Pantai merupakan antara khazanah alam yang tidak ternilai, di Malaysia terdapat banyak kawasan pantai yang menjadi daya tarikan perlancongan seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Juara, Pasir Putih, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Pulau Mabul dan banyak lagi.
Namun, keindahan pantai ini akan hilang serinya jika tidak dijaga dengan bersih dan dipenuhi dengan sampah sarap! Sikap sesetengah pengunjung yang tiada sivik membuang serta meninggalkan sampah selepas melakukan aktiviti riadah, merupakan satu tauladan yang tak wajar dicontohi.
Malah, baru-baru ini timbunan sampah sarap yang dibuang bertebaran di kawasan pantai dan sikap acuh tak acuh para pengunjung telah menjadikan salah satu pantai di Kelantan kini kotor dan tercemar.
Sehubungan itu, isteri kerabat diraja Kelantan , Che Puan Sofie Louise Johansson Petra bersama Tengku Mahkota telah mencemar duli mengambil inisiatif untuk membersihkan sekitar pantai di Kelantan bersama-sama suaminya.
Perkara berkenaan dikongsikan oleh beliau sendiri menerusi hantaran video di laman instagram miliknya menerusi akaun @Ijo_
“Di Kelantan, masih lagi musim tengkujuh. Hari ini kami bernasib baik kerana matahari sudah keluar, jadi Tuanku dan saya pergi ke pantai untuk bersiar-siar dan membuat pembersihan kecil.
“Banyak sampah datang daripada orang yang membuang plastik dan bahan tidak terbiodegradasi lain ke dalam lautan,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan untuk melihat maklumbalas warganet.
Ternyata, perkongsian dari Che Puan Sofie, telah mendapat pelbagai reaksi serta maklumbalas yang positif dan optimis dari orang ramai yang rata-ratanya membanjiri ruangan komen hantaran tersebut.
Artikel berkaitan: “Allahuakbar! Cantiknya Tuanku Permaisuri Sultanah Kelantan!”– Kemunculan Buat Pertama Kalinya Sultanah Nur Diana Petra Abdullah
Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya menarik perhatian Hijabista:
“Sangat bagus untuk bersiar-siar di pagi hari di tepi pantai. Kamu berdua sangat baik datang untuk membersihkan pantai. Kamu berdua merupakan contoh terbaik kepada orang ramai. Kamu berdua pemimpin yang hebat, jaga diri!,” tulis warganet.
“Tuanku Mahkota & Cik Puan Mahkota sentiasa menjadi suri teladan kepada rakyat Kelantan,” kata seorang lagi netizen.
Justeru, marilah kita bersama-sama menyanyangi, menghargai dan mempupuk semangat cintakan alam sekitar dengan menjaga kerbersihan tidak kira di mana jua Hijabi berada, kerana alam sekitar adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buat hambanya!
Artikel berkaitan: Jalan-jalan Cari Makan Naik ‘Sleeper Train’ Ke Kelantan Memang Best Sangat! Gadis Ini Kongsi Pengalaman
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.