‘Charcoal’ Ejen Detoks Kulit Paling Trending, Beri 4 Manfaat Pada Kulit Hijabi!

Share

Jika dilihat trend kecantikan masa kini, ramai dikalangan wanita lebih mengutamakan pemilihan produk perawatan kulit (Skincare) yang diasaskan dari bahan semulajadi. Ini kerana produk ini tidak memiliki kesan sampingan yang boleh membahayakan keadaan dan kesihatan kulit.

Salah satu bahan semulajadi yang terbukti memiliki banyak manfaat untuk kesihatan kulit adalah charcoal atau dalam bahasa Malaysia dikenali sebagai arang.

Arang yang seringkali digunakan untuk membakar makanan seperti sate dan BBQ ini sebenarnya memiliki banyak manfaat terhadap kesihatan dan kebersihan kulit kita. Berikut Hijabist senaraikan 4 manfaat arang sebagai panduan Hijabi. Jom semak!

4 Manfaat Charcoal Atau Arang Untuk Kulit!

1. Menyerap Racun

Zat aktif yang terdapat pada arang adalah karbon. Karbon dipercaya dapat menyerap gas dan racun berbahaya dalam kulit.

Penyerapan yang dilakukan karbon seperti ion atau molekul aktif menyerap racun yang berasal dari zat oksidan di udara.

2. Menghilangkan Jerawat

Arang dapat membuka liang pori-pori sehingga minyak dan bakteria yang terperangkap di dalamnya boleh dikeluarkan dengan lebih mudah dan tidak merosakkan kulit.

Arang juga menyerap minyak dengan sangat baik. Seperti yang kita sedia maklum minyak kulit yang berlebihan akan mengakibatkan jerawat. Selain itu, arang juga membantu menghilangkan sel kulit mati serta bekas parut jerawat pada kulit.

Artikel berkaitan: Tak Sangka! 4 Makanan Ini Membuat Kesan ‘Penuaan’ Jadi Lebih Cepat Terhadap Wanita

3. Anti Penuaan

Menurut penelitian Hijabista, arang aktif dapat mencegah perubahan sel-sel kulit yang sedang mengiatkan kesan penuaan, kelenjar adrenalin, dan fungsi buah pinggang.

Arang juga telah terbukti mampu membuang racun dan bahan kimia yang terdapat di dalam tubuh badan manusia yang menjadi punca penuaan.

4. Membersihkan Wajah

Sifat karbon di dalam arang yang tinggi, membuatkan ia mampu menyerap kotoran dan membuka liang pori-pori pada wajah anda. Sehubungan itu, arang sangat sesuai dijadikan sebagai pembersih wajah semulajadi.

Haa.. Dah tau manfaat arang kepada kesihatan kulit kan? Di sini Hijabista syorkan beberapa produk penjagaan wajah yang mengandungi arang sebagai komponen utama bahan asas didalamnya untuk rujukan hijabi!

• Sephora The Charcoal Mask

• Clinique City Block Purifying

• The Bodyshop Himalayan Charcoal Purifying Glow Mask

• Sephora Black Head Peel Off Mask

Artikel berkaitan: Mencegah Penuaan Kulit Pada Usia 20-an, Ini Petuanya!  

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir