Wanita dan beg tangan memang sukar untuk dipisahkan. Malah tidak lengkap penampilan seseorang itu tanpa adanya beg tangan yang jadi peneman setia setiap wanita.
Namun begitu setiap beg tangan itu tidak kira kecil atau besar ada pantang lantang tersendiri. Menurut selebriti popular yang sentiasa bergaya ‘on point’ Rozita Che Wan berkongsi tip pantang larang yang tak boleh dibuat pada beg tangan kita.
Posting ini dimuat turun adalah rentetan dari perkongsian terdahulu iaitu tip bagaimana mahu memilih beg tangan bersesuaian bagi seseorang wanita itu.
Menurut Che Ta juga tip yang diberikan ini ini nampak tidak begitu penting tetapi sebenarnya menjadi panduan kepada wanita di luar sana berdasarkan pengalamannya yang memang sinonim bergaya dengan beg.
PANTANG LARANG YG “HARAM” DIBUAT KEPADA HANDBAG KITA!
1. HARAM SIMPAN HANDBAG DALAM PLASTIK!
Beg sampah.. Beg plastic jenama Nobita ke, yg dpt dari supermarket tu ke.. NO NO NO… NO WAY! Tau x sbb apa? Sbb, beg plastik akan memerangkap lembapan.. Ini blh mengakibatkan kulat! Takkan nk pakai handbag yg berkulat kan? Eeww..
2. JGN SESEKALI MELETAKKAN HANDBAG DI BWH LANTAI…
Ini bukan isu merendahkan martabat handbag uolls.. Tp ini isu kebersihan! Lantai tu, kita blom tau lg apa jenis kuman/bakteria yg ada.. Mungkin bakteria plg berbahaya sdg bergolek-golek keriangan kt situ.. Takut2 nnt, ia melekat pada handbag uolls.. Seterusnya mampu menjangkiti uolls sekeluarga!
Hati kalau x diisi dgn iman pasti rapuh.. Sama juga handbag..Jgn sesekali simpan dlm keadaan handbag kosong.. Letakkan suratkhabar, atau bahan2 asal yg ada dlm handbag masa uolls baru beli.. Ini bg mengekalkan handbag pada bentuk asal dan kekal nmpk seperti baru!
4. ELAKKAN HANDBAG TERKENA MATAHARI UTK TEMPOH LAMA
Kulit handbag kita bkn mcm kulit kita.. Mereka x perlukan Vitamin C! Kalau dibiarkan terdedah pada matahari/cahaya secara terus menerus, mampu memudarkan warna handbag.. Rugi sgt nnt.. Dah pudar, malu lah nk tunjuk kat orang.. Kan? Huhuhu…
Uolls kena kenal jenis handbag uolls ok! Kena tahu.. Leather ke.. Pvc ke.. PU ke.. Kena ambil tahu.. Very important.. Sebabnya.. Setiap jenis material ni, memerlukan penjagaan yg berbeza.. Tak boleh dilayan sama semuanya.. Ada yg memerlukan extra care.. Ada yg perlu dicuci.. Ada juga yg jenis manja.. Ada juga yg jenis x perlukan perhatian sgt.. Jadi JANGAN layan semuanya sama.. Ok?
6. PEGANG HANDBAG DGN TANGAN KOTOR
Mmg betul.. Ni handbag uolls.. Nk pegang mcm mana pun.. Terpulang pada uolls.. Tp my advice.. Pegang dgn tangan bersih.. Sbb, kita mesti taknak bakteria berkumpul di handbag kita, btl tak? Nanti bakteria2 tu berjumpa, berkawan, lepas tu bergabung, blh menghasilkan satu kumpulan bakteria yg ganas! Kalau ada anak kecil, baby tu main gigit2 pula handbag kita, ahh sudah! .
Org perempuan, handbag beli banyak2.. Lepas tu terbiar jer.. Uolls kena simpan dalam kain pelindung.. Biasanya dpt sekali masa beli handbag.. Pastikan bertutup (Jgn tutup dgn plastic).. Ini utk mengelakkan handbag tu dari berhabuk dan debu bermastautin di luar dan dalam handbag kita… Dan juga utk elakkan dari dicakar kucing!
Harini, i nk share dgn uolls tips2 plg penting, bila nk membeli handbag.. Tips ni i ambil dari pengalaman sndiri tau..
Ads
1. MAJLIS Uolls semua kna tahu, bag ni nk guna utk majlis apa, atau nk bawa ke mana.. Bkn apa, takut x sesuai.. Kalau ke wedding, majlis harijadi atau keluar brjalan-jalan, pilih yg sedikit elegan dan brkulit lebih lembut.. Warna2 yg sesuai spt hitam, hijau, warna nude atau yg sesuai mengikut tema and baju uolls…
2. WARNA Hitam, nude dan coklat adalah warna plg ‘universal’ dan plg sng match dgn byk baju.. Tp kalau nak kelainan, blh pilih warna spt hijau, pink atau warna2 terang.. I sendiri, suka warna2 yg simple.. Kdg2 je guna warna meriah2 ni.. Hehe...
3. BENTUK BADAN Yg ni sgt penting.. Handbag cantik tp klau x kena dgn bentuk bdn, x jadi jgak! Kalau 6 kaki ke bwh, disarankan gna handbag yg x trlalu besar.. Takut nnt nmpk mcm bwk peti ice pulak.. Hehe.. Besar sedikit tak mengap, tp jgn ‘oversize’! Yg tinggi pulak, jgn guna handbag yg trlalu kecil tau..
4. HARGA Penting ikut kemampuan.. Mmg lah, best kan kalau blh pakai LV, Chanel, Bottega dan semua brand2 ganas tu.. Tp, byk jugak brand yg baru dan kurang terkenal, tetapi ada kualiti yg sgt baik.. .
5. KUALITI Yg mahal, tak semestinya bagus.. Yg bagus, tak semestinya mahal.. Kan? Jadi penting utk uolls pilih kualiti.. Tgk cara jahitan, tgk material yg digunakan.. Yg penting, baca review dan testimoni berkenaan jenama/model handbag tersebut…
6. DESIGN HANDBAG Inilah faktor plg utama sebenarnya.. Sbb benda pertama yg kita nmpk adalah, design bag itu sendiri.. Betul tak? So sgt penting uolls pilih design yg trendy, modern dan evergreen.. Supaya blh guna utk tempoh yg lama, dan tak nmpk ketinggalan.. .
Pujian, dalam beberapa keadaan perbuatan ini dilarang. Pujian merupakan salah satu bahaya yang berasal dari lidah yang tidak terucap sesuai dengan posisinya. Adakala pujian yang berlebihan membuat seseorang itu lalai dan lupa diri.
Pujian juga memberi dorongan dan semangat pada seseorng meneruskan misi dan visi hidup tetapi ada caranya jangan sampai si penerima pujian menimbulkan perasaan riak dan meninggi diri.
Bahaya Untuk Si Pemuji
Soalan:
Rakan saya selalu memuji saya di hadapan saya. Kadang-kala timbul juga sedikit rasa bangga secara tidak sengaja. Adakah ada doa khusus yang diajarkan Nabi SAW yang perlu dibaca ketika kita dipuji?
Maksudnya: Celaka kamu. Kamu telah memotong leher sahabatmu, kamu telah memtong leher sahabat kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu semua ingin memuji sahabatnya sekalipun, hendaklah dia mengucapkan “aku menyangka fulan sedemikian dan Allah S.W.T lah sebenar yang menghitungnya, dan aku sama sekali tidak memuji seseorangpun mengatasi Allah S.W.T”.
Itulah sebabnya rasulullah sangat melarang seseorang sering-sering melontarkan pujian. Beliau mengatakan kepada orang yang menyampaikan pujian,
Pujian, menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin, mempunyai enam sisi kejelekan yang merbahaya bagi si pemuji dan yang dipuji. Empat bahaya di antaranya bersarang pada orang yang memuji dan sisanya terletak pada orang yang dipuji.
Adapun empat poin tercela yang terdapat pada orang yang memuji adalah seperti berikut;
PERTAMA: Jika pujiannya cenderung berlebih-lebihan, sehingga menyebabkan si pemuji harus berdusta kerananya.
KEDUA: Jika dimasuki unsur riya’ kerana di balik pujian yang ia berikan terdetik keinginan agar mendapatkan ganjaran.
KETIGA: Terkadang dalam pujian yang disampaikan ia mengatakan sesuatu yang tidak diketahuinya sendiri secara pasti dan masih memiliki pelbagai kemungkinan.
KEEMPAT: Hanya ingin menyenangkan hati orang yang dipujinya meski sebenarnya pihak yang dipuji adalah seorang yang zalim. Perbuatan tersebut jelas-jelas dilarang.
Sebagaimana Rasulullah Saw bersabda:
إن الله تعالى يغضب إذا مدح الفاسق
“Sesungguhnya Allah Ta’ala sangat murka jika mendengar orang yang fasik dipuji.” (HR. Tirmidzi)
Kesannya Untuk Yang Dipuji
Titiberatkan juga dua poin yang sangat membahayakan bagi pihak yang dipuji. Timbulnya sikap sombong dan berbangga diri terhadap diri sendiri dan meremehkan pihak lain. Jika dipuji dengan kebaikan, maka ia merasa sangat bangga, sehingga ia lupa atas kekurangan dirinya dan hal itu impak pada mengurangi usahanya untuk mendapatkan kebaikan di masa mendatang. Selalunya orang yang dalam golongan ini sekiranya membuat salah tidak akan mengaku kerana perasan tinggi diri sudah tersemat di dalam diri.
Doa Untuk Anda Yang DiBeri Pujian
Puji-pujian sesama manusia secara sederhana tidaklah dilarang, bahkan ia merupakan salah satu bentuk muamalah yang baik sesama manusia. Namun orang yang dipuji hendaklah berhati-hati dan memelihara hatinya daripada merasa riya’, ujub dan takabbur apabila mendengar pujian yang dilontarkan kepada dirinya.
Doa yang baik yang diamalkan oleh seorang sahabat Baginda SAW, di mana diriwayatkan bahawa Adi bin Arthah –rahimahullah – (seorang ulama tabi’in) meriwayatkan:
كَانَ الرَّجُلُ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِذَا زُكِّيَ قَالَ: اللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، وَاغْفِرْ لِي مَا لا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Dahulu ada seorang sahabat Nabi SAW, yang apabila dia dipuji mengucapkan: “Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui”.
Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad (761)
Terdapat juga riwayat daripada sebahagian ulama salaf yang berpesan dengan doa:
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui keadaan diriku lebih dari aku sendiri, dan aku lebih mengetahui keadaan diriku berbanding orang lain. Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang mereka ucapkan, ampunilah aku atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”
Dalam riwayat yang lain, terdapat tambahan lafaz:
وَاجْعَلْنِي خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّونَ
Maksudnya: Jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.
Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (4524 dan 4534)
Maksudnya: Jangan kalian memuji-muji diri kalian sendiri, Kerana Dia-lah yang paling tahu siapa yang bertaqwa.
Surah al-Najm (32)
Sufyan bin Uyainah pernah berkata,
قالت العلماء المدح لا يغر من عرف نفسه
Maksudnya: Para ulama mengatakan: pujian tidak akan menipu orang yang mengenali dirinya sendiri (dia tahu bahawa ia tidak sebaik itu dan sedar akan banyaknya dosa yang dilakukan). (Rujuk Hilyatul Auliya’ 7/302)
Jadi berhati-hati dalam memuji dan menerima pujian dari orang sekeliling anda. Amalkan doa-doa yang dianjurkan supaya kita terhindar dari perasaan riya’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pendidikan merupakan medium terbaik yang mampu mengubah kehidupan seseorang, dengan adanya pendidikan bukan sahaja taraf hidup seseorang dapat dipertingkatkan, malah ilmu yang tepat mampu membangunkan bangsa dan negara.
Namun, lebih dua dekad ‘diskriminasi pendidikan terhadap jantina’ yang menjadi perdebatan di seluruh dunia, telah memberi kesan buruk terhadap kanak-kanak perempuan, mahupun wanita apabila mereka dilarang sepenuhnya untuk ke sekolah demi menuntut ilmu.
Sekatan Tak Halang Shabana Tuntut Ilmu Dari Mengejar Impian!
Bagaimanapun, sekatan pendidikan itu langsung tidak memberi kesan kepada Srikandi Pendidikan Afghanistan, Shabana Basij-Rasikh untuk memenuhi impiannya yang tak pernah usai dan begitu cintakan ilmu dan pendidikan.
Beliau yang ketika itu masih kecil, sanggup menyamar sebagai lelaki demi menghadiri ‘sekolah rahsia’ bagi pelajar perempuan.
“Saya berumur enam tahun ketika Taliban mengambil alih pemerintahan Afghanistan dan mengharamkan perempuan ke sekolah.
Artikel berkaitan: Wanita Berhijab Ini Cipta ‘Sejarah’ Wanita Palestin Pertama Menang Pilihanraya AS
“Jadi, untuk lima tahun seterusnya, saya berpakaian seperti lelaki untuk mengiringi kakak saya yang tidak dibenarkan keluar rumah tanpa ditemani lelaki. Kami menghadiri sekolah rahsia.
“Itu satu-satunya cara untuk kami mendapat pendidikan. Setiap hari kami akan menggunakan jalan yang berbeza supaya tiada sesiapa yang tahu ke mana kami pergi.
“Kami simpan buku dalam beg barangan runcit supaya kelihatan seperti kami keluar untuk membeli barang,” kongsi Shabana menerusi video syarahan Ted Talk yang telah ditonton lebih sejuta kali.
Jelasnya lagi, sekolah rahsia yang dihadirinya terletak di sebuah rumah yang memuatkan Lebih 100 orang pelajar perempuan, serta terpaksa berhimpit di ruang tamu kecil demi menuntut ilmu.
Srikandi pendidikan
Tambahnya lagi, dia hanya dapat merasai nikmat menuntut ilmu sebenar apabila pemerintahan Taliban di Afghanistan tamat pada 2001.
Oleh kerana mempunyai prestasi akademik yang sangat cemerlang, Shabana telah tersenarai bagi program pertukaran pelajar dan akhirnya berjaya menamatkan pendidikan menengahnya di Amerika Syarikat (AS).
Selepas itu, Shabana terus cemerlang mengejar kecintaan dalam pendidikan dan menuntut ilmu di peringkat yang lebih tinggi, hingga akhirnya beliau mengenggam Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Universiti Oxford serta dianugerahkan kedoktoran kehormat dari Universiti SOAS, London.
Sehubungan itu, ketika masih dalam pengajian di Middlebury pada 2008, Shabana telah mengasaskan sebuah Sekolah Kepimpinan di Afghanistan (SOLA) bertujuan membela nasib para wanita untuk mendapatkan hak sama rata untuk menuntut ilmu.
“Ketika ini, SOLA mempunyai hampir 100 pelajar dari 28 wilayah di seluruh Afghanistan.
“Sekolah kami menyediakan tiga program pendidikan kepada pelajar, iaitu pra-Gred 6, persekolahan menengah dan persekolahan tinggi,” ujarnya.
Untuk rekod, SOLA merupakan sekolah berasrama penuh khas yang dibangunkan Shabana demi menyediakan persekitaran selamat kepada pelajar wanita di Afghanistan.
Pada Ogos lalu, Taliban kembali menguasai Afghanistan apabila AS menarik tenteranya dari negara itu, hingga mengakibatkan impian pendidikan Shabana dan SOLA hampir terhenti sekali lagi.
Kembalinya pemerintahan Taliban merupakan cabaran terbaharu untuk SOLA dan seluruh komuniti pendidikan Afghanistan.
Namun, bagi Shabana, semangat perjuangan untuk membangunkan pendidikan wanita di tanah tumpah darahnya itu tidak akan pernah terpadam.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah memang gemar menyantuni rakyat. Sifat rendah diri, keprihatinan dan kesederhanaan Seri Paduka menjadi buah mulut semua serta mandapat pujian rakyat. Ini sekali gus meletakkan Seri Paduka sebagai Ketua Negara yang disayangi semua lapisan tak kira usia, bangsa dan agama.
Terbaharu apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ‘turun padang’ bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti yang dikongsikan di laman Instagram Istana Negara.
Dalam perjalanan pulang dari Mesyuarat Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri di Putrajaya pagi ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi Baginda sebanyak dua kali untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Kemalangan pertama berlaku di Cyberjaya dan kedua berhampiran Plaza Tol MEX Putrajaya. Seri Paduka Baginda menasihati kepada semua pemandu untuk memandu dengan berhati-hati ketika hujan lebat bagi mengelakkan kemalangan.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...