini pula bagi mereka yang menyukai jaket kuning menjerit.
9. Pilihan bijak warna retro dan beige.
10. Hasil paduan brown dengan biru (turquoise).
11. Campuran satu warna mustard dengan kelabu.
12. Untuk mereka yang gemar memilih pakaian ungu malap
13. Gabungan biru gelap dengan oren.
14. Cubaan warna-warna denim.
15. Pandanan warna untuk kelihatan kasual.
16. Gabungan berani warna kuning menjerit dan hijau terang
SUMBER: Brightside
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebanyakan wanita yang sudah lanjut usia sudah pasrah dengan diri mereka yang masih belum berjumpa dengan calon pasangan mereka, yang tinggal hanyalah lelaki yang muda sahaja.
Apakah salah sekiranya seorang lelaki menikahi seorang wanita yang lebih muda daripadanya? Sedangkan Islam sendiri menetapkan bahawa perkahwinan dan pemilihan calon isteri dan suami itu hendaklah pada agama dan akhlak.
“Maka kahwinilah akan kamu dari perempuan itu yang baik bagi kamu” (An Nisa : 3)
Sekiranya yang sudah baik akhlaknya datang kepada anda, tetapi memandangkan dia jauh lebih muda/tua daripada anda, tak akan secara mudah sahaja untuk anda memutuskan hubungan itu?
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda Rasulullah SAW : “Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadith hasan riwayat Tirmidzi)
Islam adalah agama yang mudah. Islam tidak pernah menetapkan persoalan umur sebagai ukuran dalam pernikahan. Perkara ini sudah jelas bahawa Islam hanya mementingkan agama, berbanding perkara lain.
“Allah menghendaki kesenangan kepada kamu dan tidak mengingini kesusahan menimpa kamu” (Al Baqarah:185)
Antara Kelebihan Menikahi Pasangan Lebih Muda
Elak fitnah
Sering kali kita mendengar dan melihat pasangan kekasih berusia muda pergi bercuti bersama-sama tanpa ikatan yang sah. Bak kata orang, tidak manis jika dilihat orang. Apa kata nikahi sahaja orang yang anda sayang secepatnya. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan terlanjur, malah juga mengelakkan fitnah dan perkara yang tidak diingini.
Memperbaiki diri
Sah sahaja ikatan perkahwinan, ia bukan hanya dapat mematangkan diri kita. Malah, ia dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Sering kita dengar di kalangan remaja berusia 18 hingga 24 tahun selalu mempunyai masalah sosial. Jadi, perkahwinan di usia muda dapat mengubah diri dan sikap ke arah yang baik.
Mematangkan diri
Perkahwinan sebenarnya boleh mematangkan diri seseorang apabila mereka ada rasa tanggungjawab dengan pasangan yang mereka nikahi. Ini kerana perhubungan yang diijab kabulkan secara sah dapat menimbulkan sikap untuk menjaga pasangan hidup kita dan lebih ke arah kekeluargaan.
Tuntutan agama
Mendirikan rumah tangga seumpama kita mendirikan sebuah masjid. Ia adalah satu tuntutan agama yang disarankan dalam Islam. Hubungan percintaan digalakkan untuk mempercepat urusan pernikahan jika sudah cukup syarat dan layak untuk berkahwin.
Elak dari perbuatan terkutuk
Perkahwinan di usia muda sememangnya baik kerana ia dapat membendung banyak perkara buruk dari berlaku di kalangan remaja. Ia dapat mengelakkan dari pasangan yang sedang dilamun cinta terlanjur perbuatan dan sekaligus mengurangkan kes pembuangan bayi.
Bagi seorang muslim, dalam mencari pasangan, perkara yang paling diutamakan adalah agama. Di dalam hadith Riwayat Abu Daud dari hadith Ma’qil ibn Yasar r.a mengenai pertanyaan seorang lelaki kepada Rasulullah SAW meminta pandangan untuk menikahi seorang perempuan yang cantik, dan berkedudukan tetapi tidak mampu beranak, maka dilarang oleh baginda dan disuruh supaya menikahi wanita yang dapat beranak dan melahirkan anak.
Perempuan yang sudah berusia, tetapi selagi dia masih dara dan selagi usianya belum sampai waktu putus haid (menopause) dan dapat melahirkan anak, maka tidak ada salahnya dalam agama untuk menikahi mereka.
Ianya adalah digalakkan bagi lelaki muda sekiranya mereka bertemu dengan wanita yang lebih berusia daripada mereka tetapi beragama dan berakhlak supaya menikahi mereka dan menyelamatkan agama dan menunaikan fitrah manusia disamping mendapat faedah keduniaan.
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al- Maidah:48)
Jangan sesekali jadikan alasan perbezaan usia sebagai halangan untuk anda meneruskan hubungan. Sesungguhnya, syariat Islam yang telah ditetapkan adalah sangat mudah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...